Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KONVEN ST URSULA

PETI SURAT 285,


91008 TAWAU, SABAH

KERTAS KERJA
PENGURUSAN DAN PENYERTAAN MENYERTAI
PERTANDINGAN TARIAN KREATIF RAKYAT TERBUKA
BAGI TAHUN 2018

Tarikh
28 – 30 SEPTEMBER 2018

Tempat
DEWAN KONVENSYEN UJANA KEWANGAN
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Anjuran
JABATAN PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
PERBADANAN LABUAN
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kebenaran dan peruntukan untuk menyertai
Pertandingan Tarian Kreatif Rakyat Terbuka tahun 2018.

2.0 PENDAHULUAN
Kokurikum merupakan salah satu eleman penting dalam bidang pendidikan. Ia merupakan
satu aspek penting yang menjadi pelengkap kepada bidang kurikulum sekolah. Oleh yang
demikian penganjuran pertandingan ini merupakan satu saluran pendidikan luar bilik darjah
yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Aktiviti ini
juga dapat meningkatkan lagi kemantapan fizikal, emosi dan rohani pelajar. Secara
keseluruhannya pertandingan ini diharapkan dapat menyokong kejayaan pelajar dalam kedua-
dua bidang tersebut. Selain itu, aktiviti ini turut memberi pendidikan asas seni tari kepada
pelajar peringkat sekolah menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai
kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

3.0 MATLAMAT
Matlamat menyertai kejohanan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar
menunjukkan bakat,kemahiran dan potensi mereka dalam seni dan kebudayaan Ia bertujuan
untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta
disamping memperbaiki dan meningkatkan mutu kesenian pelajar SM Konven St Ursula
khususnya. Program ini diharap dapat meningkatkan kualiti pengurusan Kelab Seni &
Kebudayaan mengikut standard unit kokurikulum KPM.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang kejohanan berstatus
Antarabangsa.
4.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat,kebolehan dan kemahiran
yang dimiliki oleh mereka.
4.4 Memberi penghargaan kepada pelajar yang berjaya menunjukkan bakat dengan
cemerlang
4.5 Memupuk sikap bertanggungjawab, hormat menghormati, semangat bekerjasama antara
rakan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
4.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan sosial.
5.0 TARIKH
5.1 Tarikh bertolak : 27 SEPTEMBER 2018
5.2 Tarikh kejohanan : 28 – 30 SEPTEMBER 2018
5.3 Tarikh pulang : 01 OKTOBER 2018

6.0 TEMPAT
6.1 Tempat Kejohanan : Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, WP Labuan
6.2 Tempat penginapan : Beta Appartment, WP Labuan

7.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran : Pelajar perempuan SM Konven St Ursula

8.0 SENARAI NAMA PESERTA


Rujuk Lampiran 1

9.0 MAKLUMAT PESERTA


Rujuk Lampiran 2

10.0 MAKLUMAT KEJOHANAN


Rujuk Lampiran 3

11.0 IMPLIKASI PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran 4

12.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga objektif menyertai pertandingan ini tercapai dalam hasrat membangunkan modal
insan yang berguna selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Disediakan oleh,

______________________
( ERNIZA BINTI BINIT )
GURU KELAB SENI DAN KEBUDAYAAN
SM KONVEN ST URSULA TAWAU
LAMPIRAN 4

IMPLIKASI PERBELANJAAN
LAMPIRAN 4

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1 Pakaian & Aksesori peserta RM 100 x 15 orang RM 1500
2 Makan & Minum peserta RM 30 x 3 Hari x 15 orang RM 750
3 Penginapan peserta RM 450 x 3 Malam RM 1350
4 Pengangkutan TWU – KK
RM 70 x 15 orang RM 1050
KK – Labuan
RM 30 x 15 orang RM 450
LABUAN – KK
RM 30 x 15 orang RM 450
KK – TWU
RM 70 x 15 orang RM 1050
5 Upah jurulatih 1 orang RM 500
6 Yuran penyertaan RM 400 RM 400
JUMLAH RM 7500

Anda mungkin juga menyukai