Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGUAN KE-2

Nama Pelajar : SITI NASEHAH BINTI ABDUL MUTALIB


No. Kad Pengenalan : 010228-02-1086
Program : PISMP JUN 2020
Pengkhususan/Opsyen :PENDIDIKAN ISLAM
Sekolah : SK CONVENT GREEN LANE
Minggu Praktikum : 2
Tarikh: 15 OGOS 2022
Kategori : BAHASA ARAB
Tajuk Jurnal : MASALAH BAHASA KOMUNIKASI PELAJAR
Pensyarah penyelia : PUAN MAHANI BINTI SHAARI
Guru Pembimbing Eleftif : PN. NORHAYATI BINTI ABU HUSIN@HASHIM

1. Isu yang difokuskan


Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru pada minggu kedua
praktikum ini berjalan dengan lebih baik daripada minggu sebelumnya.
Walaubagaimanapun, saya mendapati terdapat beberapa murid di dalam kelas yang
diajar mengalami masalah dari segi Bahasa komunikasi yang berbeza daripada
murid-murid lain. Terdapat murid yang hanya memahami Bahasa Inggeris dan
kurang penguasaan dalam memahami komunikasi dalam Bahasa Melayu. Hal ini
menimbulkan masalah dalam pencapaian objektif pembelajaran murid yang ingin
dicapai pada akhir pembelajaran. Hal ini menyebabkan murid tersebut tidak mampu
memahami pengajaran guru yang ingin disampaikan terutamanya bagi subjek
Bahasa Arab.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Antara punca yang menyebabkan masalah ini timbul adalah kerana perbezaan
budaya dan latarbelakang murid yang pelbagai. Perkara ini tidak dapat dielakkan
kerana murid-murid bebas untuk memilih aliran agama termasuklah mana-mana ibu
bapa yang menerima anak-anak mereka untuk menerima Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab walaupun kurang penguasaan lisan mereka dalam memahami
komunikasi Bahasa Melayu. Hal ini juga disebabkan guru tidak mampu untuk
menterjemah kepada murid tersebut daripada Bahasa Melayu atau Arab kepada
Bahasa Inggeris kerana kurang penguasaan dalam aktiviti pengawalan kelas serta
masa yang terhad dalam perancangan pengajaran di dalam bilik darjah. Secara
tidak langsung, murid yang terlibat tidak mampu untuk mencapai objektif yang ingin
dicapai pada akhir pembelajaran.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau


Kajian Lepas) :

Bagi melahirkan murid bukan penutur natif yang profesien dalam berkomunikasi
menggunakan bahasa Melayu, usaha secara bersepadu dari semua pihak amat
diperlukan. Murid bukan sahaja perlu mempraktikkan bahasa Melayu dalam
perbualan harian tetapi semua pihak perlu memberikan rangsangan yang kuat
untuk mereka menguasai bahasa kebangsaan di SJK. Ibu bapa, pendidik, pihak
sekolah dan KPM perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan setiap murid
profesien dalam bertutur menggunakan bahasa Melayu. Penguasaan berbahasa
Melayu semasa berkomunikasi perlu dipupuk sejak murid di sekolah rendah
untuk membentuk jati diri dan keperibadian warganegara Malaysia yang
berdaulat. Cadangan disokong oleh kajian Mohd Ridhuan (2010) agar integrasi
nasional dan jati diri pelbagai etnik di Malaysia dapat ditingkatkan. Murid bukan
penutur natif memerlukan rangsangan yang kuat untuk meningkatkan peluasan
perbendaharaan kata bagi mencapai tahap profesien semasa bertutur.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

a) Saya mencadangkan untuk memilih mana-mana murid sebagai pembantu


penterjemah kepada murid tersebut ketika aktiviti pembelajaran
berlangsung. Hal ini kerana, terdapat murid yang sering mengadukan
ketidakfahaman murid tersebut kepada guru dan dalam masa yang sama,
murid tersebut menterjemah kepada Bahasa yang difahaminya, iaitu
Bahasa Inggeris. Melihat kepada perkara ini, saya pasti murid-murid ini
dapat membantu antara satu sama lain bagi membolehkan kedua-dua
pihak memperoleh manfaat bagi memahami pembelajaran.

b) Tambahan pula, saya juga mencadangkan untuk menggunakan Traffic


Lights Card sebagai salah satu alternatif sekiranya murid tersebut tidak
memahami pengajaran guru ketika Pdp sedang berlangsung. Bukan
hanya murid tersebut seorang sahaja, tetapi semua murid diberikan traffic
lights cards ini sebagai satu tarikan perhatian guru kepada mana-mana
murid yang tercicir atau ketinggalan dalam mana-mana pelajar guru ketika
di dalam bilik darjah.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


3 hari

6. Tindakan Susulan :

Saya telah memaklumkan kepada seseorang murid di dalam kelas tersebut


untuk berperanan sebagai penterjemah kepada guru ketika Pdp sedang
berlangsung. Guru juga mengambil tindakan awal dengan mengubah
kedudukan murid yang terlibat pada tempat duduk berkedudukan hadapan
bagi membolehkan guru lebih mudah untuk melihatnya.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


17 Ogos 2022

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya dapati kaedah ini dapat digunapakai dimana murid-murid ini saling
berkolaborasi antara satu sama lain bagi membolehkan pembelajaran
berlangsung. Murid tersebut dilihat mampu memahami pertuturan guru satu
per satu dengan diletakkan pada kedudukan berhadapan dengan guru.
Dengan penambahan bantuan pembelajaran traffic lights card juga dapat
memberi kesan positif kepada pembelajaran yang lebih berkesan jika
dibandingkan dengan pembelajaran sebelumnya. Murid-murid yang lain juga
mengangkat kad yang diperlukan sekiranya memerlukan bantuan guru.

8. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya mengharapkan murid-murid akan memberikan tindak balas yang positif


terhadap tindakan penambahbaikan yang diambil bagi mengatasi masalah murid
keciciran di dalam pembelajaran. Saya juga akan melaksanakan kaedah
pemulihan ini secara berperingkat-peringkat agar perlaksanaannya memberi
impak positif terhadap murid-murid SK Convent Green Lane.

Rujukan

Nora’azian Nahar & Fadzilah Abd Rahman. (2018). Tahap penguasaan Kemahiran
bertutur bahasa Melayu Dalam Kalangan murid Bukan Penutur Natif. (2018). Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu 8 (1),

Anda mungkin juga menyukai