Anda di halaman 1dari 1

MADUH KE SEKOLAH: AMALAN TERBAIK UNIT PRASEKOLAH DALAM MELONJAKKAN PERATUS

KEHADIRAN MURID ASLI DI KELAS PRASEKOLAH SK RPS KEMAS

oleh

SAZANA BINTI AMAN P.P.T


GURU BESAR SK RPS KEMAR, 33000 GERIK, PERAK

ABSTRAK

Salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti adalah melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Antara Bidang
Keberhasilan Sekolah (Key Result Area, KEA) ialah Pemimpin Berkesan. Merujuk kepada data Sistem
Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) pada tahun 2019, peratus kehadiran murid Prasekolah pada
tahun tersebut adalah sangat rendah dan ia telah Berjaya di lonjakkan nilai peratusan pada tahun
berikut dan hingga kini melalui perlaksanaan amalan terbaik yang dicetuskan sejak 2020 dan mula di
praktikkan pada tahun tersebut. Program “MADUH KE SEKOLAH” merupakan satu program amalan
terbaik yang dilaksanakan di dua kelas Prasekolah SK RPS Kemar. Program yang bersifat berpusatkan
murid ini juga turut sama dapat memberikan kesedaran kepada ibubapa/penjaga murid prasekolah
tentang pentingnya ke sekolah. Melalui program ini juga, sekolah turut menerima tempias positif
apabila 80% murid prasekolah menunjukan kemenjadian dalam bidang akademik dan juga ko akademik
melalui pentaksiran yang dijalankan oleh guru prasekolah. Dengan ganjaran yang lumayan, murid murid
prasekolah akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk hadir ke sekolah dan sedaya upaya
mengelakkan nama mereka di “Carta Gergasi” mencatat rekod yang buruk. Dengan 5 cara dan kaedah
mengekspresikan simbol tanda salam hormat yang di telah paparkan, murid prasekolah bebas memilih
salah satu cara yang di pamerkan di satu ruang khas untuk di tunjukkan kepada guru yang menunggu
kehadirsan mereka setiap pagi. Sepanjang tempoh 1 tahun program ini dilaksanakan, peratus kehadiran
murid prasekolah didapati melonjak ke arah peningkatan yang lebih positif selari dengan Key
Performance Indeks (KPI) Unit Prasekolah SK RPS Kemar iaitu untuk memastikan 80 % murid hadir ke
sekolah sepanjang terpoh persekolahan.

Kata Kunci: Maduh Ke Sekolah, Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan, Carta Gergasi, Simbol tanda
salam hormat

Anda mungkin juga menyukai