Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS IZIN RESTU SPM 2019

SMK RAHMAT, KUALA SUNGAI BARU

TEKS PENGACARA MAJLIS IZIN RESTU CALON SPM

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Mencari timba si anak dara,


Dibawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Terima kasih pada semua.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera


Salam Melaka Berwibawa
Pintar Hijau Bersih
Mendidik Daripada Hati dengan Penuh Integriti
Sepakat Melakar Kecemerlangan, Realitikannya
Rahmat Ceria Dinamik

Yang Yang Berusaha


En. Mustapah bin Mulop
Pengetua SMK Rahmat.

En. A. Halim bin Md. Ali


GPK Kurikulum

Puan Aidah binti Abd. Rahman


GPK HEM

En. Muhammad bin Haji. Aseli


GPK Kokurikulum

En. Ahmad Basek bin Mohd Gunnos


GPK Pend. Khas

Pn. Hamidah Bt Salim


Penyelaras Tingkatan 3

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang
dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah izin
dan rahmatnya  kita dapat sama2 berkumpul pada petang ini bersempena dengan Majlis Izin
Restu Calon SPM SMK Rahmat Tahun 2019

~1-NIE ZAWANI~UBK SMKR 2019~


MAJLIS IZIN RESTU SPM 2019

SMK RAHMAT, KUALA SUNGAI BARU

Terbang merpati membawa berita,


Hinggap berteduh dipohon melati,
Jari diangkat doa dipinta ,
Moga majlis lebih diberkati.,

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan doa yang akan dibacakan Al-Fadhil Ustaz Nik Abd. Rahman bin Nik Hassan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucpan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz Nik Abd. Rahman bin Nik
Hassan di atas pimpinan doa itu tadi.

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah menjadi penentu
Silalah kawan  tampilkan diri,
Bersama ucapan memohon restu

Majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan ucapan memohon restu dari wakil pelajar
_____________________________dari tingkatan 5ST1.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _________________________________di


atas ucapan nya sebentar tadi

Sebelum saya meneruskan acara, izinkan lah saya mendeklamasikan sajak ini khas buat
semua guru dan pelajar
Cikgu
Kini kami dipenghujung waktu
Membilang detik detik penentu
Kami dambakan restumu
Halalkan lah usaha dan ilmu

Cikgu
Beribu halangan telah kau lalui
Melayani keletah putera puteri
Anak bangsa  yang tak pernah kau benci
Namun bersungguh jua kau sampaikannya
Semua ilmu di dada,
Kau curahkan semua

Cikgu restuilah kami


Mengharungi semua detik hidup ini
Berbekalkan amanat dan ilmu
Yang kau curahkan tanpa jemu
Terima kasih cikgu

~1-NIE ZAWANI~UBK SMKR 2019~


MAJLIS IZIN RESTU SPM 2019

SMK RAHMAT, KUALA SUNGAI BARU

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pn Hamidah Bt Salim selaku Penyelaras
Tingkatan 5. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan oleh Puan Hamidah Salim sebentar
tadi

Kalau tuan memikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Sampaikan amanat buat putera dan puteri

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mustapah bin Mulop,
Pengetua SMK Rahmat untuk menyampaikan amanat.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mustapah bin Mulop, pengetua SMK
Rahmat atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan Penyelaras DUN Kuala Linggi En. Amran Bin Othman ,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Jangan tertawan alpa duniawi


Hanya indah serupa mimpi
Duhai pahlawan ksatria pertiwi
Hulurkan madah kata perasmi

Kalua tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami..

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YB Datuk Wira Ar. Hj Ismail bin
Othman YDP PIBG SMK Rahmat untuk menyampaikan ucapan perasmi.
Dengan segala hormatnya mempersilakan

Sebelum Majlis diteruskan dengan acara memohon restu, dengan ini dipersilakan En.
Abd. Rahman bin Mat Yusop untuk menyampaikan seidkit taklimat. Dipersilakan.

Acara seterusnya ialah pelajar bersalam dengan semua guru memohon maaf, mengucapkan
terima kasih dan memohon restu halalkan segala ilmu, untuk itu semua guru diminta berbaris
di bawah pentas dan semua pelajar bersalaman mengikut barisan bermula dengan barisan
yang paling tepi di sebelah kiri

~1-NIE ZAWANI~UBK SMKR 2019~


MAJLIS IZIN RESTU SPM 2019

SMK RAHMAT, KUALA SUNGAI BARU

Majlis kita pada hari  ini telah sampai ke kemuncaknya. Pihak majlis merakamkan sekalung
terima kasih atas kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung bagi memastikan acara pada hari ini berlangsung  dengan jayanya.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putera dan puteri,
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi.

Harum baunya Si bunga cengkih


Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kami menyusun jari sepuluh seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi
tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program ini berlangsung.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh

~1-NIE ZAWANI~UBK SMKR 2019~

Anda mungkin juga menyukai