Anda di halaman 1dari 1

Salam Sejatera saya ucapkan di arena pidato ini.

Yang Berusaha Pengacara Majlis, barisan Penel Hakim yang Arif lagi bijaksana,
guru – guru, rakan – rakan seperjuangan seterusnya sidang hadirin yang dihormati
sekalian. Berdirinya saya di sini adalah ingin menyampaikan pidato bertajuk “ Cara-
Cara Mengatasi Kadar Kemalangan Jalan Raya Di Negara Kita Ini.

Hadirin sekalian,

Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan
mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak
menggunakan telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan
sebagainya lagi. Ini kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga
keselamatan para pengguna jalan raya itu sendiri.

Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini


tentu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara yang
mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak kemalangan
yang berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan.

Hadirin sekalian,

Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan


struktur jalan raya. Ini kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak
menyumbang kepada kemalangan.

Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang ditetapkan.
Memandu kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan
terutama apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka atau mencemaskan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya sentiasalah
berwaspada semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat
asalkan selamat".

Anda mungkin juga menyukai