Anda di halaman 1dari 3

ISU REFLEKSI MINNGU 6

Set Induksi Kurang Berkesan

Norazila bt Ojee

PDPP Pendidikan Islam

Masalah

Pada tarikh (06 Oktober 2021), saya menghadapi masalah untuk menyesuaikan
penggunaan set induksi dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang telah
dirancangkan. Sebagai seorang guru pelatih, kami telah di ajar untuk memanfaatkan set
induksi tersebut dengan baik dan menarik dengan peruntukan masa sebanyak 5 minit.
Dalam masa 5 minit tersebut merupakan masa yang sangat berharga dan sesuai digunakan
untuk merangsang minat muird untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. Kali ini saya ingin
mengetengahkan masalah ini,kerana murid kurang berminat untuk mengikuti sesi
pembelajaran pada kali ini dalam kelas al-Quran. Masalah yang sangat ketara kerana tidak
aktif dan merasa bosan pada mula sesi pembelajaran.

Analisis Masalah

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, tajuk pengajaran banyak mempengaruhi


bentuk set induksi yang bersesuaian. Contohnya dalam tajuk khatam al-Quran, guru boleh
memperdengarkan bacaan al-quran kepada murid atau menunujukkan video orang sedang
mengaji dengan tajwid yang betul. Walaupun idea tersebut sesuai dengan isi pelajaran, amun
ianya sukar untuk menarik minat murid dalam mengikuti pembelajaran seterusnya.

Namun begitu, masalah yang dihadapi bukanlah setakat masalah menyesuaikan set
induksi dengan tajuk atau isi pelajaran, tetapi ianya juga berlaku disebabkan oleh set induksi
yang kurang menarik dan ianya akan merosakkan seluruh rancagan PdP pada hari tersebut.
Hal ini kerana guru terlalu memikirkan untuk menjayakan pelaksanaan set induksi sehingga
pelaksanaan PdP lari dari perancangan yang sebenar.
.
Menurut kajian yang menyentuh tentang pengertian set induksi adalah Ishak et al
(2012). Para pengkaji ini telah menjelaskan set induksi sebagai kaedah atau cara
seseorang guru memulakan pengajaran. Mereka turut menyatakan bahawa induksi
merupakan tindakan dan penyataan guru yang bertujuan untuk menghubungkan pengalaman
murid dengan objektif-objektif dalam sesuatu pelajaran. Secara amnya, induksi juga boleh
dirujuk sebagai pemanasan minda bagi para guru dan murid sebelum menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa pentingnya set induksi yang menarik
dan baik supaya mampu merangsang murid dengan lebih aktif untuk mengikuti pembelajaran
seterusnya.

Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang telah difikirkan, bagi mengatasi masalah


ini. antaranya, pada peringkat awal guru perlu memahami objektif pembelajaran
dengan sebaik mungkin. Dimana dalam merancang set induksi yang sesuai dan
baik, guru perlu bijak dalam mengaitkan langkah satu dengan set induksi. Selain itu,
dalam set induksi juga guru harus memainkan peranan untuk merangsang murid
agar sentiasa aktif untuk mengikuti pembelajaran seterusnya, contohnya sentias
bersoal jawab dengan murid dan meminta murid menyatakan pelbagai idea agar
murid bersemangat untuk mengikuti sesi pembelajaran . menurut pandangan
Omardin Ashaari, 1997, beliau mengatakan pentingnya bagi guru untuk memastikan
murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk memulakan pembelajaran.
Ini kerana apabila murid memberi perhatian, barulah guru akan mudah untuk
memulakan sesi penagajaran.

Tempoh

11 Oktober hingga 15 Oktober 2021 (seminggu)


Tindakan Susulan

Menurut Ea Ah Meng (1987), beliau menyatakan set induksi adalah merupakan


kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan murid anda bagi mengikuti
sesi orientasi prapengajaran.

Berdasarkan takrifan yang diatas, boleh dikatakan bahawa set induksi adalah satu
cara memulakan pengajaran, dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting
untuk guru menyampaikan ideanya kepada murid dan menggalakkan murid sentiasa
berfikir tentang apa pembelajaran pada hari tersebut. Antara tindakan lain yang saya
lakukan, selaku guru saya akan cuba membuat kelainan pada set induksi agar murid
tidak merasa bosan, contohnya membawa elemen-elemen yang mengejutkan supaya
murid teruja untuk tersu mengikuti pembelajaran yang hendak disampaikan oleh guru..
Dalam masa seminggu dimana saya perlu memberi perhatian kepada set induksi agar
dapat menambahbaik dan sesi pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya,set induksi diibaratkan seperti memulakan sesuatu dengan


penuh keyakinan dang mengharap pada kemengana. Set induksi ini juga akan mampu
memberi hala tuju seseorang guru semasa mengajar. Sesungguhnya, sudah memadai
bagi sesorang guru menyediakan set induksi yang ringkas tetapi bermakna kerana
ianya dapat memberikan impak yang besar kepada keseluruhan PdP di dalam kelas.

Rujukan

1. Sandy, S., Jobar, N. A., Rusli, N. F. M., & Adam, N. F. M. (2021). Tinjauan
Pengetahuan, Faktor Dan Kesan Pelaksanaan Set Induksi Dalam Kalangan Mahasiswa
Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Asian Pendidikan, 2(1), 9-18.

Anda mungkin juga menyukai