Anda di halaman 1dari 3

PERKARA TEKS

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran para tetamu


daripada SMKA Tok Bachok ke SM Integrasi Sains Tahfiz MAIWP
bersempena lawatan Penanda Aras.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
Yang Dihormati
En Rizal bin Sanuddin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Ucapan Aluan En Idris Bin Yusop


Pengerusi Penolong Kanan Kokurikulum
Majlis
Yang Dihormati ( tetamu )
Nama : ..........................................................
Jawatan : .......................................................

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,


Guru-guru, yang diraikan wakil Guru dan wakil pelajar daripada
SMKA Tok Bachok, seterusnya rakan-rakan Majlis Perwakilan Pelajar
SMISTA yang dikasihi Sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnia dan ‘Inayah-Nya, Lawatan Penanda Aras SMKA Tok Bachok
ke SMISTA dapat dilaksanakan pada hari ini.

Majlis mengucapkan selamat datang kepada rombongan daripada


SMKA Tok Bachok ke SMISTA. Semoga lawatan pada hari dapat
menyuburkan lagi hubungan kerjasama di antara SMISTA dan SMKA
Tok Bachok.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon kepada Allah SWT agar majlis pada pagi
Bacaan Doa ini diberkati dan berjalan lancar. Dengan ini, majlis menjemput
Saudara Muhammad Tuah Iskandar bin Nor Rizad untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Tuah


Iskandar atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput En Rizal bin Sanudin, Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Ucapan PK
HEM Terima kasih diucapkan kepada En Rizal bin Sanudin atas ucapan itu
tadi.

Seterusnya, majlis menjemput ....................................... wakil


Ucapan Wakil daripada SMKA Tok Bachok untuk menyampaikan ucapan.
SMKA Tok Dipersilakan.
Bachok
Terima kasih diucapkan kepada ................................. atas ucapan itu
tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Encik Idris bin Yusop,


mengiringi En Rizal bin Sanudin bagi menyampaikan cenderahati
Penyampaian
kepada wakil daripada SMKA Tok Bachok seterusnya
Cenderahati
menandatangani sijil MOU. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Roshidah dan En Rizal bin


Sanudin atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Ketua Murid SMISTA, Saudara


Ahmad Nijad bin Sukri bagi membentangkan Profil Sekolah.
Pembentangan
Dipersilakan.
Ketua Murid
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Ahmad Nijad bin Sukri
atas pembentangan itu tadi.
Seterusnya, majlis menjemput kepada Ustaz Muhammad Abdul
Pembentangan Fattah bin Shafii untuk mengendalikan sesi perkongsian berkaitan
Ketua Badan aktiviti dan pencapaian setiap Badan MPP. Dipersilakan.
MPP
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Abdul Fattah bin
Shafii dan semua Wakil Badan MPP di atas perkongsian itu tadi.

Dengan berakhirnya perkongsian itu tadi, maka berakhirlah sudah


majlis kita pada pagi ini. Dijemput kepada semua Pentadbir dan
Penutup
tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati jamuan yang disediakan
oleh pihak SMISTA. Dipersilakan.

Akhir kata, Wa Billahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu ‘Alaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai