Anda di halaman 1dari 1

Soya

ADUHH sakitnya gigi saya!

neo

Kenapa ni Puan, cepat duduk sini bagi saya check dulu!

(Selepas pemeriksaan…)

Ohhh, rupanya gigi bongsu puan terimpak, patutlah puan rasa sakit

soya Gigi bongsu? Terimpak? Apa tu ya doctor?

neo Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang tumbuh senget seperti berikut. Gigi ini berada
paling belakang selepas gigi geraham kedua. Apabila ruang utk gigi bongsu keluar tidak cukup, gigi
bongsu ni tidak boleh tumbuh dengan tegak dan menjadi terimpak/terhimpit.

shah Bila gigi bongsu tumbuh senget, susah untuk dibersihkan, ia akan menyebabkan

• Kesakitan

• Jangkitan

• Kebengkakan gusi atau muka

• demam

• Penyakit gusi

• Nafas berbau

• Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan

• Kesukaran membuka mulut

soya Oh patutlah sakit, jadi perlu dicabutlah ni kan?

neo Jika dia terimpak, tumbuh senget, seeloknya cabut sahaja, puan

shah Sebelum doktor gigi cabut gigi bongsu anda, doktor gigi biasanya akan ambil x ray untuk
menentukan kedudukan gigi tersebut. Bergantung kepada keadakan dan kedudukan gigi bongsu tu
dari xray, doktor gigi akan menentukan sama ada gigi bongsu anda boleh dicabut dengan cara yang
biasa ataupun pembedahan kecil yang perlu dijalankan.

neo Betul encik shah. Jadi, kalau anda mengalami sakit gigi bongsu, apa yang boleh anda
lakukan?

shah Mudah . Datang sajalah klinik pergigian terdekat untuk membuat pemeriksaan

soya Faham sudah doktor! Terima kasih dr, terima kasih en shah

all Jumpa lagi di episode seterusnya, segalanya bermula disini, ingat hari jadi, ingat doktor gigi

Anda mungkin juga menyukai