Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN B

Pilih salah satu daripada soalan-soalan berikut:

Anda harus menulis sebanyak 80-90 patah perkataan dalam Bahasa Melayu.

(a) Pengalaman melancong ke luar negara

Tulis sebuah karangan pendek tentang pengalaman anda melancong ke luar negara. 

Karangan anda hendaklah dilengkapi dengan maklumat-maklumat di bawah:

• Bilakah anda pergi ke sana Dan dengan siapa?

• Apakah nama tempat yang anda telah lawati semasa berada di sana?

• Apakah aktiviti anda semasa berada di sana? Beri dua contoh.

• Apakah perasaan anda selepas lawatan tersebut?

ATAU

(b) Makanan popular di Malaysia

Anda ingin berkongsi dengan rakan anda yang berada di luar negara
tentang makanan yang popular di Malaysia. Tulis sepucuk surat kepada
rakan anda dan isi kandungan  surat tersebut hendaklah dilengkapi
dengan maklumat-maklumat di bawah:

• Apakah makanan popular di Malaysia? (beri 3 contoh)


• Apakah rasa, bentuk dan warna makanan tersebut?
• Adakah makanan ini dikenali di seluruh dunia?
• Apakah isi kandungan makanan tersebut?
• Mengapakah anda menyukai makanan tersebut?

Anda mungkin juga menyukai