Anda di halaman 1dari 2

Cabaran utama yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam banyak berkait rapat dengan kaedah

digunapakai dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) itu sendiri. Ianya merangkumi
kaedah pengajaran guru yang tidak kreatif, kurang mahir mengajar dan mereka lebih banyak
menggunakan pendekatan chalk and talk serta terlalu text book centered dan amat kurang sekali
menggunakan pendekatan pengajaran yang terbaru (Bahagian Pendidikan Islam, 1993). Masalah
yang sama turut ditemui dalam yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
(JAPIM) dengan Universiti Putra Malaysia (1994) mengenai keperluan professional guru
Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kajian ini mendapati bahawa guru Pendidikan Islam
masih lagi mempunyai keperluan dan masalah di sekolah kerana mereka masih memerlukan
bantuan pada tahap yang maksimum dari segi aspek Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi
meningkatkan lagi kemahiran mengajar mereka. Keadaan ini didorong oleh masalah guru
Pendidikan Isalam itu sendiri yang kurang bijak dalam menarik minat para pelajar terhadap
pelajaran Tilawah al-Quran, Akidah, Tamadun Islam dan Sirah. Selain itu, guru juga
memerlukan perkara yang boleh memajukan diri mereka. Sebagai contoh, mereka boleh
mendapatkan maklumat inovasi pengajaran terkini dalam usaha meningkatkan kualiti Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam itu sendiri. Kajian ini juga menunjukkan bahawa
guru-guru pendidikan Islam masih lagi menggunakan kaedah lama dalam menyampaikan
pembelajaran. Selain itu, terdapat juga segelintir guru Pendidikan Islam yang kurang pendedahan
mengenai strategi pengajaran yang baru. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Abdullah Ishak
(1995) terdapat sebanyak 64% guru Pendidikan Islam kerap menggunakan kaedah kuliah semasa
sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam berlangsung. Selain kaedah
pembelajaran, kaedah perbincangan merupakan kaedah yang paling dominan digunakan dengan
dapatan sebanyak 80% guru Pendidikan Islam mengunakan kaedah tersebut. Rata-rata mereka
hanya menggunakan kaedah yang biasa seperti bercerita, tunjukcara, sumbangsaran dan
penyelesaian masalah. Ini membuatkan para pelajar berasa bosan dan mengantuk sekaligus
menyebabkan mereka tidak berminat untuk terus mengikuti sesi pembelajaran sehingga habis.
Apa yang paling membimbangkan adalah, ada juga dalam kalangan pelajar tidur semasa sesi
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dijalankan.
Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami apa yang dipelajari di dalam kelas
sekaligus merencatkan kejayaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai