Anda di halaman 1dari 6

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

KEMPEN “CIMB OCTOSAVERS BONUS PROFIT” 2022

1. Kempen “CIMB OctoSavers Bonus Profit” 2022 (“Kempen”) adalah dianjurkan oleh CIMB
Islamic Bank Berhad [No. Pendaftaran: 200401032872 (671380-H)] (“CIMB”).

Tempoh Kempen

2. Kempen akan berlangsung dari 1 April 2022 hingga 30 Jun 2022, termasuk kedua-dua tarikh
(“Tempoh Kempen”).

3. CIMB merizabkan hak untuk menukar jangka masa dan/atau tarikh pemulaan dan/atau
penamatan Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu tujuh (7) hari kalendar.

Kelayakan

4. Kempen ini adalah terbuka kepada pelanggan yang tidak mempunyai Akaun Simpanan
OctoSavers-i (“Akaun Penyertaan”) yang terjatuh di bawah Akaun Semasa-i dan/atau Akaun
Simpanan-i CIMB (“CASA-i”) dengan CIMB sebelum Tempoh Kempen (“Pelanggan Layak”).

5. Kategori individu/entiti yang berikut adalah TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:-
a) Kakitangan atau pekerja tetap, sambilan dan/atau kontrak CIMB (termasuk anak
syarikat dan syarikat berkenaannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu pasangan
suami isteri, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik);
b) Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen periklanan dan kempen, penjual dan penyedia
perkhidmatan pihak ketiga) CIMB (termasuk anak syarikat dan syarikat berkenaannya)
dan kakitangan atau pekerja tetap, sambilan dan/atau kontrak mereka dan ahli keluarga
terdekat (iaitu pasangan suami isteri, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik) wakil, ejen,
kakitangan dan/atau pekerja tersebut;
c) Pelanggan perusahaan sederhana kecil/perbankan perusahaan/komersial dan korporat
seperti yang akan ditentukan oleh CIMB yang termasuk tetapi tidak akan terhad kepada
pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat tersenarai awam, syarikat sendirian berhad,
organisasi/pertubuhan amal/bukan untung, kelab, persatuan, koperasi dan
perkongsian profesional;
d) Individu di bawah umur lapan belas (18) tahun; atau
e) Pelanggan yang telah menyertai dalam kempen CIMB lain semasa Tempoh Kempen.

6. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak merepresentasi dan mengesah bahawa
mereka tidak terjatuh di bawah mana-mana kategori individu/entiti yang tersebut di atas.

Kriteria Kelayakan

7. Untuk layak bagi memperolehi ganjaran di bawah Kempen ini, Pelanggan Layak mestilah
membuka suatu Akaun Penyertaan dengan berjaya melalui:-

Terma-Terma dan Syarat-Syarat


Kempen “Cimb OctoSavers Bonus Profit” 2022
1
(a) aplikasi mudah alih CIMB Apply (“aplikasi CIMB Apply”) (untuk pelanggan Baharu
kepada Bank (“NTB”)); atau
(b) laman web CIMB Clicks (“laman web CIMB Clicks”) (untuk pelanggan Sedia Ada kepada
Bank (“ETB”)),

semasa Tempoh Kempen (“Kriteria Kelayakan”).

8. Pelanggan Layak mestilah juga mematuhi dengan terma-terma dan syarat-syarat semasa yang
mengawal produk yang berikut semasa menyertai dalam Kempen ini:-
a) Debit Mastercard Octo CIMB;
b) Akaun Simpanan OctoSavers-i CIMB;
c) CIMB Apply;
d) CIMB Clicks;
e) Akaun Simpanan-i CIMB; dan/atau
f) Debit Mastercard CIMB.

9. Pelanggan Layak yang telah berjaya memenuhi Kriteria Kelayakan hendaklah selepas di sini
dirujuk sebagai “Pemegang Akaun Layak”. Penentuan CIMB tentang siapa yang merupakan
Pemegang Akaun Layak hendaklah muktamad, terikat dan konklusif dan penentuan tersebut
tidak akan dicabar dengan apa-apa cara jua.

Ganjaran Kempen

10. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di sini, Pemegang Akaun Layak akan layak
kepada ganjaran yang berikut jika mereka memenuhi syarat-syarat yang berikut:-

Ganjaran Syarat-syarat
Keuntungan bonus sebanyak o Terhad kepada satu (1) Akaun Simpanan OctoSavers-i
3.00% setahun atas baki bagi setiap Pemegang Akaun Layak
penghujung hari (“EOD”)
dalam Akaun Penyertaan o Pemegang Akaun Layak mestilah mempunyai baki EOD
(tertakluk kepada baki EOD minimum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu
maksimum sebanyak Ringgit (RM1,000) dalam Akaun Penyertaan mereka
Malaysia Dua Puluh Ribu
(RM20,000) atas dasar
harian bagi 90 hari dari
tarikh Kriteria Kelayakan
dipenuhi

Pengiraan Keuntungan Bonus

11. Keuntungan Bonus adalah dikira seperti yang berikut:-

Penerangan Pengiraan
Keuntungan
Baki EOD dalam Akaun Penyertaan x Kadar Keuntungan Bonus /
Bonus
Jumlah bilangan hari dalam tahun tersebut x 1 hari
(bagi setiap hari)

Terma-Terma dan Syarat-Syarat


Kempen “Cimb OctoSavers Bonus Profit” 2022
2
Ilustrasi

Pelanggan A telah berjaya memenuhi Kriteria Kelayakan pada bila-bila masa semasa Tempoh Kempen
dan telah mendepositkan Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000) ke dalam Akaun Penyertaan pada
tarikh Kriteria Kelayakan dipenuhi (iaitu Hari 1) tetapi mengeluarkan Ringgit Malaysia Empat Ribu dan
Lima Ratus (RM4,500) dari Akaun Penyertaan pada Hari 2 dan mendepositkan Ringgit Malaysia Empat
Ribu dan Lima Ratus (RM4,500) ke dalam Akaun Penyertaan semula pada Hari 3 tanpa apa-apa
deposit, pengeluaran atau pemotongan yang selanjutnya.

No. Hari Baki EOD Kadar Keuntungan Bonus Keuntungan Bonus


Hari 1 RM5,000 3% setahun RM0.41 (5,000 x 3% / 365 x 1)
Hari 2 RM500 - RM0.00
Hari 3 RM5,000 3% setahun RM0.41
Hari 4 RM5,000 3% setahun RM0.41
… … … …
Hari 90 RM5,000 3% setahun RM0.41
Jumlah Keuntungan Bonus Terakru RM36.58

12. Ganjaran akan dibayar dan dikreditkan ke dalam Akaun Penyertaan Pemegang Akaun Layak
seperti yang berikut:-

Ganjaran diperolehi pada atau sebelum Tempoh Pengkreditan


31 Mei 2022 dalam 90 hari dari 1 Jun 2022
31 Julai 2022 dalam 90 hari dari 1 Ogos 2022
30 September 2022 dalam 90 hari dari 1 Oktober 2022

13. Pemegang Akaun Layak mestilah memastikan Akaun Penyertaan mereka mempunyai
minimum sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM200) semasa Tempoh
Pengkreditan sehingga penganugerahan Ganjaran jika tidak mereka tidak akan layak untuk
menerima Ganjaran.

14. Jumlah Ganjaran yang sedia ada di bawah Kempen ini adalah dihadkan pada Ringgit Malaysia
Satu Juta (RM1,000,000). Ganjaran akan dibayar kepada Pemegang Akaun Layak (tertakluk
kepada mereka memenuhi syarat-syarat dalam Klausa 11 dan 13) atas dasar “tiba dahulu,
layan dahulu”. Jika jumlah Ganjaran telah digunakan sepenuhnya, Ganjaran tidak akan lagi
disedia ada kepada Pemegang Akaun Layak yang seterusnya memenuhi syarat-syarat dalam
Klausa 11 dan 13.

15. CIMB tidak akan layan apa-apa permintaan dari Pelanggan Layak untuk memindah apa-apa
Ganjaran yang dianugerah kepada mereka kepada mana-mana akaun CIMB mereka atau
akaun lain yang dikekal dengan institusi kewangan lain atau mana-mana akaun pihak ketiga,
menukar ia untuk atau mengganti ia dengan tunai atau hadiah atau ganjaran lain yang
mempunyai harga setara atau sebarang kaedah lain dalam apa-apa situasi.

16. Ia merupakan tanggungjawab Pelanggan Layak untuk memastikan nombor mudah alih, alamat
dan alamat e-mel berdaftar mereka adalah terkini dan dikemaskini dengan CIMB. CIMB tidak
akan dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kerugian (termasuk kehilangan peluang dan/atau
kerugian berbangkit timbul daripadanya) dan ganti rugi dialami atau ditanggung oleh

Terma-Terma dan Syarat-Syarat


Kempen “Cimb OctoSavers Bonus Profit” 2022
3
Pelanggan Layak jika nombor mudah alih, alamat dan alamat e-mel berdaftar mereka dalam
rekod CIMB adalah tidak dapat dihubungi, terkini atau dikemaskini.

17. Pelanggan Layak akan bertanggungjawab untuk membayar mana-mana cukai, kos sampingan
dan/atau caj berkenaan dengan Ganjaran dan/atau ketidakpenuhan oleh pedagang
penyertaan dan/atau platform dalam talian.

18. CIMB tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab kepada mana-mana


Pelanggan Layak atau mana-mana pihak bagi sebarang kerugian atau ganti rugi (termasuk
tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, ganti rugi
secara langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas)
berbangkit daripada kelewatan, kegagalan penghantaran atau kegagalan penerimaan Debit
Mastercard Octo oleh Pelanggan Layak disebabkan oleh apa-apa sebab jua, termasuk nombor
mudah alih, alamat dan alamat e-mel Pelanggan Layak dikekal dalam rekod CIMB adalah tidak
tepat, tidak sah atau tidak betul.

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am

19. Pelanggan Layak bersetuju bahawa dengan menyertai Kempen, beliau:

a) telah mengakses membaca dan mengesah persetujuannya terhadap Terma-Terma dan


Syarat-Syarat ini;
b) memberi kebenaran kepada CIMB untuk memproses dan mendedah data peribadinya
menurut Notis Privasi Kumpulan CIMB di www.cimb.com.my;
c) bersetuju bahawa semua keputusan yang dilakukan secara adil dan munasabah oleh
CIMB berkenaan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Ganjaran yang akan
diberikan dan penentuan pemenang kempen, hendaklah muktamad, terikat dan
konklusif; dan
d) bahawa CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap
Pelanggan Layak jika CIMB tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian
daripada mana-mana kewajipannya dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini yang
disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh:

 kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan


data atau talian penghantaran
 kegagalan elektrik;
 pertikaian industri, perang, mogok atau rusuhan;
 apa-apa bencana alam (“act of God”) di luar kawalan CIMB; atau
 apa-apa factor dalam sifat force majeure yang berada di luar kawalan munasabah
CIMB.

20. Pelanggan Layak akan dilucutkan kelayakan daripada menyertai Kempen dan/atau Ganjaran
akan dilucuthakkan, jika:

a) CASA-i Pelanggan Layak ditutup atau menjadi dorman semasa Tempoh Kempen
dan/atau sebelum penghantaran Ganjaran;
b) Pelanggan Layak memungkiri terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal CASA-i;

Terma-Terma dan Syarat-Syarat


Kempen “Cimb OctoSavers Bonus Profit” 2022
4
c) CASA-i Pelanggan Layak telah ditamatkan atau ditutupkan atau tertakluk kepada apa-
apa penahan, perintah bertentangan yang dilaksanakan oleh Mahkamah atau mana-
mana pihak kuasa yang diberi kuasa oleh undang-undang; atau
d) CASA-i Pelanggan Layak adalah berdelinkuen, tidak sah atau dibatalkan oleh Pelanggan
Layak atau CIMB.

21. CIMB hendaklah mempunyai hak untuk melucutkan kelayakan mana-mana Pelanggan Layak
yang ia tentukan telah:

a) mengganggu dengan proses kemasukan/penyertaan/permohonan; dan/atau


b) bertindak memungkiri Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini

22. CIMB hendaklah mempunyai hak untuk:

a) menggantikan Ganjaran dengan benda lain yang mempunyai kos setara; dan/atau
b) melanjutkan, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau
menggantungkan Kempen

dengan memberikan notis terdahulu tujuh (7) hari kalendar kepada Pelanggan Layak melalui:

 pengumuman di laman web CIMB; dan/atau


 notis di cawangan CIMB; dan/atau
 notis di kaunter Pertukaran Mata Wang CIMB; dan/atau
 dengan apa-apa cara pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB.

23. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak
bagi apa-apa kerugian, ganti rugi, kos atau perbelanjaan yang mungkin dialami atau
ditanggung oleh Pelanggan Layak sebagai akibat langsung atau tidak langsung oleh apa-apa
penggantian Ganjaran dan/atau apa-apa pembatalan, penggantungan, pemendekan atau
pelanjutan Kempen.

24. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Pelanggan Layak atau mana-mana
pihak bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan
pendapatan, keuntungan atau nama baik, ganti rugi secara langsung atau tidak langsung,
sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas) akibat daripada:

a) penyertaan atau bukan penyertaan Pelanggan Layak dalam Kempen; dan/atau


b) apa-apa kegagalan penerimaan atau kelewatan penerimaan SMS oleh Pelanggan Layak,

melainkan kerugian atau ganti rugi sedemikian timbul daripada dan disebabkan secara
langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran sengaja CIMB.

25. CIMB hendaklah mempunyai hak untuk mengubah suai, menambah, memadam atau
meminda mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini (“Pindaan”) dengan memberikan
notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pelanggan Layak melalui:

a) pengumuman di laman web CIMB; dan/atau


b) notis di cawangan CIMB; dan/atau
c) notis di kaunter Pertukaran Mata Wang CIMB; dan/atau

Terma-Terma dan Syarat-Syarat


Kempen “Cimb OctoSavers Bonus Profit” 2022
5
d) iklan di suatu akhbar pilihan CIMB; dan/atau
e) dengan apa-apa cara pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB.

Pindaan hendaklah dianggap mengikat terhadap Pelanggan Layak dari tarikh seperti yang
ditentukan oleh CIMB dalam pemberitahuan.

Pelanggan Layak bersetuju untuk mengakses laman web CIMB pada selang masa yang tetap
untuk menyemak terma-terma dan syarat-syarat Kempen dan memastikan beliau sentiasa
mengikuti apa-apa pengubahsuaian Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini.

26. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak bagi apa-apa kerugian atau ganti
rugi yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan Layak akibat secara langsung atau tidak
langsung daripada Pindaan.

27. Pelanggan Layak hendaklah menanggung rugi sepenuhnya dan memastikan CIMB ditanggung
rugi terhadap apa-apa fi, kos, caj, perbelanjaan, kerugian, ganti rugi atau liabiliti yang mungkin
ditanggung oleh CIMB akibat daripada:

a) penyertaan Pelanggan Layak dalam Kempen; dan/atau


b) penerimaan, penebusan atau penggunaan Ganjaran oleh Pelanggan Layak.

28. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini:

a) hendaklah mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung


dalam mana-mana bahan lain yang mengiklankan Kempen; dan
b) dibaca bersama dengan terma-terma dan syarat-syarat semasa CASA-i yang akan
diguna pakai sebagai tambahan kepada Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini

29. Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini hendaklah tertakluk kepada mana-mana undang-undang,
peraturan dan garis panduan, arahan, notis semasa yang dikeluarkan oleh Bank Negara
Malaysia atau mana-mana badan lain yang mempunyai kuasa penyeliaan ke atas CIMB dari
semasa ke semasa.

30. Pelanggan Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB untuk apa-apa maklum
balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini melalui surat, panggilan telefon, faks dan
e-mel:

Alamat: Unit Resolusi Pelanggan, Peti Surat 10338, Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, 50710
Wilayah Persekutuan
No. Telefon: +603 6204 7788
No. Faksimile: +603 2691 3248
Alamat E-mel: CRU@cimb.com

31. CIMB boleh mengubah butir-butir perhubungan di atas dengan memaklumkan kepada
Pelanggan Layak melalui pengumuman di laman web CIMB atau dengan apa-apa cara
pemberitahuan lain yang boleh dipilih oleh CIMB.

Terma-Terma dan Syarat-Syarat


Kempen “Cimb OctoSavers Bonus Profit” 2022
6

Anda mungkin juga menyukai