Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MESYURAT PIBG 2021

BI TEKS
L
1. Hadirin sekalian,

Majlis akan bermula sebentar lagi. Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar,
kami memohon kerjasama hadirin sekalian untuk menutup mikrofon telefon masing-
masing. Semua hadirin diminta mengisi kehadiran pada pautan yang disediakan.

2. Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berusaha,
En Abdul Razak bin Ab Majid, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Yang berusaha
Encik Rosli Bin Mohamad Said, Naib Yang Dipertua PIBG Sesi 2020/2021),

Yang berusaha
En. Abu Khair bin Walid, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah

Yang Berusaha
En Jalaluddin bin Tajuddin, Pengetua SMA Al-Hasanah

Yang Dihormati,
Barisan Penolong Kanan Sekolah,

Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021,

Guru-Guru dan ibu bapa sekalian

3. Kapur gambir dalam puan,


Menggobek sirih tepi serambi,
Selamat datang hadirin dan taulan,
Tambah sempurna majlis kami.

Alhamdulillah, bersyukur kita dengan berkat kerahmatan dan keizinan-Nya, dapat kita
bersama-sama dalam ruangan atas talian ini bagi menjayakan MESYUARAT
AGUNG PIBG KALI KE-15 SMA AL-HASANAH.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan para tetamu yang sudi
hadir dalam majlis yang sangat signifikan ini.

Mesyuarat PIBG ini menjadi medan pertemuan dan percambahan idea, maklum balas
dan pandangan bagi kemajuan sekolah ini khususnya putera-puteri al-Hasanah dalam
pelbagai aspek.
4. Hadirin dan hadirat yang dirahmati,
Bagi memohon keberkatan majlis, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang
akan diketuai oleh En. Ahmad Shahi Bin Mohammad Shah.
Majlis mempersilakan
(Bacaan Doa)

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan
kelancaran dan keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

5. Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Yang Berusaha Encik Rosli Bin
Mohamad Said, Naib Yang Di-Pertua PIBG SMA Al-Hasanah Sesi 2020/2021 untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Rosli Bin Mohamad Said atas
ucapan itu tadi.

6. Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Berusaha, En Jalaluddin bin
Tajuddin, Pengetua SMA Al-Hasanah.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi.

7. Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan

Yang Berusaha, En Abdul Razak bin Ab Majid, Timbalan PPD Sektor


Pengurusan Sekolah

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMA


AL-Hasanah kali ke-15 ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Yang Berusaha, En Abdul Razak bin Ab Majid,


atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan beliau itu tadi
dapat dijadikan iktibar bersama.
8. Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis kita untuk hari ini, saya dengan ini memberi laluan kepada
Yang Berusaha Encik Rosli Bin Mohamad Said, Naib Yang DiPertua PIBG untuk
mengendalikan mesyuarat Agong PIBG kali ke-15 bagi tahun 2021.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

9.
Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik untuk
menerajui PIBG SMA Al-Hasanah bagi sesi tahun 2021/2022. Semoga dengan
pelantikan itu tadi, dapat kita sama-sama meneruskan lagi kecemerlangan dan
kemenjadian anak-anak pelajar SMA Al-Hasanah. Peringatan sekali lagi kepada semua
hadirin untuk mengisi pautan kehadiran pada ruangan live chat.

10. Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Dr


Abdul Jalil bin Ahmad , Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2022 untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih Yang Berusaha, Dr Abdul Jalil bin Ahmad atas ucapan sebentar itu
tadi. Semoga kecemerlangan PIBG akan dapat terus ditingkatkan melalui pimpinan
baharu ini.

11. Hadirin hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput sekali lagi tuan pengetua SMA Al-Hasanah,
En Jalaluddin bin Tajuddin untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan sebentar tadi.
12.
Bertiup bayu di pantai indah,
Burung kedidi terbasng melayang,
Mana yang kurang silap dan salah,
Jangan menjadi bekalan pulang,

Hadirin dan hadirat,

Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya.

Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku
semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai Jawatankuasa pengelola majlis memohon
kemaafan.

Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai