Anda di halaman 1dari 5

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

KAD KREDIT BSN-1TEACHERS MASTERCARD EMAS

1. Apakah Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas?


Ini adalah kad jenama bersama yang dikeluarkan oleh BSN dengan kerjasama strategik
bersama Yayasan Guru Malaysia (YGMB).

2. Siapakah yang layak untuk memohon Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard
Emas ?
a) Guru dan kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
b) Pensyarah dan tenaga pengajar yang berkhidmat di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang diluluskan oleh YGMB.
c) Guru yang berkhidmat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

3. Apakah syarat-syarat untuk memohon Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard


Emas?

Umur Kad Utama – 21 tahun


Minimum Kad Tambahan – 18 tahun
Pendapatan Minimum RM24,000 setahun dan ke atas
Warganegara Malaysia sahaja

4. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Kad Kredit BSN 1


Teachers Mastercard Emas ?

Sila hantarkan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan anda:

Guru, Kakitangan KPM dan Pensyarah Pensyarah & Tenaga Pengajar IPTS
IPTA
 Salinan Kad Pengenalan (depan dan  Salinan Kad Pengenalan (depan dan
belakang) termasuk Pemohon Kad belakang) termasuk Pemohon Kad
Tambahan, jika berkaitan. Tambahan, jika berkaitan.

 Slip Gaji 1 bulan terkini.  Slip Gaji 2 bulan terkini atau Penyata
KWSP terkini atau Borang EA atau
Borang B dengan resit cukai rasmi.

Nota: Guru yang baru tamat kursus perguruan juga layak untuk memohon BSN 1
Teachers Mastercard Emas dengan menyertakan salinan surat penempatan mengajar.

5. Apakah faedah dan keistimewaan utama yang saya dapat nikmati sebagai
Pemegang Kad BSN 1 Teachers Mastercard Emas ?
a) Caj Kewangan serendah 8.88% setahun.
b) Yuran Tahunan Percuma sepanjang hayat, tanpa sebarang syarat (Kad Utama dan
Kad Tambahan).
c) Percuma Kad Touch n’ Go BSN Zing PLUSMiles untuk Pemegang Kad Utama.
d) Keistimewaan Keahlian Kad Emas MasterCard
1
e) Pemegang Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas yang memohon untuk
menjadi ahli YGMB akan menikmati pengecualian RM10 yuran pendaftaran keahlian
YGMB.

6. Apakah kemudahan dan keistimewaan lain yang saya dapat nikmati sebagai
Pemegang Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas ?
Anda juga akan menikmati kemudahan dan keistimewaan yang kini ditawarkan oleh
BSN kepada semua Pemegang Kad yang lain seperti:
a) Program Pindahan Baki BSN
b) Pelan 0% EasyPay BSN
c) Pelan EasyCash BSN
d) Pelan Instalment-Pay BSN
e) Autobilling BSN
f) Keistimewaan Merchant BSN
g) Percuma Pelan Perlindungan Kemalangan Pelancongan sehingga RM500,000:
 Perlindungan insurans pelancongan secara automatik sehingga RM500,000
apabila anda membayar penuh tambang perjalanan dengan menggunakan Kad
Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas. Anda juga akan dilindungi atas
kesulitan semasa penerbangan yang disebabkan oleh kelewatan atau terlepas
penerbangan, kelewatan atau kehilangan bagasi tertakluk kepada terma dan
syarat polisi.
h) Mata Ganjaran (Tempoh luput 3 tahun selepas mata yang diperoleh)
 RM1 = 1 Mata Ganjaran (perbelanjaan runcit di dalam negara)
 RM1 = 2 Mata Ganjaran (perbelanjaan runcit di luar negara)
i) Program Penebusan Mata Ganjaran untuk Enrich Miles, hadiah-hadiah menarik,
baucar dan lain-lain.
j) Diskaun dan keistimewaan daripada Rakan Niaga terpilih.
k) Kemudahan pembayaran menerusi rangkaian cawangan BSN, Mesin ATM / Mesin
Deposit Tunai BSN, perbankan internet di www.mybsn.com.my, SMS dan InterBank
GIRO.

7. Sekiranya saya adalah Pemegang Kad Kredit Utama BSN sedia ada, adakah saya
boleh memohon untuk Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas?
Ya, anda boleh. Anda boleh memohon Kad ini jika anda memenuhi syarat-syarat
permohonan seperti yang dinyatakan dalam butiran 2 dan 3 di atas. Kelulusan untuk
permohonan Kad ini adalah tertakluk kepada penilaian kredit yang baru. Anda
dikehendaki untuk mengisi borang permohonan Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard
Emas dan menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan di mana-mana cawangan
BSN.

8. Bagaimana pula dengan had kredit untuk Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard
Emas?
Had kredit akan ditentukan berdasarkan kelayakan pendapatan individu dan polisi
penilaian kredit BSN.

2
9. Jika saya adalah Pemegang Kad Kredit BSN sedia ada dan memohon Kad Kredit
BSN 1 Teachers Mastercard Emas , adakah saya akan mendapat had kredit yang
berasingan?
Had kredit yang akan ditawarkan adalah had kredit gabungan kad kredit sedia ada.
Walau bagaimanapun, anda boleh memohon untuk kenaikan had kredit dengan
menyertakan salinan pendapatan terkini untuk pertimbangan BSN.

10. Adakah Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas diterima di luar negara?
Ya. Kad ini diterima dan diiktiraf di seluruh dunia, termasuk kemudahan untuk
pengeluaran wang tunai menerusi mesin ATM yang memaparkan logo
MasterCard/Cirrus.

11. Adakah yuran tahunan dikenakan ke atas Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard
Emas?
Tidak. Kad-kad adalah percuma seumur hidup dengan tiada syarat yang dikenakan.
Keistimewaan ini juga diberikan kepada Pemegang Kad Tambahan anda.

12. Bagaimana dengan bayaran minimum bulanan?


Bayaran minimum bulanan adalah 5% daripada jumlah baki tertunggak tertakluk kepada
minimum RM50 yang akan dinyatakan di dalam penyata bulanan anda.

13. Apakah caj-caj pembayaran lewat?


Caj bayaran lewat adalah 1% daripada jumlah baki tertunggak tertakluk kepada
minimum RM10 dan maksimum RM75 yang akan dinyatakan di dalam penyata bulanan
yang seterusnya.

14. Apakah caj-caj kewangan untuk Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas?
a) Pembelian Runcit
Caj Kewangan akan dikenakan ke atas baki tertunggak transaksi runcit yang tidak
dibayar selepas tarikh akhir pembayaran. Pengiraan Caj Kewangan bermula
daripada tarikh transaksi diposkan sehingga bayaran penuh diterima dan dikreditkan
ke dalam Akaun Kad berdasarkan kadar berikut:

Tahap Kadar Syarat

Tahun Pertama Keahlian

Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum


SEBELUM atau PADA tarikh akhir bayaran.

Tahun Kedua Keahlian dan seterusnya

I 8.88% setahun Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum


SEBELUM atau PADA tarikh akhir bayaran dan
rekod pembayaran bagi tempoh 12 bulan
sebelumnya adalah 12/12 bulan.

3
Tahun Kedua Keahlian dan seterusnya

Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum


II 9.99% setahun SEBELUM atau PADA tarikh akhir bayaran tetapi
rekod pembayaran bagi tempoh 12 bulan
sebelumnya adalah kurang daripada 12/12 bulan.

Menjelaskan bayaran SELEPAS tarikh akhir


III 14% setahun
bayaran.

b) Pendahuluan Tunai
Caj Kewangan akan dikenakan pada kadar 1.5% sebulan yang bersamaan 18%
setahun dan dikira pada kadar harian daripada tarikh Pendahuluan Tunai dibuat
sehingga pembayaran penuh diterima dan dikreditkan ke dalam Akaun Kad.

15. Apakah caj untuk transaksi pendahuluan tunai?


Anda akan dikenakan caj sebanyak 5% daripada jumlah pendahuluan tunai atau
minimum RM10 bagi setiap urusan pendahuluan tunai. Anda layak untuk mengeluarkan
sehingga 75% daripada had kredit anda yang ada.

16. Saya ingin memohon Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas tetapi saya
masih mempunyai baki tertunggak dari kad kredit saya dengan bank lain. Apakah
yang perlu saya lakukan?
Pertama, anda perlu memohon Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas. Setelah
permohonan diluluskan, anda boleh memohon Program Pindahan Baki BSN untuk
memindahkan baki tertunggak anda kepada Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard
Emas yang baru. Anda perlu melengkapkan borang Pindahan Baki BSN dengan
melampirkan salinan terkini penyata kad kredit bank lain anda dan menghantar
dokumen-dokumen tersebut kepada mana-mana cawangan BSN.

17. Adakah saya perlu menjadi ahli YGMB untuk layak memohon Kad Kredit BSN 1
Teachers Mastercard Emas?
Tidak. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk mendaftar menjadi ahli YGMB
untuk menikmati lebih banyak faedah dan keistimewaan yang disediakan oleh YGMB.

Untuk maklumat lanjut mengenai faedah dan keistimewaan YGMB, sila hubungi YGMB
di talian 03-41058679 / 03-41057866 atau layari www.ygmb.com.my.

18. Jika saya Pemegang Kad BSN 1 Teachers Mastercard Emas, adakah saya secara
automatik akan menjadi Ahli YGMB?
Tidak. Anda perlu melengkapkan borang permohonan keahlian YGMB, melampirkan
salinan Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas anda (muka hadapan) dan hantar
dokumen-dokumen tersebut kepada YGMB. Bagi Pemegang Kad Kredit BSN 1
Teachers Mastercard Emas, yuran pendaftaran bagi keahlian YGMB sebanyak RM10
akan dikecualikan oleh YGMB.

Untuk memohon menjadi ahli YGMB, sila hubungi YGMB di talian 03-41058679 / 03-
41057866 atau layari www.ygmb.com.my untuk muat turun borang permohonan
keahlian YGMB.
4
19. Bagaimana saya boleh memohon atau mendapatkan maklumat lebih lanjut
mengenai Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas?
a) Kunjungi mana-mana cawangan BSN untuk mendapatkan borang permohonan; atau
b) Layari laman web kami di www.mybsn.com.my; atau
c) Hubungi Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-1900 atau +603-2613 1900 (Luar
Negara).

Versi bertarikh 21/06/17

Anda mungkin juga menyukai