Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SIBU JAYA, SIBU Kod Sekolah: YBA3205

1. Nama Guru
MOHD SYAZWAN ABDULLAH
2. Judul 3. Bidang : Pendidikan
SERLAHKAN AURA GURU SUPER
4. Tarikh Pembentangan 20 SEPTEMBER 2021 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini ditulis oleh Pengetua Cemerlang Jusa C yang sangat bermanfaat kehususnya bagi bidang
pentadbiran di sesebuah sekolah. Dalam buku ini, penulis berkongsi cerita, ilmu, dan pengalaman
beliau mendidik para pelajar dan mentadbir sekolah. Kata-katanya bersulam nasihat, tegurannya
lembut dalam ketegasan, dan didikannya meresap ke dalam hati. Buku mengungkapkan ciri-ciri
kepimpinan yang baik dan perinsip-prinsip kepimpinan yang sangat terpuji serta sangat relevan untuk
dicontohi. Ia dapat memberi panduan, dorongan dan motivasi kepada kita terutamanya bagi pentadbir
sekolah atau guru-guru yang berminat di dalam bidang pentadbiran serta pengurusan sesebuah sekolah. Isi
kandungan buku ini meliputi kisah-kisah yang menyentuh hal-hal kemanusiaan dan sesuai dijadikan
panduan bagi barisan pentadbir di sekolah kerana ia banyak memberi panduan ke arah menyayangi murid,
staf dan guru serta mampu memberi mereka motivasi untuk berjaya dan mencapai kecemerlangan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Menjadi guru super bukan satu impian, tetapi satu kewajipan. Para pendidik wajib menjadi guru
yang terbaik dalam perjuangan memandaikan anak bangsa. Seseorang pemimpin di sekolah mstilah
memiliki ciri-ciri atau sifat-sifat terpuji bagi memimpin warganya ke arah kejayaan yang cemerlang.
Sebelum kita mencapai kecemerlangan sesebuah organisasi atau sekolah, kita mestilah cemerlangkan diri
sendiri terlebih dahulu. Pemimpin merupakan cerminan bagi setiap warga yang dipimpinnya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sesungguhnya bagi melahirkan murid yang cemerlang, ia memerlukan keikhlasan, komitmen dan
kesungguhan daripada kita sebagai pemimpin. Kita seharusnya mencari ilmu bagaimana untuk mengurus
dan memimpin sesebuah organisasi pendidikan yang serba mencabar dalam era gblobalisasi ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai