FORUM OUM 6c
FORUM OUM 6c
Bagaimanakah perbandingan pelbagai negara dari segi bahasa literasi, matematik , sains dan
teknologi dan kemanusiaan, pendidikan agama dan moral serta kewarganegaraan diajar?
Bincangkan.
Setiap negara mempunyai kurikulum yang berbeza namun hala tuju yang sama iaitu untuk
kemenjadiaan rakyat yang berilmu pengetahuan. Oleh itu, izinkan saya berkongsi pendapat hasil
daripada bacaan saya, mengenai pengajaran dalam subjek matematik.
Di negara kita Malaysia, matematik diajar agar murid boleh berfikir dan guna pengetahuan
matematik secara berkesan dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Kandungan
kurikulum yang terdapat dalam subjek ini adalah penggunaan proses komunikasi, hubungan,
penyelesaian masalah, penaakulan, persembahan dan juga teknologi. Selain itu, ia juga
mengandungi nombor, pengukuran, bentuk & ruang, statistik serta hubungan. Di Malaysia,
subjek ini akan diajar dengan menggunakan buku teks, CD ROM, Bahan manipulative,
pembelajaran online yang interaktif, Youtube. Kaedah penilaian bagi subjek ini adalah melalui
Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang akan dinilai oleh guru subjek yang mengajar.
Manakala bagi negara Jepun, objektif pembelajaran subjek matematik adalah untuk membantu
pelajar dalam memperoleh pengetahuan asas, kemahiran memperdalam pemahaman konsep
matematik. Selain itu adalah untuk menggalakkan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam kehidupan seharian dan berkeupayaan untuk berfikir dan menilai sesuatu
masalah. Antara kandungan kurikulum yang terdapat dalam subjek ini adalah Gred 1-6 terdiri 4
topik iaitu nombor dan pengiraan, kuantiti dan pengukuran, geometri dan hubungan matematik.
Manakala bagi Gred 7-8 nombor dan ungkapan-ungkapan algebra, geometri, fungsi dan
kegunaan membuat data.