Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKHIR

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat saya menyempurnakan tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu menyediakan portfolio sebagai koleksi dokumen yang memberi gambaran mengenai seorang professional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan serta maklumat dan pencapaian. Pada 23 hingga 27 Mac 2009, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai,Perak yang merupakan sekolah lama saya menuntut ilmu semasa peringkat sekolah rendah. Pada mulanya saya berasa sangat berat gementar dan takut untuk melangkah kaki ke sekolah tersebut walaupun pada masa yang sama saya berasa teruja untuk kembali ke sekolah lama. Apabila melangkah kaki ke sekolah berkenaan, saya berasa sangat terkejut dengan perubahan yang berlaku di sekolah berkenaan. Banyak bangunan baru yang telah didirikan serta kawasan persekitaran sekolah sangat menarik dan cantik. Saya telah melakukan PBS bersama seorang rakan sekelas saya iaitu Noor Azrin bt. Musa dan terdapat seorang lagi guru pelatih dari IPGM Kampus Kuala Terengganu yang turut sama melakukan PBS di sekolah tersebut. Sepanjang melaksanakan PBS, saya tidak melepaskan peluang untuk

mengambil gambar setiap sudut bahagian sekolah, membuat catatan penting ketika diberi penerangan oleh pihak sekolah dan mengumpul data yang penting untuk dimasukkan ke dalam portfolio. Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh mereka. Selain itu, saya juga sempat untuk mengikuti beberapa aktiviti yang dijalankan di sekolah dan diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman mengajar secara realit di dalam kelas bersama murid-murid sekolah.

Akhirnya, selepas melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah selama 5 hari, saya telah menganalisis kesemua maklumat dan data yang diperolehi. Kesemua maklumat yang diperolehi perlu dimasukkan ke dalam portfolio PBS. Gambar-gambar yang telah diambil juga perlu dimasukkan ke dalam portfolio sebagai bukti perlaksanaan PBS. Saya telah diberi masa untuk menyelesaikan semua tugasan seminggu selepas PBS. Terdapat banyak aspek yang perlu dianalisis oleh saya dan pada mulanya saya merasakan tugasan yang diberikan ini agak membebankan kerana tempoh masa menyelesaikan tugasan ini agak pendek dan selepas menjalani PBS, saya perlu mengikuti program BIG di Pulau Pangkor selama 4 hari 3 malam. Walaubagaimanapun, dengan izin dan keyakinan yang ditanamkan dalam diri beserta pertolongan Allah SWT, Alhamdulillah akhirnya tugasan ini dapat disiapkan.

Kesimpulannya, program PBS merupakan satu komponen yang sangat baik dan banyak membantu saya terutama dalam mengetahui tentang pengurusan sekolah. Segala pengalaman dan ilmu yang ditimba dapat saya aplikasikan apabila bergelar seorang guru kelak dan membimbing saya untuk menjadi guru yang cemerlang pada masa akan datang. Walaubagaimanapun, sepanjang tempoh menjalani PBS, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan seperti para guru pelatih perlu diberi tempoh perlaksanaan yang lebih panjang supaya mereka akan lebih memahami sistem pengurusan di sekolah. Pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani PBS tidak ternilai harganya dan sangat penting sebagai panduan serta persediaan pada masa akan datang kepada bakal-bakal guru.

Anda mungkin juga menyukai