Anda di halaman 1dari 1

Aku Sepasang Kasut Sekolah

Aku sepasang kasut sekolah. Aku bernama Adidas. Badanku berwarna putih
seperti kapas dan diperbuat daripada kain kanvas yang berkualiti tinggi.         

           Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Setelah


siap diproses, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai kasut di
Skudai. Aku mengenali banyak kawan di sana.

        Pada suatu hari, seorang wanita membawa anaknya datang ke kedai


untuk membeli sepasang kasut sekolah yang baharu. Mereka rambang mata
semasa membuat pilihan kerana terdapat banyak jenis kasut yang dijual di
kedai itu.

      Selepas membelek-belek, budak itu pun membuat keputusan untuk


membeli aku. Wanita itu pun membayar harga aku sebanyak RM 45.00 di
kaunter bayaran. Selepas membayar harga, mereka pun membawa aku pulang
ke rumah.

     Rupa-rupanya, tuan aku bernama Alvin. Setiap hari, dia memakai aku
pergi ke sekolahnya. Tuan aku menggunakan aku dengan cermatnya. Kawan-
kawannya selalu memuji aku sangat cantik.

        Pada setiap hujung minggu, tuan aku mencuci badan aku sehingga
bersih. Selepas badan aku dikeringkan, aku berasa sungguh selesa. Tuan aku
menjaga aku dengan baiknya bagai menatang minyak yang penuh.

         Aku berasa sangat bangga kerana mempunyai seorang tuan yang baik
hati dan bertanggungjawab. Aku berjanji akan berkhidmat untuk tuan aku
buat selama-lamanya. Aku juga berharap agar tuan aku dipanjang umur dan
dimurahkan rezeki.

Anda mungkin juga menyukai