Anda di halaman 1dari 1

SELASA  

                      PENULISAN C         2 MAC 2021

                                                     Faedah Membaca

Membaca jambatan ilmu. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca dalam  kalangan anak-
anak sejak dari kecil lagi. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca seperti surat
khabar, majalah, buku cerita, komik dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini boleh didapati di
perpustakaan ataupun membelinya di kedai buku.
       Membaca dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita. Antaranya, dengan  membaca
dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan membaca buku-buku ilmiah dalam pelbagai
bidang seperti bidang sejarah, ekonomi, perubatan dan sebagainya, menjadikan kita pelajar
yang berpengetahuan luas . Secara tidak langsung akan membantu kita menjadi pelajar yang
cemerlang seterusnya menjadi kebanggaan ibu bapa serta guru-guru.
        Dengan membaca juga kita akan dapat mengetahui isu-isu semasa. Apabila kita membaca
surat khabar, kita akan tahu berita semasa di dalam dan di luar negara. Contohnya berita
tentang kebakaran hutan di Indonesia, peperangan di Palestin, banjir di Johor dan sebagainya.
        Di samping itu, membaca juga dapat menghiburkan kita. Apabila kita berasa penat setelah
menelaah pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang boleh menghiburkan kita seperti
komik, majalah dan lain-lain lagi. Dengan itu, kita dapat merehatkan minda.
       Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Secara tidak langsung mengelakkan
diri kita daripada bergaul dengan rakan-rakan yang bermasalah dan tidak berdisplin. Secara
tidak langsung, kita tidak akan terjebak dengan gejala sosial seperti melepak, bergaduh,
vandalisme dan lain-lain lagi.
        Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita haruslah tanamkan sikap
suka membaca pada setiap masa. Rakyat yang suka membaca adalah rakyat yang berilmu. Bak kata
pepatah “Banyak berjalan luas pandangan, banyak membaca luas pengetahuan”.

Anda mungkin juga menyukai