Anda di halaman 1dari 1

Muhammad Umar Irsyad Bin Noor Azrun

3 Berlian
SK Tanjong Piandang.
___________________________________________________________________________

Guru Besar,
SK Tanjong Piandang. 14 April 2022

Tuan,

MEMOHON PERTUKARAN KE SEKOLAH LAMA

Dengan segala hormatnya, saya Noor Azrun Bin Talib ayah kepada Muhammad Umar Irsyad
kelas 3 Berlian ingin memohon pertukaran untuk ke sekolah lama iaitu Sekolah Rendah
Islam Al-Hasanah, Titi Serong berkuat kuasa pada hari Jumaat, 15 April 2022.

2. Hal ini adalah kerana anak saya kadang kala mengalami kemurungan kerana kurang
gembira berada di SK Tanjong Piandang mungkin atas faktor suasana sekolah lama yang
lebih selesa dan gembira untuk dirinya. Saya selaku ayah kepada Muhammad Umar Irsyad
risau jika keadaan sebegini berterusan akan menjejaskan pembelajarannya.

3. Saya ingin memohon maaf sekiranya permohonan ini memberi kesulitan pihak tuan. Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang mendidik anak saya
selama dia belajar di sini walaupun sementara. Saya amat berharap agar pihak tuan dapat
meluluskan permohonan saya ini.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

Noor Azrun Bin Talib

Anda mungkin juga menyukai