Anda di halaman 1dari 1

Berikutan pandemik Covid-19 yang telah melanda negara seraya membawa

kelumpuhan terhadap ekonomi negara, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif


untuk memulihkan semula ekonomi domestik denna melancarkan “Kempen Beli
Barangan Malaysia”. Namun, apakah kelebihan-kelebihan membeli barangan
tempatan ?

Antaranya ialah memajukan industri tempatan. Hal demikian apabila rakyat


menyokong usaha pengusaha-pengusaha tempatan dengan membeli barangan
keluaran bumiputera. Hal ini secara tidak langsung, meningkatkan daya saing antara
pengusaha produk-produk tempatan supaya menempah nama dalam industri
domestik. Buktinya pada masa ini, terdapat pelbagai barangan keluaran bumiputera
yang berada di pasaran domestik bahkan ada antaranya yang berjaya ke pasaran
antarabangsa. Oleh itu, kita mestilah mengutamakan barangan buatan tempatan
sebagai pilihan utama dalam berbelanja.

Tidak ketinggalan juga, pembelian barangan buatan tempatan menjanjikan nilai


yang berpatutan dan mampu milik. Tidak disangkal juga, mutu barangan tempatan
yang kini muncul dalan industri setara dengan barangan yang membanjiri pasaran
antarabangsa. Oleh itu, rakyat tidak perlu gusar mahupun terbeban dengan kos sara
hidup yang tinggi. Buktinya , kasut berjenama “Bata” yang pernah mendapat
pengiktirafan di peringkat antarabangsa membuktikan bahawa produk tempatan juga
mampu mengukir nama di persada dunia.

Tuntasnya, benarlah bahawa barangan tempatan mempunyai kelebihannya yang


tersendiri dan tidak wajar dianaktirikan. Oleh itu, ayuhlah kita menyokong usaha
murni ini dengan membeli barangan buatan tempatan.

Huraian ringkas. Kaitan dgn AT kabur.

Anda mungkin juga menyukai