Anda di halaman 1dari 1

a. Autoriti Formal (Formal authority).

Pendekatan pembelajaran yang pertama adalah autoriti formal. Pendekatan pembelajaran ini
memfokuskan pada kandungan dan pembelajaran berpusatkan guru. Pendekatan ini
memerlukan guru untuk mentakrifkan teori, prinsip, konsep atau istilah yang perlu dipelajari
oleh pelajar. Guru juga bertindak menyusun sesuatu pembelajaran ke dalam datu set
matlamat atau objektif yang berturutan. Penilaian adalah bahagian penting dalam pendekatan
pembelajaran ini di dalam bilik darjah. Ini kerana penilaian akan membantu guru untuk
menilai dan memastikan tahap penguasaan pelajar dalam sesuatu topik atau sesi pembelajaran
sebelum pembelajaran seterusnya di teruskan.

b. Demonstrasi (Demonstrator).

Pendekatan seterusnya adalah demonstrasi atau tunjuk cara. Pendekatan ini menumpukan
kepada prestasi prosedur akademik. Guru akan menunjukkan bagaimana seseorang pakar
dalam sesuatu bidang itu akan melaksanakan tugas yang diperlukan dan mentakrifkan
piawaian yang akan menunjukkan penguasaan dalam menggunakan prosedur ini. Guru
kemudiannya akan membangunkan situasi di mana langkah-langkah ini boleh dilakukan dan
hasil akan diperhatikan. Hal ini bermakna, pendekatan pembelajaran ini memerlukan
seseorang individu yang pakar atau berkemahiran untuk membuat demonstrasi atau tunjuk
cara, kemudian diikuti atau ditiru oleh pelajar dalam sesuatu proses pembelajaran.
Demonstrasi ini boleh dilakukan oleh guru itu sendiri, pelajar yang mahir atau gabungan
kedua-duanya semasa proses pembelajaran berlangsung.

c. Fasilitator (Facilitator).

Pendekatan pembelajaran yang seterusnya adalah, fasilitator. Guru yang mempunyai gaya
pembelajaran fasilitator cenderung untuk memberi tumpuan kepada melakukan aktiviti
semasa

Anda mungkin juga menyukai