Anda di halaman 1dari 4

Di pagi yang hening,seperti biasa selepas menunaikan solat subuh berjemaah

bersama keluarga,Pak Hamid akan bersarapan dahulu sebelum keluar rumah


bersama anaknya,Hussin,untuk ke kebun.

Selalunya menjelang tengah hari baru Pak Hamid dan anaknya pulang ke
rumah.

###############################

Selesai berkebun,Pak Hamid dan anaknya pulang ke rumah untuk makan tengah
hari bersama ibunya di rumah.

“Sedapnya ibu masak!”Kata Hussin.

Ibu hanya tersenyum lebar mendengar pujian itu.

“Esok Hussin dah sekolah tau”Kata si ibu.

“Baik ibu.”Tahun ni Hussin masuk tingkatan tiga.Hussin menghadapi


peperiksaan PT3.Azam dia tahun ini ialah untuk mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan PT3.Dia nak membahagiakan ibu dan ayahnya

Selesai makan Hussin membawa pinggan ke dapur untuk basuh.Dia tak nak
menyusahkan ibunya,lagipun dia dah besar boleh buat kerja sendiri.Selepas
membasuh pinggan,Hussin masuk ke biliknya untuk mengulang kaji pelajaran.

##################################

Keesokan paginya,Hussin bersiap untuk pergi ke sekolah.Sebelum ke


sekolah,Hussin akan makan sarapan yang ibunya buat sebelum ke
sekolah.Sarapan penting untuk nampak lebih bertenaga dan cergas bagi
memulakan hari dengan lebih baik.Bila kita sarapan,waktu belajar pun tak
terjejas sebab kita lebih bertenaga.
Sampai sahaja Hussin ke sekolah,kawan-kawannya menyapa Hussin dengan
gembiranya.

“Awal korang hari ni”kata Hussein.

“Biasalah ini kan Adam.Weh,jom masuk kelas.”Ajak Adam.

Mereka bertiga berjalan beriringan untuk masuk ke kelas.

###########################

Selesai sesi persekolahan,Hussin pulang ke sekolah.

“Balik dah anak ibu?”Tanya si ibu.

“Dah ibu”Jawab Hussin

“Nanti masuk rumah terus mandi.Ibu nak siapkan makan malam”Pesan ibu
sebelum masuk ke dalam rumah.

Hussin pergi ke dapur untuk menanyakan keberadaan ayahnya.

“Ibu,mana ayah?”Tanya Hussin.

“Ayah pergi warung Pak Atan,sembang-sembang dengan orang


kampung.”Balas ibu.

Hussin hanya meng ‘o’ kan sahaja.Kemudian Hussin masuk ke dalam bilik
untuk membersihkan diri.

##############################

“Hussin mari makan!”Jerit ibu.

“Baik ibu.”Balas Hussin.

Hussin keluar dari dalam biliknya untuk makan malam.

Semasa makan malam,mereka berbual perihal Hussin di sekolah.


“Tadi dekat sekolah macam mana?”Tanya Ayah.

“Okey!”Jawab Hussin.

“Hari ni belajar apa?”Tanya si ibu pula.

“Hari ni belajar sains.Seronok sangat!”Sungguh teruja Hussin bila cakap


tentang subjek mata pelajaran sains yang diminatinya.

###########################

Beberapa bulan selepas itu…….

Hussin sedang mengulang kaji pelajaran kerana dia akan mengahadapi


peperiksaan PT3.Sedang dia leka mengulang kaji pelajaran,tiba-tiba ibunya
masuk kedalam biliknya.

“Anak ibu buat apa tu?”Tanya ibu

“Ulang kaji ibu”Jawab Hussin.

Ibu hanya meng ‘o’ kan sahaja.

“Ibu doakan kejayaan Hussin tau.”Kata Hussin.

“Ibu sentiasa doakan kejayaan anak ibu seorang ni.”Ibu membelai rambut
Hussin .Teringat waktu Hussin kecil-kecil dulu.

##############################

Keesokan harinya,

Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba.Hussin masuk ke dalam dewan.Sebelum


memulakan peperiksaan,Hussin membaca doa agar urusannya dipermudahkan.

##############################
Hari keputusan PT3 telah tiba.Hussin datang ke sekolah bersama ibu dan
ayahnya.

“Muhammad Hussin bin Hamid”

“Tahniah Hussin dapat 9A.”Kata Cikgu Firdaus.

Hussin senyum tanda dia gembira dengan apa yang dia capai.

“Terima kasih cikgu kerana telah mengajar saya.”

Cikgu Firdaus tersenyum.Suka dengan sifat sopan santun yang ada pada Hussin.

Hussin turun dari pentas dengan senyuman yang melebar.Dia memberi slip
keputusannya kepada ibu dan ayahnya.

“Tahniah Hussin!”Ucap ibu.

“Terima kasih ibu”

“Ayah tahu Hussin boleh buat.Ayah bangga dengan Hussin.”Kata ayah.

Hussin gembira sangat.Terima kasih ibu,ayah.

Anda mungkin juga menyukai