Anda di halaman 1dari 1

Kualiti Personaliti

Sifat keperibadian interpesonal dan intrapesonal yang positif dan mantap adalah memainkan
peranan penting bagi individu yang bergelar guru. Lebih-lebih lagi bagi guru Pendidikan Islam.
Ini kerana guru Pendidikan Islam merupakan cerminan kepada keperibadian contoh Islam dalam
kalangan pelajar dan rakan sekerja serta pihak pentadbir. Justeru, guru perlulah menghayati
keseluruhan sifat serta akhlak yang mulia dalam usaha untuk menjadi guru Pendidikan Islam
yang cemerlang dari semua aspek. Namun tidak semua guru mampu berbuat sedemikian.
Menurut beberapa kajian, Kajian Bahagian Pendidikan Islam (1993) mendapati bahawa guru-
guru Pendidikan Islam khususnya di sekolah menengah masih lagi suka bergantung kepada
orang lain untuk menyempurnakan tugas mereka selain mempunyai personaliti yang berada pada
tahap sederhana sahaja. Dapatan ini disokong lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Shahril
Marzuki (2002) yang mendapati bahawa sifat interpersonal guru Pendidikan Islam juga didapati
mempunyai masalah. Menurut beliau, sifat interpersonal banyak berkait rapat dengan motivasi
diri dan kemampuan dalam menangani stress. Tanpa sifat interpersonal yang mantap sudah pasti
guru menghadapi kesukaran untuk menjadi seorang guru yang cemerlang di sekolah. Beliau
menjelaskan lagi bahawa sifat-sifat interpersonal guru Pendidikan Islam yang dikaji berada
berada tahap yang sederhana sahaja. Selain itu, Ab. Halim Tamuri (2000) dalam dapatan kajian
berkenaan dengan sikap guru terutamanya ketika mengajar matapelajaran Akhlah, guru didapati
terlalu garang semasa menyampaikan pembelajaran, suka memarahi pelajar tanpa usul periksa,
tidak memberi jawapan abila ditanya oleh pelajar, suka menghina atau mengutuk pelajar dan
bersifat ego. Menurut Ab. Halim lagi sungguhpun perkara ini hanya berlaku dalam kalangan
sebilangan guru-guru Pendidikan Islam sahaja namun perkara ini perlu diberi perhatian yang
serius kerana ianya akan memberi kesan sampingan yang negatif kepada perkembangan akhlak
para pelajar.

Anda mungkin juga menyukai