Anda di halaman 1dari 2

SOALAN KUIZ (TUGASAN 1)

NAMA: AINA HANANI BINTI RAZAINI


NO. MATRIKS: A187018

SOALAN

1. Apakah yang dikatakan dengan ilmu pengetahuan. (2m)

Ilmu pengetahuan adalah gabungan pemahaman-pemahaman berkenaan manusia


termasuklah produk yang dihasilkan oleh manusia serta alam sekitar yang wujud
disebabkan oleh kehidupan manusia yang mempunyai sifat ingin tahu serta
mempunyai kebolehan dalam berfikiran secara lebih luas dan terbuka.

2. Apakah yang dimaksudkan sains sosial. (4m)

Sains sosial membawa maksud himpunan pengetahuan berkenaan dengan kajian


tentang manusia, budaya, dan masyarakat dari semua aspek manusia. Sebagai
contoh, aspek jaringan sosial dan interaksi sosial yang mengkaji tentang tingkah
laku dan gaya hidup pada kelompok-kelompok manusia yang dikaji. Bidang sains
sosial juga adalah sebuah bidang pengkajian ilmu yang sangat luas dan hanya
terbatas kepada bidang yang menjurus kepada perkara-perkara yang kompleks.
Antara bidang tersebut adalah psikologi, geografi, sains politik, ekonomi dan
sejarah.

3. Jelaskan pembahagian sains sebagai ilmu pengetahuan. (4m)

Sains dalam ilmu pengetahuan boleh dibahagikan kepada dua jenis sains iaitu
sains ilmiah atau pun sains fizikal dan juga sains sosial. Sains ilmiah adalah ilmu
berkenaan dengan alam semula jadi atau pun alam sekitar yang menjadi asas
kepada pembinaan teknologi-teknologi baru yang lebih diberikan perhatian.
contohnya, bidang biologi, kimia, fizik, sains nuclear dan lain-lain. Sains sosial
pula adalah satu bidang saintifik yang digunakan untuk mengkaji bidang
kemanusiaan dan juga kemasyarakatan yang bertujuan untuk mengkaji kehidupan
sosial dan pola tingkah laku kelompok manusia. sebagai contohnya, bidang
psikologi, ekonomi, komunikasi, geografi dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai