Anda di halaman 1dari 33

SKAG 1233

Manusia Dan Cabaran Global

TOPIK:
Perubahan dan Cabaran Ekonomi

Mohd Azlan Abdullah


Program Geografi, PKPSP
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengenalan

• Manusia berinteraksi dengan persekitarannya melalui


pelbagai cara – termasuk aktiviti ekonomi.
• Tahap interaksi – bergantung kepada tahap teknologi,
keupayaan dan pengetahuan, budaya dan politik.
• Aktiviti ekonomi – aktiviti asas bagi memenuhi segala
keperluan, kehendak dan tuntutan.
• Dari perspektif Geografi hubungan ini boleh digambarkan –
berdasarkan 4 P iaitu, Place (Tempat), People (Manusia),
Processes (Proses) dan Patterns (Pola).

05/27/22 2
Perspektif Geografi Berdasarkan Komponen ‘4 P’

Tempat Merujuk kepada suatu lokasi fizikal yg


(Place) mempunyai dimensi ruang, skala.

Manusia Makhluk / spesis dominan di muka


(People) bumi yang mampu beradaptasi,
mengubah dan membinasakan
persekitaran.
Proses Tindakbalas yang terhasil daripada
(Process) hubungan yang berlaku antara 2 atau
lebih komponen.

Pola Bentuk-bentuk corak yang terhasil


(Pattern) daripada hubungan/interaksi, aktiviti
serta proses yang berlaku.
Asas Hubungan Manusia-Alam
Manusia

Kegiatan Manusia

Alam

Interaksi, Proses & Pola


Fahaman Hubungan Manusia - Alam

 Hubungan manusia-alam terjelma dalam dua keadaan:


1. Bagaimana alam mempengaruhi penghidupan manusia di
muka bumi
2. Bagaimana manusia mempengaruhi alam

 Terdapat dua aliran pemikiran/fahaman.

05/27/22 5
Ketentuan alam sekitar (Determinism)
• Tndakan manusia ditentukan oleh alam semula jadi dan manusia tidak
berupaya menguasai alam fizikal yang terdapat di sekeliling dan manusia
juga amat sensitif terhadap pengaruh alam sekitarnya.
• Dipelopori oleh Freidrich Ratzel (1844-1904) dan dikembangkan oleh
Semple (1911) yang menegaskan bahawa ‘manusia adalah hasil adunan
permukaan bumi’ dan bumilah yang memberi makanan, pekerjaan,
menggerakkan fikiran, masalah dan penyelesaiannya.
• Manusia dianggap makhluk yang lemah dan berperanan secara pasif.
• Persekitaran berperanan secara aktif dalam hubungan tersebut.
• Manusia tidak mempunyai daya untuk mempengaruhi persekitarannya.
• Semua aspek penghidupan manusia ditentukan/dipengaruhi oleh alam
fizikalnya.
• Semua kegiatan ekonomi dan ciri-cirinya ditentukan oleh faktor-faktor
alam sekitar fizikal.
• Faktor persekitaran fizikal turut mempengaruhi ciri-ciri sosio budaya
manusia.

05/27/22 6
Possibilism

• dikembangkan dalam penulisan Vidal de Blache (1896-1913) dan


Brunches (1913) dan Isaiah Bowman. Mengikut fahaman ini manusia
diangap sebagai makhluk yang dominan dari segi ekologi dan
berperanan secara aktif.
• Manusia berupaya memilih dari pelbagai pilihan untuk menggunakan
persekitarannya seterusnya menyesuaikan diri – pelbagai penyesuaian.
• Persekitaran fizikal tidak lagi jadi halangan – manusia menggunakan
keupayaan teknologi.
• Manusia mampu mengubah persekitarannya – pandang darat fizikal
dan budaya – untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tiada
batasan.
• Mengakibatkan pelbagai kesan terhadap persekitaran serta manusia
sendiri.

05/27/22 7
Determinisme Ekonomi

• Perspektif ‘determinisme ekonomi’ pula


menekankan ketuanan manusia terhadap alam
sekitar yang lebih meluas. Zelinsky (1966)
menyatakan bahawa prinsip ekonomi sejagat
mempengaruhi interaksi manusia, sumber dan
masyarakat. Menurut beliau, jumlah penghuni
sesuatu wilayah mempunyai korelasi positif dengan
aras pembangunan ekonomi dan aktiviti manusia.

05/27/22 8
Halangan Alam

• alam juga mengenakan halangan tertentu yang turut


mempengaruhi interaksi manusia-alam.
• Terdapat dua halangan: bahaya alam dan had alam.
• Kedua-dua halangan ini membayangkan adanya tahap kritikal yang
perlu diambilkira oleh manusia dan mempunyai kesan yang
berbeza dari segi masa.

• Bahaya alam (banjir/tsunami, gempa bumi, gunung berapi, ribut


taufan dsb) – merupakan kesukaran drp had sebenar.
• Bahaya alam lazimnya berkala m/kala had alam berkeadaan stabil.

05/27/22 9
..samb

• Had alam – ditentukan oleh ciri-ciri fizikal permukaan


bumi dan fenomena fizikal yg lain.
• Had alam spt cerun curam, iklim melampau, tanah
berbatu – mungkin timbulkan kesukaran kepada manusia
untuk jalankan aktiviti pertanian/petempatan.

• b/pun, had itu hanya khusus kpd budaya/masa tertentu


– terdedah kepada penilaian semula manusia dari
semasa-semasa.had alam mampun ditangani manusia –
tahap dan kemajuan teknologi, evolusi masa dan
tamadun manusia serta peningkatan pemahaman
terhadap alam (sumber).

05/27/22 10
Sektor Ekonomi dan Perkembangannya

• Kegiatan ekonomi merupakan suatu bentuk interaksi manusia


dan alamnya dan cara mana manusia mengenalpasti sumber
yang ada di persekitarannya dan menggunakannya bagi
tujuan memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
• umumnya, kegiatan ekonomi merupakan aktiviti-aktiviti yang
dilakukan oleh manusia bagi mendatangkan pulangan atau
hasil sama ada dalam bentuk bahan makanan atau dinilai
dengan wang dalam bentuk upah.
• Kegiatan ekonomi telah mengalami sejarah perkembangan
yang panjang seiring sejarah manusia.
• kegiatan ekonomi boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis
yang utama, iaitu kegiatan ekonomi primer, sekunder dan
tertieri.

05/27/22 11
Sektor Primer • Kegiatan ekonomi primer - semua aktiviti
yang melibatkan pengumpulan,
pengeluaran dan pengestrakan sumber
semula jadi termasuklah pertanian,
perhutanan, perikanan dan perlombongan.
• Kebanyakan bahan mentah semula jadi ini
boleh digunakan terus oleh manusia
misalnya buah-buahan, tumbuhan, bijirin,
ikan, telur dan arang batu. Yang lain pula
perlu diproses sebelum dapat digunakan
misalnya bahan galian seperti bijih timah,
emas, besi dan minyak mentah. Sektor
sekunder (kilang) amat perlu dalam
mengubah bahan ini menjadi bahan yang
boleh digunakan.

05/27/22 12
Aktiviti Ekonomi • Kegiatan ekonomi sekunder pula
Sekunder merupakan kegiatan yang melibatkan
pemprosesan, mengubah dan mengilang
bahan-bahan mentah daripada sektor
primer kepada bahan yang boleh digunakan
atau bahan separa siap.
• Sektor ini memberi nilai tambah (value-
added) kepada sesuatu bahan mentah
berkenaan misalnya gandum kepada
tepung, kuprum kepada dawai elektrik,
silikon kepada cip komputer, susu getah
kepada bahan untuk pembuatan tayar
sebelum digunakan dalam proses
pembuatan barangan lain.
• Kegiatan ini juga seringkali dikenali sebagai
sektor pembuatan.

05/27/22 13
Sektor
• Kegiatan ekonomi tertieri - sektor yang
Perkhidmatan tidak terlibat secara langsung dalam proses
pengumpulan, pengeluaran dan
pemprosesan bahan mentah tetapi lebih
cenderung kepada aktiviti yang
menyediakan perkhidmatan kepada
pengguna. Juga disebut sektor
perkhidmatan. Contohnya aktiviti borong
dan runcit, restoran, kewangan,
pengangkutan dan komunikasi, kesihatan,
guaman, pendidikan, pelancongan dan
hiburan.
• Sektor perkhidmatan yang melibatkan guna
tenaga yang tidak memerlukan tahap
pendidikan yang tinggi atau latihan dikenali
sebagai buruh tidak mahir umpamanya
pekerja restoran makanan segera, pengawal
keselamatan, juruwang, pemandu bas,
tukang sapu dan sebagainya.

05/27/22 14
Sektor • Kini, sektor perkhidmatan mengalami perubahan yang
Kuaternari dinamik - berasaskan kemahiran dan kepakaran yang
tinggi, yang bersifat khusus serta berorientasikan
maklumat dan pengetahuan. Aktiviti ini dikenali
sebagai Sektor Kuaternari yang lazimnya melibatkan
aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D),
pengurusan dan pentadbiran, serta pemprosesan dan
pengurusan maklumat. Sektor ini juga dikenali sebagai
‘knowledge sector’.
• Sektor perkhidmatan juga lazim dikelaskan kepada
lima jenis yang berbeza peranannya dari segi
pengguna akhir iaitu sektor perkhidmatan pengguna
(consumer service), perkhidmatan pengeluar
(producer service), perkhidmatan perniagaan
(bussines service), perkhidmatan awam (public
service) serta perkhidmatan pengedaran dan
komunikasi (distribution and communication service).

05/27/22 15
Perkembangan Ekonomi

Melibatkan 5 tahap perkembangan:

1. Amalan pertanian tradisional/saradiri


2. Revolusi Pertanian Pertama
3. Revolusi Pertanian Kedua
4. Revolusi Ketiga / Revolusi Perindustrian
5. Perkembangan sektor Tertieri / perkhidmatan / zaman
Pasca-Industri

05/27/22 16
(1)Zaman Tradisional
• Berkaitan dengan sektor primer, (dalam perbincangan ini tumpuan
diberikan kepada sektor pertanian sahaja), perkembangan yang berlaku
bermula seawal tahun SM10,000 tahun yang lalu, di mana zaman ini
dikenali sebagai zaman Neolitik.
• Kawasan dunia yang terlibat dalam zaman ini merangkumi wilayah di
Eropah dan Asia Tenggara. Pada ketika ini, kegiatan manusia masih
bergantung sepenuhnya kepada amalan ekonomi purba iaitu mengumpul,
mengutip hasil-hasil hutan,sungai dan laut dan perburuan binatang untuk
kegunaan saradiri. Di samping itu pembelaan spesis-spesis haiwan
ternakan tertentu juga dilakukan untuk kemandirian keluarga.

05/27/22 17
(2)Revolusi Pertanian Pertama
• Manusia telah mula tinggal secara tetap di satu-satu tempat (lazimnya lembangan
sungai, kuala sungai, tepi pantai, dataran tanah pamah yang subur), kawasan oasis
dan melakukan aktiviti pertanian.
• Apabila aktiviti pertanian menggantikan amalan perburuan sebagai cara hidup,
keadaan ini telah menjadi asas dalam pembinaan petempatan (misalnya bandar
pelabuhan), pembinaan tamadun dan pengembangan masyarakat atau penduduk.
• Pada masa ini dikatakan bermulalah Revolusi Pertanian yang pertama yang berkaitan
dengan asal-usul dan penyebaran ekonomi pertanian. Ciri-ciri pertanian yang
diamalkan pada zaman ini ialah pertanian saradiri dengan berintensifkan buruh yang
kebanyakannya dari kalangan ahli keluarga, menggunakan teknologi yang terhad dan
rendah dan pengerjaan tanah tani secara komunal (puak).
• Apabila amalan pertanian semakin maju, masyarakat pertanian berkembang dan
berupaya menampung pertumbuhan penduduk. Maka dari sini bermulalah
Revolusi Pertanian Kedua yang berlaku sejak TM1650 hingga kini.

05/27/22 18
(3)Revolusi Pertanian Kedua
• Sistem pertanian telah berubah daripada saradiri kepada pasaran.
• Negara yang paling awal mengalami revolusi ini ialah England pada kurun
ke-18, Eropah pada kurun ke 19-20 dan merebak ke wilayah Eropah Barat
yang lain dan Amerika Utara.
• Pada tahap ini berlaku lebihan dalam pengeluaran pertanian apabila
sistem pertanian mula dilakukan secara ekstensif atau meluas,
penggunaan teknologi baru seperti sistem pengairan, jentani moden dan
kemajuan sistem pengangkutan/perhubungan, inovasi-inovasi pertanian
seperti pengenalan penggunaan baja kimia, racun serangga dan rumpai
serta penghasilan baka baru secara genetik melalui kajian sains
bioteknologi.
• Semua ini akhirnya membawa faedah yang besar terhadap aktiviti
pertanian seterusnya mampu menghasilkan pulangan kewangan /
pendapatan yang banyak.

05/27/22 19
(4)Revolusi Ketiga
• Revolusi Ketiga didominasi oleh sektor perindustrian, zaman ini bermula
dari tahun 1928 hingga sekarang.
• Wilayah-wilayah dunia yang mula mengalami revolusi ini termasuklah di
negara bekas Soviet Union dan Eropah Timur, Amerika Utara dan Eropah
Barat.
• Pada ketika ini, kos pengeluaran seunit bertambah rendah apabila
berubahnya sistem pertanian itu serta pengunaan input-input baru dalam
pengeluaran (teknologi, inovasi dan infrastruktur).
• Idea dan fahaman kolektif (sosialis) dan ideologi korporat(kapitalis) turut
berkembang dan mempengaruhi amalan serta sistem yang terlibat dalam
rantaian pengeluaran pertanian.

05/27/22 20
…samb

• Penekanan diberikan kepada produktiviti dan pengeluaran untuk keuntungan


menggantikan struktur pertanian sebagai satu cara hidup.
• Pengeluaran pertanian dilakukan secara kolektif/korporat menggunakan
ekonomi skala, intensif modal, penggantian tenaga buruh dan pengkhususan
pengeluaran pertanian kepada sebilangan kecil unit-unit pengeluaran raksasa.
• Berlakulah pengurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian berbanding
keluasan tanah pertanian. Misalnya di Amerika utara seorang petani moden
mengusahakan beribu-ribu hektar ladang gandum tetapi mampu membekal
keperluan tepung gandum sedunia. Begitu juga halnya dengan pengusaha
penternakan lembu dan kambing biri-biri di Australia dan New Zealand yang
mampu memenuhi permintaan daging dan tenusu sebahagian penduduk
dunia. Walaupun negara tersebut tidak dikategorikan sebagai negara
pertanian, tetapi mereka merupakan pembekal utama produk makanan
kepada sebahagian besar penduduk dunia.

05/27/22 21
…samb

• Akibat daripada perindustrian pertanian yang berlaku sekitar kurun ke 20,


pengeluaran pertanian telah menjadi sebahagian daripada rantaian proses industri
yang mencakupi pengeluaran, penyimpanan, pemprosesan, pengedaran,
pemasaran dan peruncitan.

• Perindustrian pertanian melibatkan tiga perkembangan penting:


I. Berlakunya perubahan pada aktiviti buruh apabila jentera mengantikan/membaiki
prestasi tenaga manusia,
II. Munculnya input-input inovatif : baja kimia, biji benih kacuka, dan bioteknologi
yang berdaya melengkapkan, mengubah atau menggantikan input-input semula
jadi (biologi),
III. Terciptanya pengganti-penganti industrian bagi produk-produk pertanian
(misalnya pemanis tiruan mengantikan gula tebu, pemekat tiruan menggantikan
tepung, getah tiruan menggantikan getah asli).

05/27/22 22
…samb
• Perindustrian pertanian ini bermula di kawasan teras (negara
maju) dunia buat beberapa lama. Hanya pada penghujung
tahun 1960an barulah perindustrian pertanian tersebar ke
kawasan pinggir (negara membangun) dalam bentuk pakej
yang dikenali sebagai Revolusi Hijau.
• Revolusi Hijau bolehlah dikatakan sebagai pengekspotan
pakej teknologi dan inovasi pengeluaran pertanian dari
kawasan teras ke kawasan pinggir untuk meningkatkan
produktiviti pertanian global.

• (Rujuk Video Revolusi Hijau)


• http://education-portal.com/academy/lesson/what-is-the-
green-revolution-definition-benefits-and-issues.html#lesson
05/27/22 23
Perkembangan Sektor Sekunder
• perkembangan sektor perindustrian / sekunder hampir seiring dengan
perkembangan sektor pertanian global. Ini kerana pada asasnya, kemajuan
dalam sektor primer telah memungkinkan perkembangan dalam sektor
perindustrian dalam hal bekalan bahan mentah.
• Namun pada awal perkembangannya ia lebih tertumpu di negara-negara
maju seperti Eropah,Jepun dan Amerika Utara. Hanya lewat kurun ke 20
barulah aktiviti perindustrian mula berkembang di negara-negara
membangun. Keadaan in menghasil suatu pola ruang yang tidak setara
antara tahap pembangunan.
• Perbezaan tersebut masih ketara sehingga sekarang walaupun banyak usaha
dilakukan oleh negara membangun untuk memajukan sektor perindustrian
mereka melalui beberapa cara, dasar dan intensif. Malah bagi kebanyakan
negara membangun, pembangunan sektor perindustrian negara dilihat
sebagai satu strategi pembangunan ekonomi yang ideal.

05/27/22 24
…samb

• Revolusi Perindustrian berlaku seiring dengan perubahan dalam teknologi seperti


berikut:
i. 1790-1840: permulaan mekanisasi yang berasaskan kuasa air dan enjin wap,
pembangunan tekstil kain kapas dan hasil-hasil kerja logam; pembangunan system
pengangkutan sungai, saliran/pengairan dan jalan raya.
ii. 1840-1890: ekploitasi terhadap enjin wap arang batu, penghasilan produk besi,
jalan keretapi, kapal laut, dan peralatan jentera.
iii. 1890-1950: ekploitasi enjin pembakaran dalam (internal combustion engine),
minyak dan plastik, elektrikal dan kejuruteraan berat, kapalterbang, radio dan
telekomunikasi.
iv. 1950- : ekploitasi kuasa nuklear, ruang angkasa, elektronik, petrokimia,
pembinaan lebuhraya dan jaringan pengangkutan udara.
v. 1990- : ekploitasi tenaga suria, robotik, mikroelektronik, bioteknologi, penciptaan
bahan-bahan termaju, teknologi maklumat (telekomunkasi secara digital dan GIS
etc).

05/27/22 25
(5)Perkembangan Sektor Tertieri
• Sejurus perkembangan sektor perindustrian, sektor tertieri
mengambil tempat sebagai penyerap guna tenaga daripada
sektor lain apabila berlakunya perubahan dalam struktur
ekonomi.
• Pada awalnya peranan sektor ini ialah memberikan
perkhidmatan kepada kedua-dua sektor tadi misalnya dalam
proses pengedaran, pengangkutan, penyimpanan dan
perdagangan bahan-bahan keluaran pertanian atau
perindustrian.
• Namun skop sektor perkhidmatan semakin kompleks dan
bertambah sehingga menjadi sebuah sektor ekonomi dinamik
yang sinonim dengan sebuah masyarakat pasca perindustrian
termaju.

05/27/22 26
Implikasi Perubahan Ekonomi:
Revolusi Pertanian

• Lebihan makanan
• Dapat tampung populasi yang besar
• Jangka hayat meningkat – ledakan penduduk.
• Pembentukan petempatan desa dan bandar
• Pekan dan bandar bertindak sebagai pusat perdagangan,
pentadbiran dan kebudayaan/keagamaan
• Perdagangan antara bangsa berkembang.
• Lebihan pendapatan pembangunan lain.

27
Era Revolusi Perindustrian
• Peralihan daripada masyarakat pertanian.
• Lebihan pendapatan dan pengkhususan kerja – sektor perindustrian
(pemprosesan).
• Perubahan: pemprosesan ke pembuatan.
• Penemuan sumber semulajadi (biologi, mineral, bahan api fosil).
• Perubahan dari segi mod pengangkutan dan komunikasi.
• Perubahan dari segi sumber tenaga.
• Penggunaan jentera dan mesin dalam proses pengeluaran.
• Kewujudan perusahan dan kilang besar bagi menampung pengeluaran
skala – memenuhi tuntutan pengguna/perdagangan.
• Kewujudan bandar besar/perindustrian, pelabuhan, perkapalan dan
jaringan perdagangan laut.
• *pada masa sama – berlaku era penjelajahan dan penjajahan, perlumbaan
senjata (perang PD1 & PD2, perang dingin – senjata nuklear).

28
Implikasi Era Revolusi Industri
• Pengeluaran barangan besaran (mass production)
• Pengeluaran produk pertanian meningkat
• Jangka hayat meningkat
• Kadar kematian bayi menurun
• Kadar pembandaran meningkat
• Perubahan gaya hidup (sosial dan budaya)
• Pencemaran dan kemerosotan alam sekitar

• Rujuk Video:
• http://education-portal.com/academy/lesson/the-industrial-
revolution-impacts-on-the-environment.html#lesson

29
Era Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT)

• Bermula sejak 1950 (Revolusi Kuantitatif) dan 1970 – era


pengkomputeran, 1990-an – kini era
internet/cyberspace.
• Menggunakan ICT – untuk mendapat / mencapai
maklumat / berkomunikasi dalam skala global.
• *Era ini juga berlakunya globalisasi yang pesat.
• Era ini juga merujuk – masyarakat pasca-industri (bagi
negara termaju).

30
Beberapa implikasi era ICT:

• Pengeluaran barangan besar2an.


• Pengeluaran produk pertanian meningkat.
• Jaringan pengeluaran dan penggunaan terkait/terglobal –
global assembly line.
• Jangka hayat meningkat
• Kadar kematian bayi menurun.
• Perubahan gaya hidup (sosial dan budaya – pengaruh
globalisasi).
• Kadar pembandaran meningkat – kecenderungan menjadi
global city.
• Masyarakat bermaklumat – kesampaian ICT meningkat.
• Persaingan global.

31
Cabaran Ekonomi Global
• Persaingan
• Perdagangan antara bangsa
• Harga komoditi
• Tarikan pelaburan
• Globalisasi
• Tenaga kerja
• Teknologi
• Modal
• Kawasan / tapak
• Bahan mentah vs bahan tiruan
• Dasar ekonomi negara

05/27/22 32
Sekian. Terima kasih.

05/27/22 33

Anda mungkin juga menyukai