Anda di halaman 1dari 3

Tema:Aspirasi Keluarga Malaysia

Pengarang:Wan Nur ‘Ain Najiha Wan Musa

BUKIT SAMA DIDAKI LURAH SAMA DITURUNI


Pada pagi yang indah bak mentari,kedengaran bunyi burung-burung yang
berkicauan, chip!chip!chip! Di sebuah kampung yang aman, ada tiga sahabat
baik sedang bersiap-siap untuk ke sekolah.Mereka bersahabat baik sejak dari
sekolah rendah lagi dan hubungan mereka sangat akrab bagai isi dengan
kuku.Selepas sarapan,mereka akan berangkat bersama-sama dengan menaiki
basikal.

Ketiga-tiga sahabat baik itu bernama Hannah iaitu penolong ketua pengawas
sekolah dan berbangsa Melayu.Noah pula satu-satunya lelaki dan yang paling
kaya di antara mereka bertiga.Noah juga ramai peminat kerana mempunyai rupa
yang menawan.Aurora pula yang paling cantik antara mereka bertiga kerana
mempunyai mata berwarna biru,pandai dalam matematik dan berbangsa melayu
kacukan cina.Aurora tinggal bersama ibunya, Puan Umaira kerana ayahnya
telah meninggal dunia ketika dia masih kecil.Kadangkala,Aurora sering
meluahkan kepada mereka masalahnya untuk melegakan dirinya.

Dalam aspek pembelajaran,Aurora yang akan membantu mereka untuk


memahami suatu tajuk.Contohnya seperti matematik yang melibatkan rumus
y=mx+c.Kekadang Aurora tergelak melihat Noah yang buntu untuk
menyelesaikan penyelesaian masalah terutama yang melibatkan
algebra.Berkerut dahi Noah memikirkannya.Seterusnya,apabila pulang dari
sekolah,Noah selalu belanja Aurora dan Hannah cendol yang jual berdekatan di
sekolah mereka.Rasa cendol itu sungguh manis dan berlemak.Gerai cendol itu
adalah yang paling popular di sini kata Noah kepada Hannah dan
Aurora.Mereka juga bersetuju dengan kata-kata Noah.

Encik Thoriq dan Puan Elyana iaitu ibu bapa kepada Hannah sering mengajak
Noah dan Aurora ke rumahnya untuk bermain di padang yang terletak
berhadapan dengan rumahnya.Di rumah Hannah, mereka akan berbincang kerja
sekolah yang sukar untuk diselesaikan dan mengulangkaji bagi peperiksaan
SPM yang akan datang.
Ibu bapa Hannah,Aurora dan Noah juga rapat seperti kawan baik.Ibu bapa
Hannah sering menghantar bantuan dan sumbangan keppada ibu bapa
Aurora.Contohnya seperti sumbangan dari segi pakaian,makanan dan ada juga
dalam bentuk wang. Puan Elyana juga telah menganggap Aurora seperti anak
sendiri.Beliau dengan berbesar hati rela menyumbang kepada Puan Umaira dan
keluarga.Dia berharap agar Aurora juga berjaya bersama-sama Hannah dan
Noah pada suatu hari nanti.

Hannah,Aurora dan Noah kini meningkat dewasa.Sudah tiba masanya untuk


mereka menentukan jalan hidupp mereka.Ini kerana ppada tahun hadapan
mereka akan menjadi senior kepada tingkatan lain dan memimpin
mereka.Hannah pernah bertanya kepada mereka mengenai cita-cita dan impian
mereka appabila keluar daripada sekolah ini nanti.Hannah ingin menjadi
seorang motivator atau penceramah.Dia ingin memberikan motivasi dan kata-
kata semangat kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk teruskan semanggat
belajar untuk mengejar cita-cita mereka.Aurora pula ingin menjadi seorang
doctor kerana ia dappat merawat orang yang sakit.Jika ibunya yang sakit,dia
akan memberikan rawatan secara percuma kepada ibunya sehingga ibunya
sembuh.impiannya ingin membahagiakan dan mengubah hidup mereka supaya
dapat memberikan keselesaan kepada ibunya.

Manakala Noah ingin menjadi seorang penulis dan pelukis buku.Dia inggin
menghasilkan buku yang memberi motivasi keppada pelajar di luar sana.Dia
ingin menghasilkan buku-buku dakwah seperti Ustaz Adnin,Shukery
Azizan,Azeem Razali dan Aizuddin Hamid.Mereka telah menjadi idola Noah
sejak dari tingkatan Satu.Setelah SPM,hubungan mereka semakin renggang dan
mereka jarang bercakap walaupun di telefon bimbit.

Hannah hanya tersenyum apabila teringat akan kenangan tersebut.Setelah


beberapa minit,dia menerima panggilan darippada orang yang tidak dikenali
untuk pergi ke padang di hadapan rumahnya.Apabila dia turun, alangkah
terkejutnnya,ia melihat orang yang paling ia rindui di hadapan matanya.Mereka
ialah Noah dan Aurora.Hannah teruja dapat berjumppa dengan
mereka.Kini,Aurora telah memenuhi impian dan cita-citanya,begitu juga
Noah.Noah berjaya menjadi penulis buku dan Aurora berjaya mengubah
hidupnya kepada yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai