Anda di halaman 1dari 1

Sambutan Hari Guru

Pada 17 Mei 2022 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru.
Sambutan hari guru diadakan di dewan sekolah pada pukul 8.00 pagi. Dewan sekolah
telah dihias dengan kain rentang dan belon-belon yang cantik.

Tujuan sambutan ini adalah untuk menghargai jasa guru yang telah mendidik
murid dan memupuk semangat kasih sayang antara guru dan murid dengan penuh
berdedikasi. Sejak awal pagi, semua murid, guru-guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa
dan Guru telah berkumpul di dewan sekolah. Para hadirin mengambil tempat duduk
masing-masing di dalam dewan sebelum majlis bermula.

                Majlis bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa. Ketua
murid memberi ucapan alu-aluan. Selepas itu, juruacara menjemput Guru Besar
SJK(T) Ladang Kombok untuk memberi ucapan perasmian. Majlis telah dirasmikan
oleh Guru Besar.

Seterusnya, persembahan koir, nyanyian dan tarian yang dipersembahkan oleh


murid-murid dijalankan. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang menarik ini.
Selain itu, sukaneka yang melibatkan guru, murid-murid dan ibu bapa juga
dijalankan. Semua hadirin bermain dengan girang sekali.

                Majlis berhenti pada pukul 11.00 pagi untuk para hadirin berehat
seketika. Semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan khas yang telah
disediakan disediakan oleh kantin sekolah dan ibu bapa. Semua makanan yang
disediakan sedap-sedap belaka.

                Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang


dalam acara sukaneka. Di samping itu, sijil juga disampaikan kepada guru cemerlang.
Wakil murid daripada setiap kelas juga memberi bunga kepada setiap guru sebagai
tanda penghargaan.

                Menjelang pukul 2.00 petang, majlis bersurai. Saya berasa penat tetapi
gembira. Kita perlulah mengingati jasa guru dan membalas jasa guru dengan belajar
bersungguh-sungguh.

Anda mungkin juga menyukai