Anda di halaman 1dari 1

TALKING POINT BENGKEL SUKARELAWAN MALAYSIA ICT (MIV)

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)


TAHUN 2022

 Sukarelawan Malaysia ICT (MIV) merupakan satu platform yang bertujuan untuk
memperkasakan warga Malaysia untuk menjadi warga digital menuju ke arah
negara digital pintar (Smart Digital Nation).

 Objektif MIV adalah untuk menggalakkan warga digital dan media literasi untuk
menyertai secara berkesan, beretika dan dengan bertanggungjawab serta
mendorong permintaan untuk komunikasi dan perkhidmatan multimedia.

 MIV Bersama Sekolah adalah satu program kolaboratif bersama Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang
melibatkan para guru sekolah rendah dan menengah.

 Program ini menyokong “Malaysian National Education Blueprint” yang


bertujuan mengubah dan meningkatkan sistem pendidikan Malaysia.

 MIV juga merupakan inisiatif strategik untuk meningkatkan kualiti pembelajaran


melalui penggunaan ICT serta menyokong aspirasi kerajaan untuk menjadikan
para pelajar lebih bersedia menghadapi keperluan, cabaran dan berdaya saing
di abad ke-21.

 Seramai 85 orang peserta dipilih dalam kalangan pendidik terdiri pegawai JPN,
pegawai PPD, Guru Penyelaras Bestari, Guru Bimbingan Kaunseling serta guru-
guru yang mempunyai kemahiran asas ICT dari seluruh negeri Pulau Pinang bagi
menyertai bengkel ini.

 Ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia


(SKMM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang menjayakan Bengkel Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) Tahun 2022.

Anda mungkin juga menyukai