Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2012 TUGASAN AMALI HBPE2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

NAMA AHLI KUMPULAN 1. MOHD.SYAZWAN ABDULLAH - 701211135725001 2. ENZEBIUS AK MOSES - 800330135123001 3. ZULKIFLI

SINOPSIS PERSEMBAHAN. TAJUK CERITA : LEMBU YANG SOMBONG

Pada zaman dahulu di sebuah ladang ,tinggallah seekor lembu jantan yang besar. Setiap hari lembu tersebut bebas bergerak ke sana ke mari untuk meragut rumput. Di ladang tersebut juga didiami oleh dua ekor tikus. Pada suatu hari, kedua-dua ekor tikus itu mencari makanan di kawasan ladang tersebut. Kedua-dua ekor tikus itu sangat lapar. Tikus-tikus itu pun pergi ke kandang lembu untuk mencari makanan. Tikus-tikus itu berjalan dalam keadaan yang lemah-longlai kerana kelaparan. Tiba-tiba mereka ternampak seketul keju di kawasan padang rumput tersebut. Dengan gembiranya, kedua-dua ekor tikus itu melompat-lompat keriangan lalu berlari dengan lajunya untuk mendapatkan keju tersebut. Walau bagaimanapun larian mereka terhenti tiba-tiba apabila disergah oleh seekor lembu jantan yang besar. Kedua-dua ekor tikus itu sangat ketakutan. Dengan nada yang marah, lembu jantan itu menghalang tikus itu daripada mengambil keju tersebut. Lembu itu cuba menegah tikus-tikus itu daripada mencuri makanan tuannya. Dengan sombongnya lembu itu pun menendang dan menanduk dua ekor tikus itu sambil menyatakan mereka itu haiwan yang tidak berguna dan pengotor. Kedua-dua ekor tikus itu pun berguling-guling di atas padang rumput itu lalu jatuh ke dalam parit akibat penangan kaki dan tanduk lembu itu. Kedua-dua ekor tikus itu kebasahan dan kesejukan. Tiba-tiba tikus itu ternampak sekeping roti yang dibuang di tepi parit itu lalu memakannya sehingga habis. Pada keesokan harinya, tuan lembu itu membawa seutas tali lalu menyarungkannya ke leher lembu itu. Tuannya lalu menambat lembu itu di dalam kandang. Tuannya mahu menyembelih lembu itu untuk dijadikan hidangan kenduri kahwin anaknya. Lembu itu sangat susah hati apabila mengetahui nasib yang menimpanya lalu meraung-raung meminta tolong. Raungan lembu itu telah didengari oleh kedua-dua ekor tikus yang ketika itu sedang berehat di dalam sarangnya. Mereka pergi melihat apa yang terjadi dan mereka nampak lembu itu ditambat di dalam kandang. Lembu itu merayu-rayu meminta tolong daripada sang tikus itu untuk melepaskannya. Dengan tidak membuang masa, sang tikus itu pun melompat ke dalam kandang lembu itu lalu menggerit tali di leher lembu itu sedikit demi sedikit sehingga putus.. Lembu itu dapat bebas dan lari meninggalkan kandangnya. Lembu itu meminta maaf kepada sang tikus kerana perbuatannya tempoh hari. Akhirnya mereka berkawan baik dan merasa bebas bermain bersama-sama padang rumput yang luas serta dikelilingi persekitaran hutan yang sangat indah.

Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomoor yang dibuat berdasarkan situasi/jalan cerita. 1. lembu tersebut bebas bergerak ke sana ke mari untuk meragut rumput-

berjalan/berlari/duduk/bangkit/membongkok/skip. 2. Tikus-tikus itu berjalan dalam keadaan yang lemah-longlai kerana kelaparan- jalan berjengkit perlahan-lahan/ membongkok 3. Dengan gembiranya, kedua-dua ekor tikus itu melompat-lompat keriangan lalu berlari

dengan lajunya untuk mendapatkan keju tersebut-lari laju/melompat-lompat/merangkak. 4. mereka terhenti tiba-tiba apabila disergah oleh seekor lembu jantan yang besar.merenang(lembu)/ menarik dan menahan badan rakan supaya berhenti(tikus). 5. Kedua-dua ekor tikus itu sangat ketakutan.-duduk mendekam/mengigil ketakutan 6. lembu itu pun menendang dan menanduk dua ekor tikus- menghayun kaki(menyepak) /menolak dengan kepala(menanduk) 7. Kedua-dua ekor tikus itu pun berguling-guling di atas padang rumput itu- guling

hadapan/guling sisi. 8. tuan lembu itu membawa seutas tali lalu menyarungkannya ke leher lembu itu- membongkok. 9. Lembu itu sangat susah hati apabila mengetahui nasib yang menimpanya lalu meraung-raung meminta tolong- membuai-buai tali dileher 10. Mereka pergi melihat apa yang terjadi dan mereka nampak lembu-jalan berjengkit/skip 11. Lembu itu merayu-rayu meminta tolong daripada sang tikus- membuai-buai tali dileher 12. sang tikus itu pun melompat ke dalam kandang lembu itu lalu menggerit tali di leher lembu itu- melompat/membongkok(tikus)/ duduk/rebah/membongkok(lembu) 13. Lembu itu dapat bebas dan lari meninggalkan kandangnya/merasa bebas bermain bersamasama padang rumput yang luas serta dikelilingi persekitaran hutan yang sangat indah(berjalan/berlari skip.

Cadangan Prop 1. Topeng muka - lembu(ada tanduk) 2. Topeng muka tikus - 2 set. 3. Tali-Dibuat daripada kertas yang digulung dan buat dalam bentuk kalung supaya dapat di sarung ke leher lembu. 4. Keju- Kotak segiempat(kiub) -warnakan kuning seperti keju. 5. sekeping roti- sekeping kotak-warnakan macam roti. 6. Kain pelikat dan kopiah- tuan lembu. 7. Muzik- Muzik instrumental ( Kitaro)- lebih kurang satu minit. 8. Lagu latar- lagu Lembu yang Sombong- Lagu muzik KSSR tahun 3 (2 minit).

Ini cadangan sahaja- penambahbaikkan sangat dialu-alukan.

Anda mungkin juga menyukai