Anda di halaman 1dari 2

Kuiz 1

NAMA: QAIRUNNAJAH BINTI MOHD FARID


NO MATRIK: A186706

1. Apakah yang dikatakan ilmu pengetahuan (2m)


2. Apakah yang dimaksudkan sains sosial (4m)
3. Jelaskan pembahagian sains sebagai ilmu pengetahuan (4m)

Perkataan ilmu pengetahuan berasal dari kata dasar ilmu manakala pengetahuan kata
dasarnya adalah tahu yang mendapat imbuhan Peng- dihadapan dan imbuhan -An dibelakang.
Ilmu merupakan pengetahuan tentang segala ilmu sama ada melalui pendidikan dan
pengalaman. Manakala pengetahuan adalah hal yang diketahui tentang sesuatu perkara.
Pengetahuan juga merupakan sesuatu perkara yang diketahui namun ia tidak tersusun dengan
teratur. Oleh itu ilmu pengetahuan dapat diertikan sebagai ilmu pengetahuan yang bersifat
ilmiah. Menurut Mohammad Hatta, ilmu pengetahuan adalah pengetahuan yang teratur
tentang undang-undang yang asas dan faktor permasalahan yang timbul. Manakala menurut
Helmy A. Kotto, ilmu pengetahuan adalah proses pembentukan pengetahuan yang
berlanjutan sehingga selesainya masalah tersebut dan menjelaskan sesuatu fenomena.

Perkataan sains sosial dapat dibahagian kepada dua definisi iaitu sains dan sosial.
Perkataan sains berasal dari bahasa latin iaitu ‘Scientia’ yang membawa makna tahu atau
mengetahui. Sains di dalam bahasa inggeris adalah ‘science’ yang membawa erti
pengetahuan. Oleh itu, sains merupakan sebahagian dari pengetahuan. Sosial pula membawa
maksud perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan. Penggunaan
perkataan sains hanya digunakan dalam ilmu yang berkaitan dengan alam dan bidang
kemanusian seperti ekonomi dan bahasa. Selepas meneliti penggunaan sains dalam fakta
ilmiah maka wujud lah penggunaan istilah bagi sains sosial. Sains sosial mengkaji tentang
pelbagai bentuk kemasyarakatan seperti keleuarga, bangsa, masyarakat, kelompok budaya,
peraturan, institusi dan sebagainya. Sains sosial menunjukkan satu komuniti dan pendekatan
yang memberi perhatian terhadap disiplin-disiplin dalam ilmu sosial. Namun begitu, ia sudah
merangkumi ilmu Antropologi sosiologi, sains politik, geografi dan sebaginya. Oleh itu, sains
sosial adalah ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang masyarakat.
Ilmu sains dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu sains formal, sains semula jadi dan
sains sosial. Sains formal adalah satu bidang yang mempelajari sistem formal seperti logic,
matematik, teori sains computer, teori maklumat dan sebagainya. Ia digunakan untuk
menganalisis kejadian fizikal semulajadi sebagai manusia atau sosial. Manakala sains
semulajadi adalah berkaitan dengan ramalan dan pemahaman satu fenomena semulajadi
berdasarkan bukti kajian dari pemerhatian dan eksperimen. Sains semula jadi ini dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu sains hayat yang dikenali sebagai biologi dan sains fizikal
seperti kimia, fizik, astronomi dan sebagainya. Sains sosial pula adalah pemahaman dari
kajian yang berkaitan manusia, budaya dan masyarakat yang mencakupi kehidupan manusia.
Ini bermakna sains sosial mengkaji kehidupan sosial atau kajian corak tingkah laku dalam
kalangan manusia. Sains sosial membantu masyarakat bagi memahami kaedah sesuatu
kejadian terjadi dan mengetahui kedudukan masyarakat. Oleh itu, sains sosial adalah satu
bidang ilmu yang mengkaji perkaitan hubungan anatara manusia dengan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai