Anda di halaman 1dari 1

Latihan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang mengalami iklim panas dan lembap
sepanjang tahun. Malaysia merupakan negara yang indah dan mempunyai tempat-
tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan. Contoh pulau
peranginan yang terdapat di Malaysia ialah Pulau Sipadan, Pulau Tioman, Pulau
Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Ketam. Di pulau-pulau tersebut, terdapat
banyak terumbu karang yang indah menanti para pelancong. Di samping itu,
tempat tersebut tenang dan selamat untuk aktiviti sukan air seperti jet ski, perahu
layar dan scuba.

Industri pelancongan ini banyak mendatangkan faedah kepada negara.


Antaranya dapat memajukan industri kraf tangan yang berkualiti untuk dipasarkan
bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Dengan sokongan dan
bantuan modal oleh kerajaan pula, industri pelancongan boleh beroperasi dengan
lebih meluas. Oleh itu, industri pelancongan akan menarik pelabur asing untuk
membuat pelaburan di Malaysia dalam industri pelancongan. Secara tidak
langsung industri ini akan dapat menambahkan lagi pendapatan negara.

Selain itu, tempat-tempat pelancongan yang menarik di Malaysia merupakan


daya tarikan kepada para pelancong asing. Kehadiran para pelancong boleh
memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke serata
dunia. Di samping itu, industri ini juga memberi peluang pekerjaan terutamanya
kepada penduduk kampung. Misalnya industri kraf tangan di desa-desa memberi
pekerjaan kepada penduduk kampung mengusahakan hasil kraf seperti bakul,
rotan, dan tikar mengkuang. Seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup
masyarakat luar bandar. Selain itu, kedatangan pelancong juga menyebabkan
pusat-pusat penginapan berkembang dan hal ini dapat memajukan industri
perhotelan.

Oleh itu, rakyat Malaysia diseru supaya menyahut seruan kerajaan dengan
bersikap mesra dan berbudi bahasa kepada para pelancong seiring dengan
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Dengan cara ini industri pelancongan dapat
terus menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai