Anda di halaman 1dari 1

Anuar Nor Arai

Rajuk, Pujuk, Kasih, Kempunan, Resah Gelisah dan Air Mata:


Mengenai Intelligensi Budaya dalam Filem Melayu

Saya selalu positif dan optimis dengan rencam polemik. Membaca pro-kontra sisi
pemikiran akan membuka ruang untuk kita menyiasat hal-hal yang terabaikan oleh
kedua-dua pihak. Dalam mana-mana polemik, ada sisi yang sengaja disembunyikan. Hal
ini memungkinkan pengkirik menjelaskannya. Begitu juga sebaliknya. Pendengar yang
cermat akan menimbang ruang-ruang yang terbaikan. Hal ini akan menuntut untuk
bersikap adil, menghindari prajudis dan prasangka.

KETIKA BUDAYA ILMU KITA BERBUAH PAHIT

Apa yang tersisa cuma percikan-percikan kecilan. Ua tidak seruah 15 tahun lalu.
Generasi demi generasi berganti. Kita tidak lagi mewariskan semangat pembudayaan
pengetahuan. Akhirnya apa yang disemai selama ini berbuah pahit. Pahitnya tidak
menjadi penyembuh.

Kita tidak perlu diberitahu tentang hak asasi - kerana sisi tergelap kemanusaian -
adalah seperti enau yang saling melepaskan pucuknya. Kita perlu sentiasa terus
belajar mengiktiraf dan menghargai kerumitan ragam identiti manusia itu sendiri.

MEMBACA DI LUAR 'KEPERCAYAAN'

Kita sekadar membaca buku-buku yang mahu difahami, dianuti dan dipercahayai
kebenarannya. Kita mahu terselamat daripada kesesatan. Kita menghindari untuk
dipertanyakan apa yang sedang kita yakini sebagai kebenaran. Jika kita memihak
kepada satu-satu pilihan pandangan, pembacaan tertumpu bagi mengukuhkan apa yang
sedang dianutinya.

Kita tidak punya kebenaran mencabar pilihan-pilihan pemikiran. Kita selesa dengan
apa adanya. Ketika berdepan dengan wacana tandingan, sekadar membungkam tanpa hujah
balas. Kita tidak pernah berinteraksi dengan kepelbagaian senelum memilah fikiran-
fikiran. Jiwa kita yang terlalu lazim tenang sudah tidak bersedia untuk bergolak.

Pengetahuan baru tidak datang dari ruang sepi. Riuh polemik daripada dalam apa
yang dipercayai melimpah ke luar kepada apa yang dipercayai. Kita sedang melatih
diri membaca hal-hal yang tidak mahu dipercayai. Ini kerana, senaskah buku masih
meninggalkan sis permulaan pertanyaan. Pembacaan demi pembacaan. Pertanyaan demi
pertanyaan. Pencarian demi percarian. Penemuan demi penemuan.

Di awalnya sumur pengetahuan penuh selut. Mata airnya akan kian jernih setelah kita
terus menggalinya dengan segenap kesabaran dan ketekunan. Namun segalanya perlukan
bekal yang tidak semudah yang dibayangkan. Sudah cukupkah kebenaranian untuk kita
selalu bertanya? Membaca hal-hal yang tidak mahu percaya? Mendengar hujah-hujah
yang mengganggu anutan sendiri? Ada kemungkinan di belakang pengkirik ada

Anda mungkin juga menyukai