Anda di halaman 1dari 5

Portfolio, Bidang Tugas dan Tanggungjawab

Majlis Perwakilan Pelajar,


Kolej Vokasional Kangar

Portfolio MPP KVKangar 1/5


BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PRESIDEN
 Menjaga kebajikan hal ehwal pelajar Kolej Vokasional Kangar
 Menjadi wakil dalam setiap mesyuarat di peringkatPengurusan Kolej.
 Mempengerusikan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Kangar.
 Penasihat dan perancang kepada semua aktiviti berpusat yang dikendalikan oleh Timbalan
Presiden I, dan Timbalan Presiden II.
 Melaporkan setiap maklumat dan keputusan mesyuarat kepada Pihak Pengurusan Kolej.
 Menjaga dan memastikan pengurusan serta sistem kerja Majlis Perwakilan Pelajar
berjalan dengan lancar dan teratur.
 Bertanggungjawab menjalankan tugas lain yang diterima dari semasa ke semasa dari Pihak
Pengurusan Kolej.
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar dan warganya.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TIMBALAN PRESIDEN I DAN TIMBALAN PRESIDEN II


 Membantu Presiden dalam mentadbir urus perihal pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar.
 Penasihat kepada aktiviti dalaman peringkat sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar.
 Menjaga kebajikan hal ehwal pelajar Kolej Kolej Vokasional .
 Menjadi pemangku presiden sekiranya perlu.
 Menjadi pengerusi mesyuarat sekiranya perlu.
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar danwarganya.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA I DAN SETIAUSAHA II


 Bertanggungjawab dalam setiap urusan surat menyurat, dokumen-dokumen, fail-fail dan
buku yang berkaitan.
 Mencatat serta menyediakan agenda dan minit mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar,
Kolej Vokasional Kangar.
 Merekodkan segala surat menyurat, minit mesyuarat dan dokumen secara tersusun
 Memantau setiap laporan aktiviti yang dijalankan oleh setiap sekretariat sebelum dihantar
ke pihak pengurusan.
 Menjaga dan mengawal selia bilik MPP.
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar dan warganya.

Portfolio MPP KVKangar 2/5


BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BENDAHARI DAN NAIB BENDAHARI
 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan kewangan Majlis Perwakilan Pelajar,
Kolej Vokasional Kangar.
 Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej
Vokasional Kangar dan menyimpan rekod yang dikemaskini.
 Mengusahakan dan mempelbagaikan sumber kewangan Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej
Vokasional Kangar.
 Mengawal Pengeluaran kewangan Majlis Perwakilan Pelajar,Kolej Vokasional Kangar.
 Mendapatkan sumber kewangan dan penajaan untuk menampung aktiviti yang dianjurkan
oleh Majlis Perwakilan Pelajar,Kolej Vokasional Kangar.
 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada pengurusan Kolej
Vokasional Kangar.
 Menyediakan dan membentangkan laporan kewangan MPP dan aktiviti dalam Mesyuarat
Pengurusan Kolej Vokasional Kangar
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar dan warganya.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EXCO KOLEJ KEDIAMAN DAN KEBAJIKAN


 Merancang dan menjalankan aktiviti pelajar luar kolej dan penghuni kolej kediaman.
 Mengurus segala urusan berkaitan kebajikan pelajar.
 Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kebajikan pelajar.
 Mewujudkan skuad prihatin
 Menguruskan dan menyelia perkhidmatan bas pada setiap cuti pelajar.
 Menguruskan kutipan derma kilat dan tabung kebajian pelajar.
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar dan warganya.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EXCO SUKAN DAN REKREASI


 Merancang dan melaksana aktiviti pembangunan sahsiah warga kolej dalam bidang sukan
dan rekreasi.
 Menyertai pertandingan anjuran luar.
 Membudayakan hidup sihat dalam kalangan pelajar
 Menyediakan laporan dan belanjawan bagi setiap aktiviti exco dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
 Meningkatkan nama Kolej Vokasional Kangar melalui sukan dan rekreasi di peringkat KV.
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar dan warganya.

Portfolio MPP KVKangar 3/5


BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EXCO MEDIA DAN PUBLISITI
 Merancang dan melaksana aktiviti berkaitan penerbitan dan teknologi maklumat.
 Bertanggungjawab di dalam hal ehwal penerbitan kolej seperti majalah dan Buletin Kolej.
 Menghebahkan dan menerangkan segala aktiviti MPP dan aktiviti Kolej kepada pelajar.
 Mengurus dan menyelia papan kenyataan dan laman sesawang MPP
 Menyediakan laporan dan belanjawan bagi setiap aktiviti exco dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar dan warganya.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EXCO ADUAN DAN MAKLUM BALAS


 Mewujudkan satu sistem aduan secara manual atau dalam talian
 Menerima, mengurus, merekod dan menganalisa serta mengambil tindakan laporan/aduan
pelajar.
 Merancang dan melaksanakan hari bertemu pelanggan
 Menyediakan laporan dan belanjawan bagi setiap aktiviti exco dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar dan warganya.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA


 Merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan ilmu, motivasi atau kerjaya.
 Mengedarkan takwim akademik tahunan/ semester untuk pelajar
 Bertanggungjawab mencari, menyebarkan maklumat kerjaya kepada pelajar
 Bertanggungjawab untuk mengurus, menyelaras serta memantau program-program
akademik yang dianjurkan oleh kolej/luar.
 Melahirkan pelajar kolej yang mengambil berat tentang akademik dan sekurang-kurangnya
memperolehi CGPA 2.5 dan ke atas.
 Menyediakan laporan dan belanjawan bagi setiap aktiviti exco dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar dan warganya.

Portfolio MPP KVKangar 4/5


BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
 Merancang serta melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan secara
sistematik dan sempurna.
 Menerapkan nilai-nilai seni serta budaya sebagai satu asas perpaduan di kalangan pelajar
Kolej Vokasional Kangar .
 Menyertai pertandingan kebudayaan anjuran luar.
 Menubuhkan pasukan kebudayaan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai ‘trade-mark’
dan menaikkan nama Kolej Vokasional Kangar.
 Mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi untuk digarap dan diketengahkan.
 Menaikkan nama Kolej Vokasional Kangar melalui aktiviti kebudayaan
 Menyediakan laporan dan belanjawan bagi setiap aktiviti exco dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar dan warganya.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EXCO DISIPLIN DAN SAHSIAH


 Menyediakan program-program yang berteraskan disiplin dan sahsiah
 Memastikan disiplin dan sahsiah pelajar terjaga.
 Bertanggungjawab dalam menjaga hal-ehwal disiplin pelajar
 Menyediakan laporan dan belanjawan bagi setiap aktiviti exco dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar dan warganya.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EXCO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSANIAH


 Menyediakan program-program yang berteraskan insaniah dan kerohanian.
 Memastikan kebajikan hal ehwal pembangunan insaniah warga kolej terjaga.
 Menghebahkan setiap aktiviti harian, aktiviti surau dan aktiviti pembangunan sahsiah dan
insaniah kepada warga kolej.
 Menyediakan laporan dan belanjawan bagi setiap aktiviti exco dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
 Bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan imej Kolej Vokasional Kangar dan warganya.

Portfolio MPP KVKangar 5/5

Anda mungkin juga menyukai