Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 7.

1 KERJA, TENAGA & KUASA

1. Tenaga boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Padankan objek atau aktiviti harian dengan
bentuk tenaga nya yang betul.

Objek atau aktiviti harian Tenaga

a) Sebuah kereta yang Tenaga keupayaan gravity


bergerak di atas jalan raya
mengufuk

b) Spring yang termampat Tenaga keupayaan kenyal


dalam pengokot

c) Tukul yang diangkat ke Tenaga kinetik


ketinggian maksimum dari
permukaan bumi

(3 markah)
2. Siti mengangkat objek setinggi 2 m dengan daya 15 N secara menegak. Berapakah kerja yang
dilakukan oleh Siti? (2 markah)

3. Aizam menolak sebuah kotak sejauh 70 cm dengan daya mengufuk 0.5 N. Berapakah kerja
yang dilakukan oleh Aizam? (2 markah)

4. Seorang pelajar yang berjisim 45 kg menaiki tangga yang tingginya 4.8 m. Hitungkan kerja
yang dilakukan oleh pelajar tersebut (2 markah)

5. Seorang olahragawati yang mempunyai berat badan 400 N menaiki tangga dengan tinggi
tegak 5 m dalam masa 8 saat kira kerja yang dilakukan. (2 markah)

6. Daniel menggunakan 500 J tenaga untuk menarik sebuah objek sejauh 20 m. Hitungkan daya
yang digunakan oleh Daniel. (2 markah)
7. Ramli menolak sebuah kereta sejauh 3 m dengan daya 100 N selama 0.2 minit.
a) Berapakah kerja yang dilakukan oleh Ramli untuk menolak kereta? (2 markah)

b)Berapakah kuasa yang digunakan oleh Ramli untuk menolak kereta itu? (2 markah)

8. Berat badan Taufiq ialah 720 N dan berat anaknya ialah 180 N. Taufiq mendukung anaknya
sambal menaiki tangga setinggi 3 meter dalam masa 12 saat. Hitungkan kuasa yang dijana
oleh Taufiq. (4 markah)

9. Enjin sebuah kereta menjanakan kuasa 1 800 W, kereta tersebut bergerak sejauh 20 m
dalam masa 30 saat. Hitungkan daya yang dihasilkan oleh enjin kereta itu. (2 markah)

10. Seorang pekerja dengan jisim badan 70 kg membawa sebuah kotak berjisim 45 kg menaiki
sebuah tangga dengan tinggi 3 meter. Hitungkan kerja yang dilakukan oleh pekerja itu? (2m).

11. Seorang lelaki berjisim 70 kg menaiki tangga dengan jarak 3 m dan masa yang diambilnya
untuk berbuat demikian ialah 12 saat. Hitungkan kuasa lelaki itu. ( 4 markah)

12. Apabila Prakash menolak sebuah kotak dengan daya 20 N sejauh 10 m, kerja telah dilakukan
oleh Prakash.
a) Berikan Takrifan kerja (1 markah)

b) Tentukan kerja yang dilakukan oleh Prakash (2 markah)

c) Jika Prakash menggunakan masa 5 saat untuk menolak kotak itu, hitungkan kuasa yang
dijana olehnya. (2 markah)

Anda mungkin juga menyukai