Anda di halaman 1dari 6

Hubungan jiran pada masa ini semakin merosot. Beri pendapat anda.

Faktor-faktor yang menyebabkan hubungan jiran semakin merosot

 Jiran sebelah kaya


 Sibuk bekerja
 Suka menonton televisyen
 Baru berpindah dan sikap malu
 Pintu rumah berpagar
 Bahasa dan agama berbeza

Hubungan jiran pada hari ini semakin merosot. Beri pendapat anda.

Semangat kejiranan pada masa ini semakin merosot. Kebanyakan masyarakat hari ini
suka hidup mementingkan diri sendiri. Pada masa dahulu, hubungan jiran sangat baik. Ada
banyak faktor yang menyebabkan hubungan jiran semakin kurang pada masa ini.

Antaranya ialah kesibukan bekerja. Ramai masyarakat terutamanya di bandar keluar


bekerja. Mereka pergi bekerja awal pagi. Kemudian mereka balik ke rumah pada lewat
petang. Mereka tidak ada masa untuk berjumpa dengan jiran. Oleh sebab itu, hubungan jiran
pada masa ini semakin longgar.

Selain itu, amalan seperti bergotong-royong di kampung-kampung juga semakin


berkurangan. Ramai orang lebih suka menonton televisyen. Dengan menonton televisyen,
mereka dapat berehat. Mereka juga boleh menonton bermacam-macam rancangan televisyen.
Hal ini adalah satu sebab semangat kejiranan semakin kurang.

Seterusnya, sesetengah jiran pula tidak suka berkawan dengan jiran. Perkara ini berlaku
kerana ada masyarakat yang baru berpindah rumah. Mereka berasa malu untuk berbual denga
jiran di sebelah rumah. Sikap ini sangat buruk. Jika ada kecemasan, sudah tentu orang lain
tidak akan menolongnya. Budaya tolong-menolong sepatutnya diamalkan dalam hidup
berjiran.

Hal ini menyebabkan jiran tetangga yang lain takut untuk berbual mesra dengan mereka.
Jika mereka tidak bertegur sapa, akhirnya mereka tidak mengenal jiran. Jiran hendaklah
bersikap peramah antara satu sama lain. Kadang-kadang mereka tidak boleh berbual dalam
bahasa Melayu.

Faktor lain yang menghalang semangat kejiranan ialah perbezaan bahasa. Mereka
kurang fasih berbahasa Melayu. Mereka juga tidak mahu berbual disebabkan agama yang
berbeza.

Di taman perumahan, terdapat jiran yang taraf hidupnya berbeza antara satu sama lain.
Jiran yang kaya, selalunya akan memandang rendah kepada jiran yang miskin. Jiran yang
miskin pula akan berasa rendah diri kepada jiran yang kaya. Keadaan ini akan menyebabkan
hubungan jiran tidak baik.

Kesimpulannya, semangat kejiranan amat penting dalam masyarakat. Masyarakat bandar


dan luar bandar mestilah mempunyai hubungan jiran yang baik Jiran sangat penting kepada
kita. Sebagai contoh, semasa kita sakit, kemalangan dan lain-lain kita perlu pertolongan. Jiran
boleh membantu kita jika kita susah.Oleh itu, ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’.
Arahan: Isikan tempat-tempat kosong dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai.

Hubungan jiran pada hari ini semakin merosot. Beri pendapat anda.

Semangat kejiranan pada masa ini semakin ______________. Kebanyakan masyarakat hari
ini suka hidup mementingkan diri sendiri. Pada masa dahulu, hubungan jiran sangat
_________. Ada banyak faktor yang menyebabkan hubungan jiran semakin kurang pada
masa ini.

Antaranya ialah ______________ ___________. Ramai masyarakat terutamanya di bandar


keluar bekerja. Mereka pergi bekerja awal pagi. Kemudian mereka balik ke rumah pada lewat
petang. Mereka tidak ada ___________ untuk berjumpa dengan jiran. Oleh sebab itu,
hubungan jiran pada masa ini semakin longgar.

Selain itu, amalan seperti bergotong-royong di kampung-kampung juga semakin


_____________ . Ramai orang lebih suka menonton _____________ . Dengan menonton
televisyen, mereka dapat berehat. Mereka juga boleh menonton bermacam-macam rancangan
televisyen. Hal ini adalah satu sebab semangat kejiranan semakin kurang.

Seterusnya, sesetengah jiran pula tidak suka berkawan dengan jiran. Perkara ini berlaku
kerana ada masyarakat yang baru berpindah rumah. Mereka berasa ___________ untuk
berbual denga jiran di sebelah rumah. Sikap ini sangat buruk. Jika ada _______________ ,
sudah tentu orang lain tidak akan menolongnya. Budaya tolong-menolong sepatutnya
diamalkan dalam hidup berjiran.

Hal ini menyebabkan jiran tetangga yang lain takut untuk berbual mesra dengan mereka. Jika
mereka tidak ___________ _______, akhirnya mereka tidak mengenal jiran. Jiran hendaklah
bersikap peramah antara satu sama lain. Kadang-kadang mereka tidak boleh ____________
dalam bahasa Melayu.

Faktor lain yang menghalang semangat kejiranan ialah perbezaan bahasa. Mereka kurang
___________ berbahasa Melayu. Mereka juga tidak mahu berbual disebabkan __________
yang berbeza.

Di taman perumahan, terdapat jiran yang taraf hidupnya berbeza antara satu sama lain. Jiran
yang __________ , selalunya akan memandang rendah kepada jiran yang miskin. Jiran yang
miskin pula akan berasa ____________ __________ kepada jiran yang kaya. Keadaan ini
akan menyebabkan hubungan jiran tidak baik.

Kesimpulannya, semangat kejiranan amat penting dalam masyarakat. Masyarakat bandar dan
luar bandar mestilah mempunyai hubungan jiran yang baik Jiran sangat penting kepada kita.
Sebagai contoh, semasa kita ________kemalangan dan lain-lain kita perlu pertolongan. Jiran
boleh membantu kita jika kita susah.Oleh itu, ‘ ______________ ____________
___________ __________’.


(A.4) Kesan- kesan makanan segera.

Rangka isi:

KESAN -KESAN MAKANAN SEGERA


Menjejaskan hubungan kekeluargaan
Menyebabkan kepupusan
makanan segera
Penularan budaya segera
Menjejaskan kesihatan

(A.4) Kesan- kesan makanan segera.

Makanan Barat, khususnya makanan segera, amat popular. Berbagai jenis makanan
ditawarkan. Makanan segera ini mempunyai tarikannya tersendiri. Namun,makanan Barat
menimbulkan masalah.

Kesan yang paling ketara ialah amalan ini dapat menjejaskan semangat bantu-membantu dan
bekerjasama dalam keluarga. Hal ini demikian kerana amalan makan di restoran makanan
segera menghalang anak-anak daripada melaksanakan tanggungjawab dalam hal-hal
penyediaan makanan mengemas, mencuci pinggan mangkuk, dan sebagainya. Akan lahirlah
anak-anak yang individualistik, pemalas, dan yang terlalu bergantung pada orang lain.

Amalan ini dapat menjejaskan kesihatan. Makanan segera yang disediakan banyak
menggunakan bahan kimia. Sebagai contohnya, bahan pengawet, pewarna, dan perasa.
Golongan yang memakan makanan segera secara kerap akan terdedah kepada masalah
obesiti, diabetes, dan sebagainya.

Kemunculan makanan segera menyebabkan kesenian masakan tradisional semakin terpinggir.


Masakan tradisional yang terkenal seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, ulam-ulaman
semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.

Amalan ini dikhuatiri akan menyebabkan budaya segera meresapi setiap cabang hidup
bermasyarakat di negara ini. Setiap orang berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu
sehingga menolak nilai-nilai kemanusiaan dan kesopanan. Sikap hendak cepat kaya,
bersegera ke sana ke mari akan mewarnai kehidupan masyarakat di negara ini. Akan lahirlah
suatu bentuk masyarakat seperti masyarakat Jepun dan Hong Kong yang makan sambil
berjalan.

Kesimpulannya, amalan memakan makanan segera perlu dibendung agar tidak menjejaskan
kesihatan kita dan terkeluar dari lunas budaya timur sendiri.

Arahan: Isikan tempat-tempat kosong dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai

(A.4) Kesan- kesan makanan segera.


Makanan Barat, khususnya makanan segera, amat _________. Berbagai jenis makanan
ditawarkan. Makanan segera ini mempunyai tarikannya tersendiri. Namun,makanan Barat
menimbulkan _____________.

Kesan yang paling ketara ialah amalan ini dapat menjejaskan semangat bantu-membantu dan
_____________ dalam keluarga. Hal ini demikian kerana amalan makan di restoran makanan
segera menghalang anak-anak daripada melaksanakan __________________ dalam hal-hal
penyediaan makanan mengemas, mencuci pinggan mangkuk, dan sebagainya. Akan lahirlah
anak-anak yang individualistik, _______________, dan yang terlalu bergantung pada orang
lain.

Amalan ini dapat menjejaskan _________________. Makanan segera yang disediakan


banyak menggunakan bahan kimia. Sebagai contohnya, bahan pengawet, ____________ ,
dan perasa. Golongan yang memakan makanan segera secara kerap akan terdedah kepada
masalah obesiti, diabetes, dan sebagainya.

Kemunculan makanan segera menyebabkan kesenian masakan tradisional semakin


____________ . Masakan tradisional yang terkenal seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi
dagang, ulam-ulaman semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan generasi
____________.

Amalan ini dikhuatiri akan menyebabkan budaya segera meresapi setiap cabang hidup
bermasyarakat di negara ini. Setiap orang berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu
sehingga menolak nilai-nilai kemanusiaan dan kesopanan. Sikap hendak cepat
____________, bersegera ke sana ke mari akan mewarnai kehidupan masyarakat di negara
ini. Akan lahirlah suatu bentuk masyarakat seperti masyarakat Jepun dan Hong Kong yang
makan sambil ______________.

Kesimpulannya, amalan memakan makanan segera perlu dibendung agar tidak menjejaskan
kesihatan kita dan terkeluar dari lunas budaya timur sendiri.

(B.8) Persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya.

Pendahuluan

- Definisi penulis

Isi-isi penting

1) Minat

2) Pengalaman yang banyak


Tajuk: Persediaan untuk 3) Banyak membaca buku dan artikel
menjadi penulis
yang berjaya 4) Ada semangat, rajin dan berdisiplin

5) Bersifat sabar

Penutup

- Penulis perlu berkebolehan untuk


mencapai cita-cita

(B.8) Persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya.

Penulis ialah orang yang menjalankan aktiviti penulisan. Pada masa ini, ramai orang yang
ingin menjadi seorang penulis yang berjaya. Untuk menjadi penulis yang berjaya, seseorang
itu perlu ada persediaan. Antara persediaannya ialah kita mestilah mempunyai minat dalam
penulisan. Jika ada minat, aktiviti penulisan dapat dijalankan dengan lancar. Sebagai contoh,
ada orang minat untuk menulis artikel, cerpen novel dan lain-lain. Penulisan cara ini boleh
menjadikan seseorang penulis yang berjaya.

Selain itu, kita mesti ada ilmu dan luas pembacaan. Jika pembacaan tidak mencukupi, hasil
penulisan tidak begitu berhasil. Seseorang itu boleh membuat rujukan di perpustakaan untuk
mendapat idea yang baik. Akhbar harian dan majalah ilmiah boleh menambahkan isi dalam
penulisan. Pepatah ada menyatakan, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”, barulah
penulisan boleh berjaya.

Kita juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan dalam penulisan. Ini sangat penting bagaimana
untuk melahirkan karya yang diminati oleh pembaca. Ilmu adalah asas yang perlu pada diri
seseorang penulis.

Bagi menjadi penulis yang berjaya, kita perlu menjadikan seorang tokoh ilmuan menjadi
idola. Antara tokoh penulis tersebut ialah Usman Awang dan Zurinah Hassan. Usman Awang
adalah seorang penulis dalam novel. Kita perlu ada semangat yang kuat dan gigih untuk
menjadi seperti idola tersebut. Kita juga perlu tahu ramai lagi penulis yang telah berjaya.
Jadikan tokoh-tokoh itu sebagai pendorong untuk anda berjaya.

Seterusnya persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya ialah disiplin dan bersikap rajin.
Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup kita. Kita hendaklah percaya
kepada diri sendiri. Cuba meminta nasihat daripada orang yang telah berjaya dalam
penulisan, bak kata pepatah “usaha tangga kejayaan”.

Yang akhir ialah kita perlu ada sikap sabar jika ingin menjadi penulis yang berjaya. Sikap
sabar telah menjadikan tokoh penulis seperti Usman Awang berjaya dalam penulisan.
Sekiranya hasil karya kita tidak diminati, kita hendaklah tidak berputus asa tetapi sentiasa
tenang.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang penulis, kita perlu berusaha dengan gigih. Di
samping itu, kita perlu ada kebolehan untuk mencapai cita-cita kita.
Arahan: Isikan tempat-tempat kosong dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai.

(B.8) Persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya.

Penulis ialah orang yang menjalankan aktiviti ______________ . Pada masa ini, ramai orang
yang ingin menjadi seorang penulis yang berjaya. Untuk menjadi penulis yang berjaya,
seseorang itu perlu ada persediaan. Antara persediaannya ialah kita mestilah mempunyai
____________ dalam penulisan. Jika ada minat, aktiviti penulisan dapat dijalankan dengan
lancar. Sebagai contoh, ada orang minat untuk menulis artikel, cerpen novel dan lain-lain.
Penulisan cara ini boleh menjadikan seseorang penulis yang berjaya.

Selain itu, kita mesti ada ilmu dan luas ______________ . Jika pembacaan tidak mencukupi,
hasil penulisan tidak begitu berhasil. Seseorang itu boleh membuat rujukan di
______________ untuk mendapat idea yang baik. Akhbar harian dan majalah ilmiah boleh
menambahkan isi dalam penulisan. Pepatah ada menyatakan, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi
bukit”, barulah penulisan boleh berjaya.

Kita juga perlu mempunyai ilmu ______________ dalam penulisan. Ini sangat penting
bagaimana untuk melahirkan _____________ yang diminati oleh pembaca. Ilmu adalah asas
yang perlu pada diri seseorang penulis.

Bagi menjadi penulis yang berjaya, kita perlu menjadikan seorang tokoh ilmuan menjadi
idola. Antara tokoh penulis tersebut ialah Usman Awang dan Zurinah Hassan. Usman Awang
adalah seorang penulis dalam novel. Kita perlu ada semangat yang kuat dan __________
untuk menjadi seperti idola tersebut. Kita juga perlu tahu ramai lagi penulis yang telah
berjaya. Jadikan tokoh-tokoh itu sebagai ___________ untuk anda berjaya.

Seterusnya persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya ialah disiplin dan bersikap
_____________ . Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup kita. Kita
hendaklah percaya kepada diri sendiri. Cuba meminta nasihat daripada orang yang telah
____________ dalam penulisan, bak kata pepatah “usaha tangga kejayaan”.

Yang akhir ialah kita perlu ada sikap sabar jika ingin menjadi penulis yang berjaya. Sikap
sabar telah menjadikan tokoh penulis seperti Usman Awang berjaya dalam penulisan.
Sekiranya hasil karya kita tidak diminati, kita hendaklah tidak _____________ __________
tetapi sentiasa tenang.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang penulis, kita perlu berusaha dengan gigih. Di
samping itu, kita perlu ada kebolehan untuk mencapai cita-cita kita.

Anda mungkin juga menyukai