Anda di halaman 1dari 9

SKRIP PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK SRI PULAI


PERDANA 2022
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 1 Mengumumkan ketibaan

Perarakan Yang Berusaha Puan Guru Besar SK Sri Pulai Perdana,


guru ke dewan Puan Siti Haidah binti Abd. Hamid
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah ....................
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan
serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Acara 2 Hadirin yang dihormati sekalian,


Nyanyian lagu
Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta dan
sekolah tersayang, sama – sama kita singkap Sambutan Hari
Guru Peringkat SK Sri Pulai Perdana 2022 dengan berdiri
tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Johor
dan lagu Sekolah dengan penuh semangat.

(Nyanyian lagu)

Terima kasih,
para tetamu kehormat, warga pendidik dan hadirin sekalian
dipersilakan duduk.
Acara 3 Assalamualaikum w.b.t.
Ucapan
alu-aluan Adat kita menyambut tetamu
Pengerusi Salam dihulur mesra bertamu
Majlis Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Yang Berusaha,

Puan Siti Haidah ,Guru Besar SK Sri Pulai


Perdana,

Penolong – penolong Kanan,


Ahli jawatankuasa pengelola sambutan Hari Guru peringkat
SK Sri Pulai Perdana 2022, guru – guru, murid-murid dan
Hadirin hadirat yang dimuliakan

Salam bahagia dan salam sejahtera.


Acara 4 Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Bacaan Doa
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis sentiasa selamat.

Untuk itu, dijemput Encik Hamid untuk memimpin bacaan


doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal a’lamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Hamid
atas pimpinan doa sebentar tadi.

Acara 5 Hadirin yang dihormati sekalian,


Persembahan
murid Guru Malaysia berikrar berjanji
Mendidik memimpin putra putri tercinta
Persembahan pelajar menyusul kini
Cetusan idea untuk yang teristimewa

Sebagai halwa mata dan telinga, terimalah persembahan


pertama iaitu persembahan oleh Anak-Anak Generasi
Prasekolah Villa Perdana(Kasih) dengan dendangan lagu yang
beratjuk Senandung Hari Raya dan I want something just like
that.
(Persembahan pertama)
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang
bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan
sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi
dipimpin oleh Cikgu Salwahida .

Hadirin sekalian,
Terimalah persembahan seterusnya daripada pelajar – pelajar
SK Sri Pulai Perdana yang akan mempersembahkan kepada
kita persembahan ____________ . (Persembahan kedua)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang


bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan
sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi
dipimpin oleh __________________ .
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 6 Majlis diteruskan dengan mempersilakan
Bacaan
perutusan Puan Haidah binti Mohammad Ali,
_________ Penolong Kanan SK Sri Pulai Perdana
_________
_________ untuk membacakan perutusan daripada
_________ _____________________________________ sempena Hari
_________ Guru 2022. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
_

(Bacaan Perutusan)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Haidah


binti Mohammad Ali atas ucapan perutusan yang telah
dibacakan sebentar tadi.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 7 Hadirin yang dihormati sekalian,
Nyanyian lagu
kami guru Ketulusan guru memikul amanah
Malaysia Keikhlasan guru melunas tanggungjawab
Sudah tersimpan janji
Sudah terpasak ikrar
Sebati dalam diri setiap guru berhati
waja
Mendidik bangsa membina Negara

Meneruskan majlis pada pagi yang mulia ini, dengan segala


hormatnya dipersilakan kepada semua guru berhati mulia dan
bersemangat waja untuk naik ke pentas bagi acara bacaan ikrar
hari guru dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia

Bacaan ikrar hari guru akan dipimpin oleh


_____________________________________.

Pihak majlis juga memohon kerjasama hadirin untuk berdiri


sebagai tanda penghormatan atas komitmen jitu dan usaha
bersepadu warga pendidik dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab terhadap profesion perguruan.

(Bacaan Ikrar)

(Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia)

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih


kepada warga pendidik SK Sri Pulai Perdana atas lafaz ikrar
dan nyanyian lagu sebentar tadi. Terima kasih.
Acara 8
Ucapan wakil Sidang hadirin sekalian,
murid
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil
Murid, untuk itu dipersilakan _________________________
selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan...
     (ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima


kasih.

Acara 9 Hadirin yang dimuliakan,


Gimik Seterusnya majlis memjemput Yang Berusaha Puan. Siti
Haidah binti Abd Hamid menyempurnakan gimik pelancaran
Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sri Pulai Perdana. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

(Gimik Perasmian)

Terima kasih kepada Puan Guru Besar atas gimik pelancaran


yang disempurnakan tadi.

Acara 10
Ucapan oleh Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Puan . Siti
Guru besar Haidah binti Abd Hamid, Guru besar SK Sri Pulai Perdana
untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)

Demikianlah kata, demikianlah ucapan,


Daripada tuan pengetua insan budiman,
Sekalung perhargaan kami hadiahkan
Kata nasihat tidak dilupakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Peh See


King atas ucapan yang telah disampaikan tadi.
Acara 11 Hadirin yang dimuliakan,
Penutup
Guru umpama dian
Membakar diri menerangi hidup insan
Cintanya pada peradaban
Kasihnya pada anak watan
Setianya pada perjuangan
Kekal meniti zaman
Jasanya tetap dikenang
Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Terima Kasih Cikgu
Tiada kata secantik bahasa
Hendak diluah segala rasa
Sempurna sudah majlis bermakna
Pasti dikenang sepanjang masa

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja


Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sri Pulai Perdana.

Tersilap tersalah harap diampun


Terkasar bahasa maaf dipohon

Selamat Hari Guru dan Salam Sejahtera.

Para pelajar diminta untuk berada di dewan untuk


pengumuman seterusnya.
Sambutan Hari Guru di Sunway Hotel
Acara 1
Alu-aluan Yang Berusaha Puan Siti Haidah binti Abd Hamid
Guru Besar SK Sri Pulai Perdana

Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan


Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang
dikasihi sekalian.

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


kebangsaan Sri Pulai Perdana

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah


kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di Hotel
Sunway untuk meraikan Sambutan Hari Guru Tahun 2022
Acara 2 Hadirin yang dihormati sekalian,
Penyampaian hadiah Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara sukan
sukaneka dan permainan.
Justeru, dipersilakan _________________ diiringi
oleh __________________ untuk upacara penyampaian hadiah.

(Penyampaian hadiah)
Tahniah kepada para pemenang.
Terima kasih kepada _________________ atas penyampaian
hadiah itu tadi.
Acara 3 Seterusnya dipersilakan Encik Emir Nashriq, Pengerusi Kelab Guru
Ucapan pengerusi KGK dan Kakitangan 22/23 untuk tampil menyampaikan ucapan beliau.
Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....
(ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


Acara 4 Bukan keris kalau tanpa ulunya,
Ucapan Guru Besar
Bukan majlis kalau tanpa ucapannya,

Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan Puan Siti


Haidah binti Abd. Hamid untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
(ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
Acara 5 Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi tukar hadiah.
Sesi Tukar Hadiah
Acara 6 Hadirin yang dikasihi
Bacaan doa makan Majlis sudah tiba ke acara yang dinantikan.
Dijemput ________________________ untuk mengetuai bacaan
doa makan.

Amin.. Selamat menjamu selera ..

Anda mungkin juga menyukai