Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGUAN KE-3

Nama Pelajar : SITI NASEHAH BINTI ABDUL MUTALIB


No. Kad Pengenalan : 010228-02-1086
Program : PISMP JUN 2020
Pengkhususan/Opsyen :PENDIDIKAN ISLAM
Sekolah : SK CONVENT GREEN LANE
Minggu Praktikum : 3
Tarikh: 22 OGOS 2022
Kategori : PENDIDIKAN ISLAM
Tajuk Jurnal : KESEDIAAN MURID DALAM MENYIAPKAN TUGASAN
Pensyarah penyelia : PUAN MAHANI BINTI SHAARI
Guru Pembimbing: PN. NORHAYATI BINTI ABU HUSIN@HASHIM

1. Isu yang difokuskan


Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru pada minggu ketiga
praktikum ini berjalan dengan lebih baik daripada minggu sebelumnya.
Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya pada sebelumnya dan pada
minggu ini, sambutan murid yang memberi respon terhadap tugasan yang diberikan
sewaktu kelas adalah sangat rendah. Tambahan pula, jika hari tersebut tugasannya
kemahiran menulis, sudah tentu peritus yang menghantar tugasan tidak lebih daripada
separuh murid. Secara tidak langsung, perkara ini memberi kesan kepada guru untuk
membuat Pentaksiran Bilik Darjah dan memberi kesan kepada murid di mana guru tidak
mengetahui kekuatan dan kelemahan murid bagi topik berkenaan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Antara punca murid tidak dapat mengikut Pdp dengan baik kerana sikap tidak cakna
mereka terhadap proses PdP yang berlangsung. Sikap tidak cakna ini dikatakan demikian
kerana murid akan menghantar lembaran kerja atau tugasan yang mudah dan ringkas
sahaja manakala bagi tugasan yang memerlukan penulisan yang panjang mereka akan
biarkan. Ada juga segelintir daripada mereka langsung tidak mengendahkan sama ada
tugasan itu mudah atau sukar. Hal ini dikatakan demikian kerana, ada sesetengah murid
hanya menghantar tugasan yang diberi dalam.

Oleh itu, kesannya ialah murid mahupun ibu bapa tidak dapat mengetahui keupayaan
yang ada pada anak mereka kerana mereka tidak mendapat sebarang maklum balas
daripada guru. Secara tidak langsung, kesannya juga ialah murid-murid juga tidak akan
tahu di mana tahap dan prestasi mereka serta merek tidak dapat menilai dan
memperbaiki kelemahan yang ada serta mengurangkan perasaan ingin tahu tentang
sesuatu perkara.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :

Ee Ah Meng (2011) berpendapat kadang kala tugasan atau aktiviti pelajaran ini akan
menimbulkan beberapa masalah kepada seseorang pelajar itu. Kemungkinan tugasan
yang diberikan ini akan menimbulkan rasa bosan kepada pelajar kerana bentuk tugasan
itu tidak menarik minat pelajar dan dengan itu mereka mula mencari sesuatu yang lebih
menarik serta menyeronokkan seperti membaca buku cerita, menonton televisyen, keluar
bersiar-siar dan sebagainya. Tugasan yang diberikan juga mungkin akan menyebabkan
pelajar rasa kecewa kerana ia terlalu sukar sehingga menyebabkan mereka mula menarik
diri dan mengabaikannya.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan analisis terhadap isu dan masalah ini, saya mencadangkan beberapa
alternatif yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:

i. Membuat analisis penghantaran tugasan dan merekod bagi memberitahu ibu


bapa dan murid-murid tentang tugasan yang belum dihantar.
ii. Memberi komen dan peringatan secara peribadi supaya murid lebih peka dan
cakna terhadap tugasan yang diberikan.
iii. Guru boleh menyediakan mata ganjaran kepada murid supaya mereka lebih
bermotivasi untuk terus kekalkan momentum dalam menghantar tugasan.
5. Tempoh Masa Penyelesaian :
1 hari

6. Tindakan Susulan :

Saya akan memberi jangka masa yang lebih lama iaitu seminggu kepada murid-murid
untuk menghantar tugasan. Selain itu, saya juga akan menghantar komen peribadi atau
memberi peringatan kepada mereka yang tidak menghantar tugasan. Dalam pada itu,
ganjaran juga akan saya sediakan kepada mereka yang menghantar tugasan sebagai
suntikan
semangat kepada mereka. Akhir sekali, saya akan membuat analisis
penghantaran tugasan bagi memudahkan ibu bapa dan murid-murid merujuk
berkaitan tugasan atau kerja rumah yang belum dihantar.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


23 Ogos 2022

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Apabila menggunakan langkah yang dicadangkan ini, maka terdapat


peningkatan dalam penghantaran tugasan untuk kelas berikutnya. Perkara ini
menunjukkan bahawa alternatif yang dicadangkan ini sesuai kerana murid
akan rasa dihargai dan mendapat perhatian daripada guru.

8. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan) dan Halangan (Jika Ada) :

Sebagai seorang guru, kita perlu memikirkan pelbagai alternatif untuk


menjadikan proses PdP lebih menarik. Dalam konteks penghantaran tugasan
pula, guru perlu bertimbang rasa dengan memberikan masa yang secukupnya
dan membuat analisis penghantaran tugasan supaya ibu bapa dan murid-murid
lebih cakna. Jelaslah bahawa alternatif yang digunakan ini mampu untuk
menunjukkan peningkatan dalam penghantaran tugasan murid.

Rujukan

Ee Ah Meng. (2011). Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Fajar Bakti Sdn.


Bhd.

Anda mungkin juga menyukai