Anda di halaman 1dari 2

 

Piagam Pelanggan Pusat Sumber Aisyah Humaira


 Sekolah Agama Menengah Rawang
      KAMI GURU-GURU DAN PARA PENGAWAS PUSAT
SUMBER AISYAH HUMAIRA SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR  AKAN
MENGGEMBLENG  TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:
 Memberikan perkhidmatan mesra dan terbaik kepada para pengguna 
Pusat Sumber.
 Membimbing para pengguna menggunakan segala kemudahan Pusat
Sumber secara optimum serta berkesan.
 Memberi peluang yang sama rata kepada seluruh warga sekolah
menikmati kemudahan yang tersedia di Pusat Sumber.
 Menyampai dan membimbing pengguna mengaplikasikan sebarang
bentuk perkembangan teknologi pendidikan terkini.
 Meningkatkan ilmu, disiplin diri, dan sahsiah kami serta seluruh warga
Sekolah Agama Menengah Rawang.
 Mewujudkan hubungan baik di antara ahli keluarga Pusat Sumber
sekolah ini dengan pihak-pihak lain seperti BTP, BTPN, PUSTAKAM,
PERPUSTAM, PKG dan sebagainya melalui pelbagai program yang
murni serta menyelesaikan sebarang masalah dalam bentuk
kekeluargaan.
 Mengembangkan ilmu dan kemahiran ahli keluarga Pusat Sumber bagi
memastikan perkhidmatan yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin,
bertanggungjawab, efisien, efektif dan produktif.
 Menguruskan kerja dengan sistematik, cekap, pantas, bijaksana dan
berkesan.
 Sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti bagi merangsang kewujudan  
budaya ilmu dalam jiwa seluruh warga sekolah.
 .Menyediakan perkhidmatan yang dapat membantu mempertingkatkan
kualiti pencapaian akademik serta kokurikulum sekolah.
 Menyerlahkan maksud sebenar Pusat Sumber sebagai “Minda” sesebuah
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai