Anda di halaman 1dari 1

Sekolahku SEJAHTERA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan konsep baharu dalam pelaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu Sekolahku SEJAHTERA.
Konsep Sekolahku SEJAHTERA ini dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 21
Februari 2022 di Putrajaya.
Pelaksanaan konsep ini adalah bagi memberikan penekanan terhadap nilai murni menerusi pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah.
Konsep ini akan diperkenalkan pada sesi persekolahan akan datang dan tidak akan membebankan guru
serta murid kerana konsep ini akan diterapkan secara semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Mengenai Sekolahku SEJAHTERA
Konsep Sekolahku SEJAHTERA merupakan konsep yang dilaksakan menerusi penerapan 14 elemen
nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan murid.
Selain itu, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa,
menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.
Ini juga akan membolehkan para murid akan meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu
yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.
Pelaksanaan konsep ini akan diterapkan menerusi pengajaran dan pembelajaran oleh para guru kepada
murid.
Sebagai contoh, apabila guru sedang mengajar mata pelajaran Sejarah, jika ada perkara-perkara dalam
topik yang diajar itu kepada murid mempunyai kaitan dengan 14 elemen, perkara tersebut boleh
diperjelaskan kepada murid.
Penerapan elemen konsep ini dalam kalangan murid juga akan dilaksanakan secara holistik bersama
dalam dan luar sekolah bagi kesejahteraan murid.

Anda mungkin juga menyukai