Anda di halaman 1dari 8

UJIAN MENDENGAR

[ 30 markah ]

CONTOH BAHAN AUDIO

CONTOH 1

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan cerpen berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Cerpen Hutan Rimba

Pak Tua hanya mendengar perbincangan keempat-empat orang anaknya itu sambil
disampuk oleh menantu-menantunya. Dia lantas mendapatkan Mak Tua yang sibuk
melayan kerenah cucu-cucu mereka. Hari itu mereka sekeluarga bermalam di rumah
kebun dekat hutan simpan Pak Tua. Mak Tua dengan dibantu oleh Melati dan ketiga-tiga
orang menantunya sudah pun menyiapkan hidangan makan malam yang sangat
menyelerakan. Goreng ikan lais,sambal belacan,ulam pucuk lamiding,dan masak lemak
ikan tapa.
Malam itu, Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi oleh cucu-cucunya
sambil dia bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai.
Pepohonan merimbun dan kayu-kayan menjulang perkasa ditingkah aneka tumbuhan
menjalar dan melata. Bunga-bunga anggerik liar dan cantik. Pelbagai kehidupan liar bebas
menikmati santapan dan buah-buahan dalam hutan itu. Sebatang sungai kecil dihiasi batu-
batan mengalir jernih tempat hidupan hutan menghilangkan dahaga. Semua tampak indah
dan harmoni.
Pak Tua terus mendongeng sambil membelai manja seorang cucu lelakinya yang
paling kecil dan sudah pun terlelap di lengannya. Sesekali Pak Tua merujuk pada nyanyian
cengkerik dan aneka bunyi-bunyian unggas malam yang menghuni hutan simpan itu. Pak
Tua berasa tenang dan bahagia. Dalam usia tuanya ini, setelah bergelar ‘haji’, suasana
itulah yang ingin dinikmatinya. Suasana hutan yang asli dengan irama malamnya yang
misteri. Pak Tua yakin mimpi ngeri tentang kemusnahan sebuah hutan rimba itu sudah
lama berlalu.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan cerpen akan dibaca sekali lagi.


Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan(Petikan Cerpen)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.


CONTOH ITEM (PETIKAN CERPEN)

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan cerpen yang diperdengarkan


1. Berapa orang menantu Pak Tua?

…………………...................……………………. [1 markah]

2. Siapakah Melati dalam cerpen di atas?

…………………………………………………… [ 2 markah]

3. Nyatakan nama sejenis bunga yang terdapat dalam cerpen ini?

….…………………………………………………………. [1 markah]

4. Nyatakan dua perasaan Pak Tua setelah mendengar nyanyian cengkerik dan
unggas?

………………………………………………………………. [2 markah]

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5.

5. Berikut merupakan senarai hidangan makan malam di rumah Pak Tua kecuali
A. sambal belacan
B. ikan haruan goreng
C. ulam pucuk lamiding
D. masak lemak pedas ikan tapa [1 markah]

CONTOH 2

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan rencana berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Menetapkan Matlamat Dalam Akademik


oleh Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan matlamat sebagai sasaran,tujuan atau


sesuatu yang mahu dicapai. Matlamat dan angan-angan hanya dipisahkan oleh usaha. Tanpa
usaha,matlamat akan hanya menjadi angan-angan. Angan-angan akan menjadi matlamat
yang berjaya jika disertai dengan usaha. Oleh itu,setiap orang yang mahukan matlamatnya
berjaya perlulah berusaha dengan gigih.
Matlamat dikatakan sangat penting dalam bidang akademik. Adakah kita belajar
sejak kecil,prasekolah,sekolah rendah,sekolah menengah sehingga institusi pengajian tinggi
tanpa adanya matlamat? Jawapannya sudah tentunya tidak. Setiap insan yang bergelar pelajar
tentunya mempunyai matlamat masing-masing, sama ada matlamat itu tinggi menggunung
atau sekadar beretorik sahaja. Dalam sistem pendidikan, kita didedahkan dengan matlamat
sebagaimana yang terkandung dalam matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat dalam bidang akademik pula dapat dikategorikan kepada tiga fasa,iaitu
matlamat jangka pendek, matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka panjang. Dalam
matlamat jangka pendek,tempoh masa yang ditetapkan adalah dalam lingkungan enam bulan
hingga satu tahun. Matlamat jangka pendek ini juga akan membawa kepada matlamat jangka
sederhana iaitu dalam tempoh masa dua atau tiga tahun. Manakala matlamat jangka panjang
sudah tentunya mengambil masa yang lebih lama. Sebagai contoh, seseorang murid itu akan
menyambung pelajaran ke universiti dan seterusnya akan memperoleh sarjana atau PhD.
Sesungguhnya,matlamat jangka pendek dan jangka sederhana yang dicapai pasti akan
membawa kejayaan kepada matlamat jangka panjang.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan akan dibaca sekali lagi.


Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan(Petikan rencana)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

CONTOH ITEM (PETIKAN RENCANA)

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan rencana yang diperdengarkan.

Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 1.

1. Berikut merupakan jenis-jenis matlamat kecuali,


A. matlamat jangka pendek
B. matlamat jangka panjang
C. matlamat jangka berzaman
D. matlamat jangka sederhana [1 markah]

2. Berikan definisi matlamat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat?


[2 markah]
................................................................................................................................

3. Nyatakan dua perkara yang perlu dimiliki oleh seseorang sekiranya dia ingin berjaya
dalam sesuatu perkara?
.................................................................................................................. [1
markah]

4. Lengkapkan ruang kosong di bawah ini:

Matlamat + Usaha = …………………….

Matlamat + …………… = Angan-angan


[2 markah]
Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5.

5. Berikut merupakan fasa-fasa yang perlu dilalui oleh seorang murid sebelum
melanjutkan pelajaran ke universiti kecuali:
A. prasekolah
B. sekolah rendah
C. sekolah menengah
D. pendidikan rumahtangga [1 markah]

CONTOH 3

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan artikel akhbar berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang
diberikan.

MEREKA yang lahir sebelum tahun 1990-an, pastinya mempunyai pengalaman bermain
permainan tradisional seperti batu seremban, galah panjang, tarik upih, congkak, baling
selipar, teng teng, gasing dan sepak raga.
Namun, dek peredaran masa, proses perbandaran dan perkembangan teknologi menyebabkan
permainan berkenaan terkena tempias yang mengakibatkan permainan ini kian pupus ditelan
zaman.
Perkara itu diakui Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
(UPM), Prof Dr Abdul Muati Ahmad apabila ramai generasi muda hari ini langsung kurang
mengetahui permainan terbabit.
Sudah tentu senario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenaan sebahagian
daripada khazanah warisan masyarakat Melayu yang dilupakan sedangkan permainan ini
mempunyai nilai tersendiri dan perlu dipelihara.
Dr Abdul Muati berkata, suatu ketika dahulu kebanyakan rumah di kampung tidak
mempunyai televisyen menyebabkan anak-anak mengisi masa lapang mereka dengan
permainan sebegini.
“Mereka jarang-jarang berada di dalam rumah kecuaali untuk makan, mandi dan tidur.
Selebihnya banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk melakukan aktiviti ini.
“Tetapi apabila proses perbandaran berlaku iaitu banyak kawasan perumahan dibuka dan
pembinaan rumah pangsa menyebabkan kanak-kanak lebih suka duduk di dalam rumah.
“Barangkali keadaan ini menyebabkan kanak-kanak menjadi individualistik dan lebih suka
menyendiri dengan bermain gajet atau permainan video,” katanya.
Katanya lagi, beliau pernah terbaca satu artikel 10 tahun lalu yang ditulis oleh seorang pakar
dari Singapura yang melahirkan kebimbangan terhadap generasi baru negara Kota Singa itu
yang dianggap ‘lembik’ kerana sudah ‘dikuasai’ teknologi apabila mereka lebih suka bermain
permainan elektronik iaitu permainan video dan jarang-jarang berada di luar rumah untuk
melakukan aktiviti pergerakan fizikal.
Dr Abdul Muati menyatakan bahawa masalah itu sudah menular ke Malaysia sejak beberapa
tahun lalu. Menurutnya, proses perbandaran tidak boleh disekat bahkan proses ini merupakan
satu keperluan untuk menjadi negara maju.
Bagaimanapun katanya, pihak berkaitan perlu lebih prihatin dengan memastikan setiap
kawasan perumahan dilengkapi kawasan riadah supaya kanak-kanak boleh bergaul dan
melakukan aktiviti fizikal bersama rakan-rakan.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan akan dibaca sekali lagi.


Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan(Petikan artikel akhbar)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

CONTOH ITEM (ARTIKEL AKHBAR)

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan rencana yang diperdengarkan.

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 1

1. Berikut merupakan contoh-contoh permainan tradisional kecuali


A batu Seremban
B congkak
C badminton
D tarik upih [ 1 markah]

2 Mengapakah permainan tradisional perlu dipelihara?

…………………………………………………………….. [ 2 markah]
3 Nyatakan kesan proses perbandaran kepada generasi muda yang tinggal di kawasan
perumahan dan rumah pangsa?

…………………………………………………………….. [ 2 markah]
4. Mengapakah setiap kawasan perumahan perlu disediakan tempat riadah?

------------------------------------------------------------------------------------ [ 2 markah]

5. Mengapakah generasi baru negara Kota Singa dianggap lembik?

--------------------------------------------------------------------------------------- [ 2 markah]

CONTOH 4

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan novel berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Butik Warnasari akan menyediakan satu sudut khas untuk mempamerkan barang-
barang kraf tangan. Butik ini hendaklah menggunakan konsep etnik moden,sesuai untuk
golongan berpendapatan tinggi dan bercita rasa tinggi. Pengumpul bahan-bahan berteraskan
budaya juga dijangka akan memberi sambutan. Suraya merasakan hal ini merupakan satu
peluang yang tidak boleh dilepaskan. Sungguhpun menggunakan jenama Warnasari yang
berpangkalan di Singapura tetapi Suraya yakin jenama ini tetap mempunyai jiwa Malaysia –
jiwa kemelayuan.
“Kita jika bersendirian dalam jangka masa 10 atau 20 tahun lagi, kita tidak mungkin
mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa. Biarlah kita serahkan kepada mereka yang
sudah berada dalam pasaran.” Suboh memberikan pendapatnya. Kehadiran Suboh sering kali
mendapat perhatian. Sebagai orang lama dalam perkhidmatan,pandangannya cukup luas yang
berdasarkan pengalaman dan pembacaan. Bukan calang-calang orang boleh mengeluarkan
buah fikiran bernas seperti Suboh terutama dalam hal urus niaga.
“ Kita hanya hantar keluaran kita ke Singapura dengan harga yang lebih tinggi
daripada harga pasaran domestik. Tugas Ai Lin pula adalah memasarkannya ke luar negara.
Pembayaran akan diterima sebaik sahaja keluaran kita tiba di Singapura. Ai Lin akan
menjalankan kerja-kerja penjenamaan,pembungkusan dan penghantaran ke rangkaian Butik
Warnasari yang berkembang di Brunei,Hong Kong,Shanghai,Dubai dan Sydney. Risiko yang
lebih tinggi mungkin akan ditanggung oleh Ai Lin. Namun dia mempunyai keupayaan untuk
melakukannya. Ai Lin merupakan warga dunia, rakan dagangnya di merata-rata negara dan
melangkaui sempadan.
Rashidah menarik nafas panjang, ada rasa kesal kerana jenama Buluh Kraf akan
berkongsi dengan kemasyhuran jenama baru,Warnasari. Namun begitu, ada sekelumit rasa
bangga pula apabila mengenangkan barang-barang kraf tangan Malaysia akan mewarnai
dunia fesyen dan dekorasi antarabangsa,
Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan akan dibaca sekali lagi.


Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan(Petikan novel)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

CONTOH ITEM ( PETIKAN NOVEL)

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan novel yang diperdengarkan.

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 1

1. Berikut merupakan nama watak-watak dalam novel ini kecuali


A Ai Lin
B Suboh
C Suraya
D Rahimah [1 markah]

2. Tugas Ai Lin setibanya keluaran mereka di Singapura ialah


kerja-kerja penjenamaan, ………………… dan penghantaran ke rangkaian Butik
Warnasari. [1 markah]

3. Sebutkan dua lokasi rangkaian Butik Warnasari di seluruh dunia.

i) ……………………………….

ii) ……………………………….. [2 markah]

4. Apakah kelebihan watak Suboh dalam petikan novel ini?

------------------------------------------------------------------- [1 markah]

5. Mengapakah Rahimah berasa bangga?

i)-------------------------------------------------------------------

ii)------------------------------------------------------------------ [ 2 markah]

Anda mungkin juga menyukai