Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN BILIK KHAS

Setiap murid yang masuk ke dalam bilik ini mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan ;

1. Setiap kali keluar dari kelas perlu mendapat kebenaran guru.

2. Sila gunakan pas keluar yang disediakan oleh pihak sekolah. Tanpa pas keluar,
murid dianggap keluar tanpa kebenaran guru.

3. Beratur sebelum masuk dan keluar bilik.

4. Amalkan budi bahasa dan sopan santun dalam pergaulan dengan rakan-rakan.
Dilarang membuat fitnah, mengata orang lain, memanggil rakan dengan
panggilan yang tidak baik, bergaduh, bertumbuk dan mencuri di dalam kelas.

5. Dilarang bermain, bergurau senda dan berlari di dalam bilik. Jika terjatuh anda
mungkin terkena bucu meja atau kerusi.

6. Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam bilik.

7. Setiap murid perlu menjaga kebersihan bilik. Dilarang membuang sampah


merata-rata.

8. Dilarang menyentuh atau cuba memperbaiki sebarang kerosakan di dalam bilik.


Laporkan kepada guru.

9. Tutup suis lampu/ kipas/ alat-alat elektrik sebelum meninggalkan bilik.

10. Peka kepada loceng kecemasan. Bergerak mengikut laluan yang telah
ditentukan dengan segera ke tempat lapang atau tempat yang telah ditetapkan.
Bawa barang yang penting sahaja.

11. Patuhi arahan guru dari semasa ke semasa.

12. Dilarang sama sekali membuat bising.

Anda mungkin juga menyukai