Anda di halaman 1dari 14

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di dalam masyarakat yang serba moden ini, proses pembelajaran

diuruskan dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam kaedah

pengajaran dan pembelajaran. Tanpa proses yang sistematik ini, proses

pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan

dengan sempurna. Menurut Khalid (1993), pembelajaran berkesan bermakna

satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang

menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran

untuk kejayaan paling maksima. Salah satu tanggungjawab sebagai seorang

guru ialah perlu memikirkan kaedah pengajaran yang efisyen dan berkualiti

supaya proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih berkesan.

Seorang guru perlu memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk

membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam

pembelajaran mereka.

Guru bahasa sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar serta

memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mengurus pengajaran dan

pembelajaran bahasa terutamanya Bahasa Melayu. Bukan semua guru

terutamanya guru bahasa bahasa berjaya mencapai objektif yang mereka

inginkan setelah selesai mengajar bahasa kepada murid-muridnya. Begitu


juga dengan murid, tidak ramai juga yang berjaya mengikuti serta memahami

apa yang di ajar oleh guru mereka walaupun telah di ajar berulang-ulang kali.

Menurut Koh Boh Boon (1989), bahasa ialah kunci pintu khazanah

ilmu manakala bacaan ialah jaminan untuk mendapatkan ilmu. Dalam

masyarakat yang serba moden ini masih terdapat ramai lagi murid yang buta

huruf, di mana mereka tidak tahu membaca serta menulis dalam bahasa

Melayu. Menurut Lapiran Pelan Indu Pembangunan Pendidikan 2006-2010,

kajian Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati seramai 165 000 murid di

Negara ini masih buta huruf. Dari jumlah tersebut, 125 000 daripadanya

adalah murid-murid sekolah rendah dan selebihnya pula adalah di sekolah

menengah. Mereka yang mempunyai pencapaian membaca dan menulis

yang rendah ini kemudiannya diberi label murid-murid ‘lembam’ oleh para

pendidik (Jais Sahok dan Mat Nor Hussin, 1990).

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras di semua sekolah

rendah dan menengah mengikut apa yang dinyatakan di dalam Akta

Pendidikan 1996. Tujuan utama kurikulu Bahasa Melayu digubal ialah untuk

melahirkan insan-insan yang cekap dalam berbahasa manakala matlamat

kurikulum Bahasa Melayu pula adalah untuk melengkapkan murid-murid

dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi. Bukan itu sahaja, BM

telah dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Negara

Malaysia. Malah menurut catatan dalam Artikel 152 Perlembagaan 1957,

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pelajaran 1961, Bahasa

Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar utama pendidikan

persekolahan dan institusi pengajian tinggi Negara.


Bagi memastikan setiap murid terus dapat menimba ilmu

pengetahuan, membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting

untuk dikuasai dan dipelajari. Sekiranya murid tidak dapat menguasai

kemahiran ini, pastinya sukar bagi mereka untuk meneruskan pengajiannya

dalam dunia pendidikan. Menurut Buku Panduan KIA2M, defisit akademik

akan berlaku sekiranya sekiranya kegagalan menguasai kemahiran asas

membaca ini berlaku dari peringkat awal lagi terutamanya dalam kalangan

murid sekolah rendah.

Kementerian Pelajaran Malaysia begitu bersungguh-sungguh

berusaha bagi menghapuskan gejala ini dengan melaksanakan pelbagai

kaedah dan menelan belanja yang tinggi. Kegagalan serta kelemahan murid

dalam menguasai kemahiran membaca pada peringkat rendah perlu dilihat

dengan lebih serius selain memerlukan kaedah-kaedah yang tertentu untuk

mengatasinya. Gejala ini jika tidak diatasi dengan segera dan bersungguh-

sungguh boleh memberikan kesan yang buruk kepada murid terutamanya

dari segi akademik dan social. Ini kerana jika mereka ketinggalan dalam

bidang akademik atau memperolehi pencapaian yang rendah dalam mata

pelajaran bahasa Melayu secara tidak langsung mereka juga akan

memperolehi pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran lainnya. Ini

akan menyebabkan mereka menjadi rendah diri dan seterusnya akan

menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar, atau terus tidak suka

untuk ke sekolah. Ketinggalan menguasai kemahiran membaca

mempengaruhi penguasaan dan pencapaian dalam mata-mata pelajaran lain

(Khathijah Rohani bt Mohd Yunus dan Zalizan Mohd Jelas, 1993). Akibatnya
juga, daripada segi psikologi, keadaan ini akan menyebabkan mereka berasa

kecewa, bosan dan tidak gemar membaca (Noran Fauziah Yaakub, 1992).

1.2 Latar Belakang Kajian

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses yang

terpenting di dalam bilik darjah. Kejayaan atau kegagalan proses pengajaran

dan pembelajaran bergantung sepenuhnya di atas bahu setiap orang guru

yang bertanggungjawab memegang amanah untuk melaksanakan proses

tersebut. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008), guru

merupakan teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses

pendidikan itu boleh juga berlangsung tanpa kehadiran guru.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk

melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani, maka guru memainkan peranan yang sangat besar dalam

merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah itu sendiri. Falsafah

Pendidikan Negara ini amat penting dalam pelaksanaan pendidikan Negara.

Ianya menjadi panduan kepada semua pihak untuk memastikan

perterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan Negara untuk untuk

melahirkan warganegara yang cemerlang dalam semua segi dan seterusnya

menjadi modal insan yang bakal mewarisi kedaulatan Negara Malaysia.    

Perlu kita semua fahami, tidak semua murid yang berada di sekolah

mempunyai pencapaian akademik yang sama. Justeru, tidak dapat kita

nafikan wujudnya sebahagian kecil murid yang lemah dalam pelbagai bidang

terutamanya kemahiran membaca. Sebagai seorang guru yang

bertanggungjawab terhadap murid-muridnya, pelbagai kaedah dan


pendekatan perlu dilakukan untuk melahirkan murid-murid yang boleh

menguasai kemahiran membaca. Walau bagaimana sekali pun usaha yang

guru laksanakan tetapi masih terdapat murid-muridnya yang ketinggalan

dalam menguasai kemahiran tersebut.

Menyedari hakikat tersebut maka kajian ini dijalankan untuk

membantu merawat dan membimbing murid menguasai kemahiran

membaca seperti murid yang lain. Kajian ini hanya hanya tertumpu kepada

kemahiran membaca sahaja dengan melihat kecelaruan berbahasa yang

dilakukan oleh murid ketika aktiviti mengeja, menggabung, membaca dan

membunyikan suku kata-suku kata terbuka, tertutup dan gabungan suku kata

tersebut.

Kajian ini dijalankan berikutan masalah membaca murid Tahun 2

Bestari di Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang, Pendang, Kedah Darul

Aman iaitu sebuah sekolah Gred A Luar Bandar. Seramai 28 orang murid

Tahun 2 telah menduduki Ujian Saringan 1 Literasi iaitu suatu bentuk ujian

yang ditentukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah NKRA

Pendidikan. Daripada jumlah yang menduduki ujian tersebut, seramai 5

orang murid telah dipilih sebagai murid LINUS kerana murid-murid ini telah

dikenalpasti gagal menguasai kebanyakan konstruk soalan yang disediakan

terutamanya tidak boleh membaca perkataan-perkataan yang terdiri daripada

suku kata-suku kata terbuka (KV), tertutup (KVK) dan gabungan suku kata

terbuka dan tertutup (KV+KVK).

Berfokuskan kepada keputusan ujian saringan tersebut, keputusan

ujian yang telah dijalankan mengikut keperluan pihak Kementerian Pelajaran

itu telah digunakan sebagai data untuk dianalisis bagi melihat pencapaian
dan kebolehan murid tersebut. Keputusan ujian saringan ini juga telah

dijadikan sebagai bantuan dalam proses memilih sampel kajian untuk

dilaksanakan proses rawatan yang telah dijalankan mengikut tahap

kebolehan dan pencapaian mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Pendekatan yang selalu digunakan oleh guru Bahasa Melayu adalah

pengajaran berbentuk kelas, berpusatkan guru dan latih tubi yang kurang

berfokus. Tinjauan awal melalui pemerhatian mendapati bahawa sebilangan

murid masih salah ketika membaca perkataan yang mempunyai gabungan

suku kata terbuka, tertutup dan gabungan kedua-dua suku kata tersebut.

Walaupun hampir keseluruhan murid di dalam kelas yang terlibat boleh

menguasai kemahiran membaca perkataan yang mempunyai gabungan suku

kata tersebut tetapi terdapat sebilangan kecil murid masih tidak dapat

membacanya dengan betul sedangkan pengetahuan mengenai bunyi suku

kata gabungan tersebut sudah ada sejak mereka berada di tahun satu lagi.

Hasil pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya dapati terdapat

murid yang gagal membaca dengan betul. Kelemahan murid–murid ini akan

mengganggu proses pembelajaran mereka dalam semua bidang ilmu.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti faktor genetik,

persekitaran yang tidak memberangsangkan untuk pembelajaran yang baik,

kurang dorongan dari keluarga dan masyarakat sekitar. Selain itu, rata-rata

pelajar yang lemah ini didapati tidak mendapat pendedahan pendidikan awal

yang sempurna disebabkan kemiskinan dan sebagai.


1.4 Kerangka Konseptual Kajian

Kajian yang dijalankan oleh saya ini menunjukkan pembolehubah

bebas adalah pendekatan koperatif. Pembolehubah bersandar bagi kajian ini

pula adalah dalam bentuk hasil pembelajaran atau penguasaan kemahiran

iaitu dari segi domain kognitif dan afektif. Domain kognitif adalah kebolehan

murid menguasai kemahiran membaca manakala domain afektif pula

merangkumi sikap dan penerimaan murid terhadap mata pelajaran Bahasa

Melayu. Rajah 1 di bawah menunjukkan secara kasar kerangka konsep

untuk kajian yang saya jalankan ini.

Pembelajaran Pembelajaran
Koperatif Tradisional

 Tingkatkan kemahiran membaca


gabungan suku kata-suku kata
terbuka, tertutup dan gabungan
kedua-duanya melalui permainan
Sahibba Linus.
 Tingkatkan pencapaian murid
dalam kemahiran membaca.
 Mengubah sikap dan minat murid
terhadap mata pelajaran Bahasa
Melayu.

Rajah 1 : Kerangka konsep kajian


1.5 Tujuan Kajian

Memandangkan kepentingan kaedah pengajaran dan pembelajaran

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu amnya dan kemahiran membaca

khasnya maka kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan

penggunaan teknik latih tubi melalui kaedah permainan Sahibba Linus, dan

keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian serta sikap

murid Tahun 2 Bestari terutamannya murid Linus dalam menguasai

kemahiran membaca gabungan suku kata bagi mata pelajaran Bahasa

Melayu.

Di samping itu, kajian yang dijalankan ini juga bertujuan untuk

mengenal pasti sama ada kaedah pembelajaran koperatif melalui teknik latih

tubi menggunakan kaedah permainan lebih berkesan berbanding dengan

cara pengajaran dan pembelajaran tradisional serta peningkatan terhadap

sikap dan minat murid yang menjadi sampel kajian terhadap mata pelajaran

Bahasa Melayu secara amnya.

1.5.1 Objektif Kajian

Secara terperincinya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif

seperti berikut :

i. Murid dapat membunyi dan menyebut suku kata-suku kata hasil dari

cantuman kad-kad suku kata dengan jelas.

ii. Murid dapat mengingat bunyi-bunyi yang dihasilkan dari gabungan

suku kata yang dicantumkan tanpa bantuan gambar atau ilustrasi.


iii. Murid dapat menyebut dan membunyikan perkataan-perkataan

gabungan suku kata terbuka, tertutup dan gabungan kedua-duanya

dengan lancer dan jelas.

iv. Murid dapat meneruskan proses pembelajaran bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu di dalam kelas arus perdana.

1.5.2 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan

penggunaan teknik latih tubi yang diberikan nafas baru berkonsepkan

permainan cantuman kad-kad suku kata dan gambar atau ilustrasi yang

dinamakan Sahibba Linus dalam modul pembelajaran dapat meningkatkan

kemahiran membaca gabungan suku kata terbuka, tertutup dan gabungan

kedua-duanya di kalangan murid-murid Linus Tahun 2 Bestari. Secara

khususnya, kajian ini cuba mencari jawapan kepada persoalan berikut :

i. Sejauh manakah amalan pendekatan pembelajaran koperatif di dalam

kelas dapat meningkatkan kemahiran membaca murid.

ii. Sejauh manakah penggunaan kaedah permainan cantuman kad

dapat meningkatkan tahap mengingat murid dalam kemahiran

membaca.

iii. Adakah sikap dan amalan pengajaran guru membantu mempengaruhi

minat murid untuk mengikuti proses pembelajaran.

1.6 Rasional Kajian

Salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh guru-guru mata

pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah terdapat murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran membaca. Kekurangan atau kegagalan murid

menguasai kemahiran membaca ini bukan sahaja boleh mengganggu proses

pengajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja tetapi juga memberi

kesan sampingan kepada mata pelajaran yang lainnya Justeru, kaedah

pengajaran lain yang lebih berkesan perlu digunakan untuk mengatasi

masalah ini.

Pengajaran Bahasa Melayu merupakan satu cabang utama dalam

kurikulum pendidikan di Malaysia. Ianya bukan sahaja menjadi mata

pelajaran yang wajib dipelajari tetapi menjadi bahasa pengantar utama di

sekolah serta pusat-pusat pengajian di Negara kita selain menjadi bahasa

rasmi yang dipertuturkan oleh setiap warganegara. Dalam pengajaran

Bahasa Melayu, khasnya kemahiran membaca, terdapat pelbagai kaedah

yang sesuai digunakan seperti kaedah mengeja, kaedah soal jawab, kaedah

perbandingan, kaedah latih tubi, kaedah induktif dan sebagainya. Keperluan

kepada kaedah-keadah yang betul dan sesuai tidak boleh dipandang remeh

dalam satu-satu sistem pembelajaran yang ideal.

1.7 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini akan dapat digunakan untuk membantu

penyelidik :

i. Mengetahui sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah

permainan kad cantuman Sahibba Linus dalam meningkatkan

kemahiran murid ketika menjalani proses pembelajaran.

ii. Merancang pelbagai aktiviti pengajaran melalui teknik permainan serta

pelbagai kaedah lain yang boleh membantu meningkatkan tahap


penguasaan, pemahaman serta minat murid dalam setiap mata

pelajaran yang di ajar.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada 5 orang sampel kajian yang menjadi

sampel kajian. Kelima-lima sampel ini terdiri daripada murid Tahun 2 Bestari

di Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang. Kesemua mereka ini merupakan

murid Linus iaitu murid-murid yang gagal dalam Ujian Saringan 1 Linus.

Kajian ini juga tidak mengawal beberapa pembolehubah seperti status

ekonomi, sosial, guru serta pembolehubah lain yang mungkin boleh

menjejaskan kajian ini. Selain daripada itu, kajian ini juga tidak menggunakan

sebarang peruntukan penyelidikan yang khusus. Kajian ini dijalankan

mengikut peruntukan waktu mengajar yang telah ditentukan oleh pihak

pentadbiran sekolah serta waktu-waktu yang terluang sahaja.

1.9 Tafsiran Istilah

Berikut adalah merupakan tafsiran atau define kepada istilah-istilah

yang digunakan di dalam kajian ini.

1.9.1 Pendekatan Koperatif

Kajian yang saya jalankan ini menggunakan pendekatan koperatif

melalui kaedah permainan secara latih tubi. Pendekatan pembelajaran ini

merupakan satu set proses yang membantu murid berinteraksi antara satu

sama lain untuk memcapai satu matlamat khusus yang mempunyai kaitan

dengan isi kandungan sesuatu mata pelajaran.


1.9.2 Teknik Latih Tubi

Teknik latih tubi berfungsi sebagai persediaan latihan dan peneguhan

yang secukupnya kepada murid-murid terhadap sesuatu pembelajaran

secara spesifik agar murid-murid boleh menyebut dan mengingati setiap

maklumat yang diterima apabila diminta. Ia sebenarnya merupakan aktiviti

pengulangan maklumat atau fakta yang telah dipelajari. Ia bertujuan untuk

mencapai tahap penguasaan kemahiran serta menjamin kekekalannya dan

sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Namun begitu, teknik

latih tubi ini mungkin akan membisankan jika ianya dilakukan secara

berterusan tanpa sebarang tambahan aktiviti yang boleh mengembalikan

tumpuan murid terhadap pelajaran. Untuk mengelak supaya tidak berlaku

kebosanan dan kurangnya kosentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh

diolah untuk diamalkan seperti menjadikannya dalam bentuk permainan.

Mengikut teknik latih tubi ini, perhatian mestilah diberikan kepada 5

aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

a. Sebutan

b. Tatabahasa

c. Perbendaharaan kata

d. Kefasihan

e. Kefahaman

1.9.3 Sahibba Linus

Sahibba Linus merupakan permainan berteraskan teknik latih tubi.

Melalui permainan ini, kad-kad suku kata, ilustrasi atau gambar akan

dicantumkan menggunakan petak-petak atau tapak-tapak yang disediakan


sebagai panduan kepada murid bagi mendapatkan cantuman yang betul.

Setiap kali cantuman tersebut betul, murid akan menyebut berulang-ulang

kali perkataan yang terhasil daripada cantuman itu.

1.9.4 Pencapaian

Pencapaian yang digunakan dalam kajian saya ini diukur dengan

menggunakan data perbandingan ujian pra dan ujian pos. Setiap keputusan

ujian dianalisis menggunakan format pemarkahan seperti yang ditunjukkan

dalam Jadual 1. Gred pemarkahan tersebut juga digunakan oleh semua

mata pelajaran yang di ajar di SK Guar Kepayang.

Markah Gred Tafsiran

80 – 100 A Baik

60 – 79 B Sederhana

40 – 59 C Lemah

20 – 39 D Sangat Lemah

0 – 19 E Gagal

Jadual 1 : Gred Pemarkahan mengikut bahagian / tafsiran

1.10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya pada bab ini saya telah menerangkan

mengenai pengenalan serta latar belakang kajian, pernyataan masalah,

tujuan kajian dijalankan, rasional saya menjalankan kajian ini, kepentingan

kajian, batasan yang ada ketika menjalankan kajian dan definisi bagi istilah

yang saya gunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan untuk

meningkatkan kemahiran membaca perkataan gabungan suku kata terbuka


dan tertutup secara latih tubi dengan menggunakan permainan Sahibba

Linus khasnya dan menaik minat murid untuk meningkatkan penguasaan

kemahiran membaca secara amnya.

Anda mungkin juga menyukai