Anda di halaman 1dari 23

TOPIK 1

PENGENALAN
KEPADA EKONOMI
PERTANIAN DI
MALAYSIA

Ekonomi Pertanian (GTN 3500)

By: Dr. Norhidayah Che Soh

This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA


HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir kursus ini, pelajar akan


dapat:
1. Memahami maksud dan konsep
ekonomi pertanian
2. Menyedari kepentingan ilmu
ekonomi pertanian
3. Menambah minat untuk menceburi
bidang pertanian
DEFINISI PERTANIAN

Pertanian adalah
proses pengeluaran di Pertanian ialah pengeluaran makanan
mana bahan-bahan dan barangan melalui perladangan,
semula jadi penternakan, dan perhutanan. Ia
berinteraksi melalui merupakan perkembangan utama yang
membawa kepada kebangkitan
pertumbuhan tanaman tamadun, dengan penanaman dan
dan ternakan untuk penternakan mewujudkan lebihan
menghasilkan makanan dan seterusnya membolehkan
makanan dan serat. pembangunan masyarakat yang lebih
padat dan berstrata (Wikipedia).
SEJARAH & EVOLUSI PERTANIAN
 Tahap primitif dan sara diri
 Peringkat awal- manusia bergantung kepada aktiviti memburu
binatang dan mengumpul hasil hutan untuk dijadikan makanan
dan pakaian serta tempat tinggal.
 Sumber semulajadi tersebut tidak mampu menampung keperluan
manusia.
 Pertanian awal wujud dengan berlakunya aktiviti bercucuk tanam
dan menternak ternakan secara sara diri dan berpindah randah.
 Produktiviti rendah
 Menggunakan kaedah dan peralatan tradisional
 Kekangan teknologi, saluran social dan komunikasi terhad
SEJARAH & EVOLUSI PERTANIAN
• Tahap kepelbagaian tanaman (tanaman campuran)
Tanaman utama tidak hanya didominasi oleh tanaman ruji tetapi
juga tanaman tanaman lain

Aktiviti baru membolehkan penggunaan tanah yang lebih baik dan


efisyen

Alatan mekanikal mudah diperkenalkan dan racun serangga, benih


yang baik, baja kimia dan sistem pengairan yang tersusun
diaplikasikan dalam amalan pertanian

Kepelbagaian tanaman membantu mengatasi masalah kegagalan


tanaman utama dan lebih menjamin kelangsungan pendapatan petani
SEJARAH & EVOLUSI PERTANIAN
• Tahap tanaman komersial moden
Pertanian moden yang mewujudkan pengkhususan dalam
pengeluaran pertanian. Bagi memenuhi peningkatan taraf hidup,
kemajuan biological dan teknikal.

Keuntungan komersial merupakan kriteria utama dan penggunaan


teknologi moden dan canggih menjadi keutamaan.

Kepelbagaian saiz dan amalan pertanian diamalkan. Buah buahan


dan sayuran ditanam secara intensif dan seterusnya ekstensif.

Tanaman khusus yang bersifat ekstensif kebiasaannya dimiliki


oleh syarikat multinasional.
JENIS JENIS
PERTANIAN
Terdapat tiga jenis pertanian di
Malaysia iaitu:

• Pertanian pindah

• Pertanian kebun kecil (sara diri)

• Pertanian ladang
PERTANIAN PINDAH
Ciri-ciri utama :

Diusahakan oleh orang asli di


kawasan pedalaman sarawak, sabah
dan semenanjung malaysia.
Tanaman yang diusahakan adalah
tanaman kering seperti padi huma,
keledek, sayur-sayuran dan buah-
buahan.
Menggunakan cara-cara penanaman
dan peralatan tradisional (kaedah
primitif) seperti cangkul, tugal, kapak,
parang dan batang kayu.
Hutan dibersihkan dan dibakar.
Abunya dijadikan baja tanah.
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-NC-ND
PERTANIAN PINDAH

• CIRI-CIRI UTAMA :
Hasil tanaman dituai oleh ahli keluarga menggunakan
alat tradisional untuk kegunaan keluarga sendiri.
Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila
kesuburan tanah berkurangan.
Tanah yang telah ditinggalkan akan ditumbuhi oleh
hutan belukar (hutan sekunder).
PERTANIAN KEBUN KECIL/SARA
CIRI-CIRI UTAMA:

 Keluasan tapak 1- 2 hektar.


 Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal
kecil.
 Kegiatan pertanian yang terpenting - paling
meluas diusahakan oleh petani malaysia.
 Ditanam dengan tanaman sara diri untuk
keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada
penduduk tempatan sahaja.
 Menggunakan jentera-jentera kecil dan
kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang
disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang
mengamalkan cara pertanian tradisional.
 Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-
buahan, sayur-sayuran dan jagung (tanaman
sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa
sawit, getah, lada hitam dan koko.
PERTANIAN LADANG
• Ciri-ciri utama: ebihi 40 hektar.
• Keluasannya melra besar-besaran oleh syarikat
• Dijalankan seca
besar.
d ag an g an se perti getah,
• Menanam ta n am an
kelapa sawit dan teh.
ag a b u ru h y an g ramai,
• Menggun ak an te n
, ra cu n se ra n g ga, baja urea
peralat an m o d en
an b iji b en ih y an g b er m utu tinggi.
d
hasil yang tinggi dan
• M en g el u ar k an
kebanyakannya diekspot.

This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-NC-ND


KEPENTINGAN PERTANIAN
• Sumber asas kehidupan
• Penyumbang kepada pendapatan negara
• Membekalkan makanan dan minuman
• Penting bagi perdagangan antarabangsa
• Sumber bahan untuk penghasilan pelbagai produk
• Menyediakan peluang pekerjaan
• Asas pembangunan negara
KEKANGAN DALAM SEKTOR PERTANIAN

• Pengurangan tenaga buruh


• Saiz ladang/perusahaan yang kecil
• Kos pengeluaran yang meningkat
setiap tahun
• Kekurangan modal
• Sikap petani yang sukar menerima
perubahan dan teknologi baharu
• Kekurangan kawasan pertanian
PERTIMBANGAN KHAS
BAGI SEKTOR PERTANIAN

• Setiap jenis produk pertanian memiliki ciri yang


tersendiri

• Sangat dipengaruhi oleh iklim.


• Kebanyakan kerajaan mengawal dan melindungi
industri pertanian.

• Dianggap sebagai industri strategik di kebanyakan


negara.
DEFINISI
EKONOMI PERTANIAN
Sains sosial yang melibatkan urusan manusia memilih
untuk menggunakan pengetahuan teknikal dan sumber
pengeluaran yang terhad (tanah, modal, buruh dan
pengurusan) bagi menghasilkan makanan dan serat
dan mengedarkannya untuk kegunaan pelbagai lapisan
masyarakat dari masa ke masa.
AGRIBUSINESS/PERNIAGAAN TANI
Keseluruhan operasi yang terlibat dalam pembuatan
dan pengedaran bekalan ladang; operasi
pengeluaran di ladang; penyimpanan, pemprosesan,
dan pengedaran komoditi ladang dan barangan yang
terhasil dari ladang.
SKOP EKONOMI PERTANIAN

• Pengeluaran, pengedaran, penggunaan dan aktiviti


kerajaan berkaitan dengan pertanian dan perusahaan
ladang.

• Secara khususnya, ekonomi pertanian juga boleh


dianalisis dari aspek politik. Kecukupan sesebuah negara
dalam menghasilkan makanan dapat mengurangkan
kebergantungan terhadap makanan dan bahan baku dari
luar negera, khususnya ketika krisis.

• Skop ekonomi pertanian adalah sangat luas dimana ia


merangkumi pelbagai factor pengeluaran termasuk juga
tanah, buruh, modal, organisasi dll.

• Sektor pertanian termasuklah: pertanian, perladangan,


perhutanan, penternakan, perikanan.
EKONOMI SECARA
RINGKASNYA ADALAH:

• Sains sosial
• Membandingkan keuntungan dan kos
• Mengurangkan kesan kekurangan/
ketidakcukupan sumber

• Kecekapan
• Pengeluaran produk
• Melibatkan ramalan masa hadapan
FUNGSI PENGURUSAN

• Pengurusan berfungsi untuk


mengarah dan mengawal keadaan.

• Melibatkan proses membuat


keputusan.

• Keperluan untuk bertanggungjawab


terhadap akibat keputusan yang
dibuat.
Mengenalpasti masalah dan
memikirkan penyelesaiannya.

Menganalisa berdasarkan
ASAS pemerhatian lanjut.
MEMBUAT
KEPUTUSAN Membuat keputusan.
DALAM
PENGURUSAN Mengambil tindakan.

Menerima tanggungjawab.
PEMAHAMAN PENTING:
• Kitaran semulajadi pengeluaran dan
ketidakstabilan harga adalah dua ciri
penting untuk pertanian.
• Pertanian adalah industri yang berdaya
saing.
• Ia adalah kerana
kekurangan/ketidakcukupan sumber
yang perlu kita ambilkira dalam
membuat pilihan alternatif yang
dikehendaki.

21
PEMAHAMAN PENTING:
• Mengorbankan satu perkara untuk yang lain
merupakan kos sebenar dalam membuat pilihan.
• Kaedah dalam ekonomi diambil dari dunia sebenar
yang kompleks untuk mengetahui hubungkaitnya
dalam ekonomi.
• Kebiasaannya, graf akan digunakan kerana dapat
membantu menggambarkan kaitan ekonomi
dengan lebih jelas.
• Ekonomi pertanian adalah sains sosial yang
digunakan untuk menyelesaikan masalah
pertanian.

22
PEMAHAMAN PENTING:

• Pengurusan adalah melibatkan aktiviti membuat


keputusan dan menyelaras penggunaan semua
sumber dalam ladang atau firma perniagaan.
• Ekonomi positif hasil daripada analisis saintifik
fakta-fakta yang berkaitan dengan situasi
manakala ekonomi normatif pula melibatkan
nilai peribadi kita.
• Perniagaantani merangkumi fungsi keseluruhan
sistem makanan dan serat dari input industri ke
ladang atau dari ladang ke pengguna akhir.
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA-NC

23

Anda mungkin juga menyukai