Anda di halaman 1dari 2

BISMILAHHIRAHMANIRAHIM…

Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha Encik Adil Azahar bin Ahmad Guru Besar Sk Sentul Utama, Cik Siti
Mahanom binti Jamal Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ahmad bin Nawawi Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Jariyatun binti Bahari Guru Penolong Kanan
Kokurikulum Puan Siti Mariam binti Kasim Guru Penolong Kanan PPKI, Ajk PIBG, guru-
guru dan rakan-rakan sekalian.  Pertama sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih,
kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya, selaku wakil murid untuk memberikan
ucapan, sempena Hari Guru 2022.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari keramat bagi mengenang dan menghargai jasa guru.  16 Mei saban
tahun telah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama, pada tahun 1956 Majlis
Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu  telah menerima   LAPORAN RAZAK, yang
telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan, semenjak hari itu.
Tahun ini, Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA, telah dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema
ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk
melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya bermula daripada  seorang
guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mengenal abc,
1,2,3, one two three dan alif, ba, ta perlulah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan
mereka melayani karenah kita amatlah besar nilainya. Jasa itu akan kami kenang hingga ke
hujung nyawa.

Rakan sekalian, 
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk menjadi insan yang
cemerlang di dunia dan akhirat. Mereka lah insan yang sedia mendengar segala masalah kita.
Guru lah segala-galanya bagi kami.   Oleh itu, guru-guru di SKSU ini merupakan pendidik
yang cukup hebat  dalam mendidik kami semua.

Guru-guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah
mengenal erti jemu dalam memberikan pelajaran kepada kami semua.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Itu adalah kata-kata Sasterawan Negara, Usman  Awang dalam puisinya Guru Oh


Guru.  Saya akhiri ucapan saya dengan memetik kata-kata Solomon Ortiz tentang pendidikan.

“Education is the key to success in life, and teachers make a lasting impact in the lives of
their students.”

Sekian, terima kasih. 

Anda mungkin juga menyukai