Anda di halaman 1dari 3

TALKING POINT

TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN


TAKLIMAT KARNIVAL SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI (KSSMOA) TAHUN
2022

SALUTASI

 TUAN HAJI MISRI BIN MISTAMA


TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

 EN ABD RAZAK BIN HAJI IDRIS


KETUA PENOLONG PENGARAH
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

 PENOLONG PENGARAH
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

 PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH


UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

 SEMUA GURU BESAR

 SEMUA GPK KOKURIKULUM

 SEMUA PTSP MSSNS

 HADIRIN HADIRAT SEKALIAN

1. Alhamdullillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan


kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua kita
dapat berhimpun pada pagi ini dalam Taklimat Karnival Sukan
Sekolah Murid Orang Asli Tahun 2022

2. Pada tahun ini, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah


diamanahkan untuk menjadi Tuan Rumah bagi Karnival Sukan
Sekolah Murid Orang Asli.

3. Seramai 76 Orang Atlet dan Pegawai yang akan mewakili Negeri


Sembilan ke Kejohanan tersebut

4. Permainan yang dipertandingkan pada tahun ini ialah Bola Sepak,


Sepak Takraw, Bola Baling dan Olahraga.

5. Kejohanan ini merupakan wadah untuk memupuk budaya


bersukan dalam kalangan murid orang Asli. Pendedahan ini perlu
berterusan dan dilaksanakan secara sistematik supaya impaknya
nanti dapat dikecapi seterusnya melahirkan para atlet yang hebat
suatu hari nanti.

6. kejohanan ini juga merupakan wahana dalam mencari dan


menggilap bakat para atlet di samping mengeratkan ukhuwah
dalam kalangan para atlet. Saya percaya kejohanan ini mampu
melahirkan bakat-bakat besar dalam bidang sukan. Malah
kegiatan sukan ini sewajarnya menjadi budaya rakyat Malaysia ke
arah meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan.
Sesungguhnya, akal yang sihat hadir daripada badan yang cergas,
kata-kata ini membuktikan bahawa betapa pentingnya aturan
hidup ini disulami dengan aktiviti sukan yang akhirnya akan
mengharmonikan setiap perjalanan hidup seseorang itu.

7. Rebutlah peluang ini kerana kejohanan sebegini dapat memupuk


nilai-nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan
kesejahteraan diri kita seterusnya membentuk modal insan yang
berkualiti. Di samping itu, kejohanan ini juga akan mempamerkan
semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi. Gunakan
kesempatan yang ada untuk mengukur keupayaan diri masing-
masing. Percayalah anak-anak semua mempunyai potensi yang
tersendiri selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

8. Kemenjadian anak-anak semua bukan sahaja diukur daripada segi


akademik semata-mata tetapi ia juga turut meliputi semua aspek
sahsiah diri. Pengukuran yang holistik pastinya melahirkan insan
yang terdidik dan mampu bersaing di persada global kerana dunia
hari ini menuntut modal insan yang berjiwa kental dalam
menyusuri dunia tanpa sempadan.

9. berharap semua jawatankuasa yang dilantik dapat membantu


menjayakan kejohanan tanpa sebarang isu.

10. mohon sebarang permasalahan dikongsi agar dapat diselesaikan


sebelum kejohanan.

11. perbelanjaan adalah bentuk berhemah dan kewangan sangat


terhad. moga semua jawatankuasa teknikal memahami status
kewangan.

12. moga semua yang dirancang berjalan dengan lancar.


13. Harapan Negeri Sembilan mencapai Sekurang-kurangnya tempat -
Kelima

Anda mungkin juga menyukai