Anda di halaman 1dari 1

TEKS PENGACARA KEJOHANAN OLAHRAGA (RABU)

PERKARA/ PENGUMUMAN CATATAN


PEMBACA
PENGUMUMAN Diminta kepada semua pelajar untuk berkumpul di padang mengikut
KETIBAAN rumah sukan masing-masing.
SALUTASI
Assalamualaikum wbt.

Yang Dihormati,
En Jalaluddin bin Tajuddin, Pengetua SMA Al-Hasanah
En Abu PZize bin Hassim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Barisan guru yang dikasihi sekalian

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,


Sebelum kita memulakan acara kejohanan Balapan dan Padang,
marilah sama-sama mengaminkan doa ke hadrat Illahi kerana dengan
izin dan inayahnya dapat kita bersama-sama menjayakan acara
Kejohanan Olahraga Tahunan SMA AL-Hasanah pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


___________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


__________________________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

SENAMROBIK Hadirin sekalian,


Majlis dengan ini mempersilakan En Abu Pzize bin Hassim bagi
memimpin sesi senamrobik pada pagi ini.
--------
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Abu Pzize atas pimpinan
sesi senamrobik sebentar tadi

100M Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan bagi acara saringan kejohanan
balapan dan Padang. Acara akan dimulakan dengan larian 100m.
Diminta kepada semua peserta bersedia untuk memulakan acara.

Anda mungkin juga menyukai