Anda di halaman 1dari 2

Nama : Aleiaa Nur Qamariah binti Ahmad Hafiz

Tema : Jiranku Prihatin


Tajuk : Kasih Sayang Seorang Jiran

Encik Ahmad dan Puan Aina adalah sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah taman
perumahan di Bandaraya Johor Bahru. Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya
mata lelaki bernama Aidil dan Azim.
Pada suatu hari, Encik Ahmad dan Puan Aina telah dijangkiti wabak covid-19,
manakala keputusan anak – anaknya pula negatif. Encik Ahmad dan Puan Aina menerima
panggilan dari hospital dan ditahan di sebuah pusat kuarantin. Encik Ahmad dan Puan Aina
sangat risaukan keadaan anak-anaknya yang masih kecil. Jiran –jiran turut memandang
serong terhadap keluarga Encik Ahmad.
Akhirnya, datanglah sepasang suami isteri yang baik hati bernama Pak Samad dan Mak
Leha, jiran yang berada selang dua baris dari rumah mereka.Pak Samad dan Mak Leha
menyatakan hasrat mereka untuk menjaga Aidil dan Azim. Encik Ahmad dan Puan Aina
menarik nafas lega dan bersyukur.
Kedengaran bunyi siren sebuah ambulan membuatkan hati Puan Aina kegelisahan.
Mereka berat hati meninggalkan kedua anaknya itu. Aidil dan Azim menangis sambil
menjerit, “Ayah ibu jangan tinggalkan kami berdua” . Mendengar kata-kata dan tangisan anak
kecil itu, hati Puan Aina pedih dan sayu . “Ya ALLAH, Kau lindungilah anak –anakku Ya
ALLAH”, doa Puan Aina di dalam hati sambil menangis . Dalam masa yang sama Encik
Ahmad dan Puan Aina melambaikan tangan kepada anak – anaknya yang masih lagi
menangis sambil berpelukan.
Setelah beberapa hari ketiadaan Encik Ahmad dan Puan Aina, Aidil dan Azim merasa
sunyi. Pak Samad dan Mak Leha menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Aidil dan
Azim amat merindui ibu bapanya . Mereka juga berdoa kesejahteraan ibu bapanya dan
kembali sembuh secepat mungkin.
Setelah dua minggu berlalu mereka kuarantin di pusat kuarantin , akhirnya Encik
Ahmad dan Puan Aina telah disahkan negatif dari jangkitan covid-19 dan dapat kembali ke
rumah. Mereka langsung ke rumah Pak Samad dan Mak Leha dengan keadaan gembira
kerana terlalu merindui akan anak- anak mereka. Encik Ahmad dan Puan Aina berasa
gembira tidak terkata sambil menangis teresak- esak.
Mereka sekeluarga kembali bersatu setelah menghadapi pengalaman hitam dalam hidup
mereka. Pak Samad dan Mak Leha berasa sebak melihat mereka tidak langsung berenggang
dari ibu bapa mereka . Semoga mereka sentiasa dalam jagaan ALLAH selalu, doa Pak Samad
dalam hati.

( 350 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai