Anda di halaman 1dari 2

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬ ِ ‫ِبسْ ِم‬

َّ ‫ َوال َعاقِ َبة ل ِْل ُم َّتقِي َْن َوال‬, ‫هلل َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬
‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬ ِ ‫اَ ْل َحمْ ُد‬
‫َوَأصْ َح ِاب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami


untuk berada dan menjayakan majlis restu ilmu pada hari ini sempena
peperiksaan UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sesungguhnya Ya
Allah pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi
seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu ,

Ya Allah Ya Ghaffar

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan
seluruh umat manusia yang berada di bumi Mu ini. lengkapkanlah budi pekerti
kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki
pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau
hindarkan daripada kami.

Ya Allah Ya Sami’un ‘Alim


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha ini) anak-
anak didik kami akan menjadi insan yang elok budi pekertinya dan indah
akhlaknya. Engkau jadikanlah anak-anak didik ini menjadi seorang manusia
cemerlang akademiknya, gemilang sahsiahnya dan terbilang agamanya.
Mudah-mudahan mereka dapat berbakti untuk Negara dan agama-Mu Ya Allah

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir
pada pagi ini, dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon
perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan . teguhkanlah
iman kami,kuatkanlah hati kami. Kurniakanlah kepada kami hidayahMu,
taufiqMu dan lindunganMu. Jauhilah kami dari segala laranganMu.
Dekatkanlah kami dengan segala suruhanMu. Tanamlah rasa benci di hati kami
kepada maksiat. Tanamlah rasa cinta di hati kami kepada ibadat. Agar ilmu
yang kami pelajari selama ini mendapat berkat

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Engkau suburkan jiwa kami dengan cinta dan kasih kepada junjungan besar
Rasulullah s.a.w. Engkau himpunkan kami bersama dengan Baginda Nabi di
padang Mahsyar nanti dan dapat minum air telaga alkauthar.

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang


diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.

‫ َوالَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْي َنا َوالَ َم َع َنا‬، /‫ مِنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمعْ ص ُْو ًما‬/‫ َو َت َفرُّ َقـَ َنا‬، ‫مْع َنا َه َذا َج ْم ًعا َمرْ ح ُْومًا‬
َ ‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج‬
. /‫ َوالَ َمحْ ر ُْو ًما‬/‫َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َشقِ ًّيا َوالَ َم ْطر ُْو ًدا‬
ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫ األخ َِر ِة َح َس َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬/‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي‬

َ ِّ‫ َرب‬/ِ ‫ َو ْال َح ْم ُدهَّلِل‬، ‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬


‫العالَ ِمي َْن‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى م َُح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai