Anda di halaman 1dari 2

1.

Betulkan kesalahan penggunaan kata ganti nama yang berikut:

Salah Betul

Beliau merupakan murid yang amat pintar di ......................... merupakan murid yang amat
sekolahnya. pintar di sekolahnya.

Yang Berhormat Tuan Pengetua akan merasmikan ......................................... Tuan Pengetua akan
majlis pada hari ini. merasmikan majlis pada hari ini.

Beliau telah mencemar duli untuk merasmikan ................................telah mencemar duli untuk
majlis keramaian pada petang itu. merasmikan majlis keramaian pada petang itu.

“Cikgu, semalam saya nampak engkau di pasar “Cikgu, semalam saya nampak .............................
malam,” kata Tony kepada Cikgu Darwis. di pasar malam,” kata Tony kepada Cikgu Darwis.

Mereka-mereka yang tidak hadir ke sekolah ...................................... yang tidak hadir ke


selama tiga hari berturut-turut akan dikenakan sekolah selama tiga hari berturut-turut akan
tindakan disiplin. dikenakan tindakan disiplin.

Dia disanjung oleh masyarakat sebagai pemimpin .............................. disanjung oleh masyarakat
yang adil dan amanah. sebagai pemimpin yang adil dan amanah.

2. Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang paling sesuai.

(a) “ ____________________ berharap penduduk kawasan ini boleh bekerjasama,” kata Perdana
Menteri.

(b) Peragut rantai emas itu diberkas oleh polis pagi tadi. ________________ akan dipenjarakan selama
tiga tahun.

(c) “Bolehkah kamu tunjukkan jalan ke tandas awam?” tanya Shila kepada budak itu.

(d) “__________________ hendaklah menyiapkan latihan yang telah diberikan,” kata Cikgu Lee kepada
murid-muridnya.

(e) Aiman dan adiknya masih belum pulang ke rumah. _______________ sedang bermain bola di
padang.

(f) _________________ sekeluarga menikmati ikan bakar di Medan Selera Ikan Bakar, Umbai, Melaka.

(g) Sejak kecil lagi Arman memang rajin belajar dan sebab itulah ___________ dapat melanjutkan
pelajaran ke menara gading.

(h) Ahli-ahli pengakap itu sudah membuat persediaan rapi. _____________ berhasrat untuk mendaki
Gunung Kinabalu tidak berapa lama lagi.
3. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(a) Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengasuh anak-anaknya menjaga kebersihan diri.

_____________________________________________________________________________________

(b) Sekiranya kita menjaga kebersihan, kami dapat menonjolkan imej atau perawakan yang menarik.

_____________________________________________________________________________________

(c) “Dengan penjagaan kebersihan diri, barulah anda disenangi oleh orang lain,” kata Jimmy kepada
rakan karibnya.

_____________________________________________________________________________________

(d) “Kalian perlu memberus gigi dan berkumuh selepas makan agar nafas sentiasa segar,” nasihat doktor
pergigian kepada seorang pesakitnya.

_____________________________________________________________________________________

(e) Tikus dan lalat boleh membawa jangkitan penyakit kepada kami.

_____________________________________________________________________________________

(f) Sukan lasak semakin digemari oleh kalian yang suka akan cabaran.

_____________________________________________________________________________________

4. Pilih kata ganti nama yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.

(a) “(Baginda/Beta) berkenaan untuk berburu di hutan tebal itu,” titah Raja Melaka kepada Bendahara.

(b) “Biarlah (saya/aku) yang membantu cikgu membawa buku-buku itu,” kata Salmi kepada Cikgu
Faridah.

(c) Kenapalah (engkau / kamu) tidak hadir ke sekolah semalam?” soal Cikgu Zaidi kepada Alimin.

(d) “(Kami / Kalian) mesti berdisiplin semasa di tempat lawatan nanti,” kata Cikgu Zaidah kepada murid-
muridnya.

Anda mungkin juga menyukai