Anda di halaman 1dari 5

KEKELIRUAN DAN KESILAPAN SEKITAR RAMADHAN

1) Keharusan menghabiskan makanan yang di dalam mulut atau yang dipegang ketika
azan subuh.
Perkara ini ada dijadikan pegangan oleh sebahagian umat Islam kerana berhujah dengan
sebuah hadith yang diambil maknanya secara literal tanpa melihat kepada penjelasan
daripada hadith lain serta penjelasan para ulama'. Hadithnya seperti berikut :

‫ض َي حا َجتَه منه‬ َ َ‫إذا س ِم َع أ َح ُد ُك ُم النِّدا َء واإلنا ُء على يَ ِده فال ي‬


ِ ‫ضعْه حتى يَق‬
Maksud : Apabila seseorang kamu mendengar seruan azan, dan bekas makanan berada
pada tangannya, maka janganlah dia meletakkan bekas tersebut hinggalah dia melunaskan
hajatnya dari bekas tersebut ( menghabiskan makanan di dalamnya ). HR Imam Abu Daud :
2350. Hadith ini sahih menurut Syeikh Syua’ib al-Arnaut.

Namun, sebahagian para ulama’ hadith mendhaifkan hadith ini. Dan hadith ini jelas-jelas
bercanggah dengan ayat al-Quran dan juga hadith sahih yang lain yang menyuruh berhenti
makan dan minum apabila masuknya waktu Fajar.

Kata para ulama' berkenaan maksud hadith di atas ialah Muazzin melaungkan azan sebelum
masuk waktunya. Kerana itu dibenarkan menghabiskan sisa baki makanan yang masih ada.
Adapun jika yakin bahawa subuh telah masuk dan muazzin melaungkan azan subuh, maka
ditegah ketika itu makan dan minum atau menghabiskan sisa baki makanan yang ada
ditangan atau di dalam mulut. Ini adalah pendapat jumhur ulama' 4 mazhab dan majoriti
ulama'. Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW :

: ‫ص*لَّى هَّللا ُ َعلَ ْي* ِه َو َس*لَّ َم‬َ ِ ‫*ل فَقَ**ا َل َر ُس*و ُل هَّللا‬ٍ *‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهَا َأ َّن بِاَل اًل َكانَ يَُؤ ِّذ ُن بِلَ ْي‬
ِ ‫ع َْن عَاِئ َشةَ َر‬
ْ َ‫وم فَِإنَّهُ اَل يَُؤ ِّذ ُن َحتَّى ي‬
( ‫طلُ َع ْالفَجْ ُر‬ ٍ ُ‫( ُكلُوا َوا ْش َربُوا َحتَّى يَُؤ ِّذنَ اب ُْن ُأ ِّم َم ْكت‬
Maksudnya : Daripada ‘Aisyah RA, sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu
malam ( iaitu merujuk azan pertama ). Maka Nabi SAW bersabda : Makan dan minumlah
kalian sehinggalah Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan ( merujuk azan kedua ).
Sesungguhnya beliau tidak akan melaungkan azan hinggalah naiknya fajar ( masuknya
subuh ). HR Imam al-Bukhari : 1919

Hal ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT :

ِّ ‫َو ُكلُوا َوا ْش َربُوا َحتَّى يَتَبَيَّنَ لَ ُك ُم ْالخَ ْي*طُ اَأل ْبيَضُ ِمنَ ْال َخ ْي* ِط اَأل ْس* َو ِد ِمنَ ْالفَجْ* ِر ثُ َّم َأتِ ُّموا‬
‫الص*يَا َم‬
‫ِإلَى اللَّي ِْل‬
Maksudnya : Dan makanlah dan minumlah sehinggalah jelas bagi kamu benang-benang
putih dari benang-benang hitam pada waktu fajar ( masuknya waktu Subuh ). Kemudian
sempurnakanlah puasa hingga waktu malam ( masuknya maghrib ). Surah al-Baqarah : 187
Oleh itu, berpeganglah kepada pendapat jumhur ulama’ kerana ia lebih menenangkan jiwa
serta mengelakkan keraguan dan was-was. Ini sesuai sebagaimana sabda Nabi SAW :

َ ُ‫َد ْع َما يَ ِريبُكَ ِإلَى َما ال يَ ِريب‬


‫ك‬
Maksudnya : Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan
kamu. HR Imam at-Tirmizi : 2518, Imam Ahmad : 1723 dan Imam an-Nasaie : 5711

2) Sahur sebelum tidur.


Perkara ini juga banyak dilakukan oleh sebahagian umat Islam kerana menganggap bahawa
waktu sahur itu bermula setelah berbuka puasa. Ada yang beranggapan bahawa sahur
bermula setelah masuknya waktu isyak.

Sedangkan waktu sahur itu bermula pada separuh malam yang kedua dan berakhir dengan
masuknya waktu fajar.

‫ وقت السحور بين نصف الليل وطلوع الفجر‬: ‫قال اإلمام النووي‬
Maksudnya : Berkata Imam an-Nawawi ( Waktu sahur diantara pertengahan malam hingga
terbitnya fajar ) Lihat - Kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab : jilid 6, ms360.
Maka, mereka yang makan sebelum tidur sebelum mulanya waktu sahur, maka tidak
mendapat keberkatan sahur seperti yang disebutkan oleh Baginda Nabi SAW.

ً‫ُور بَ َر َكة‬ َّ ‫تَ َس َّحرُوا‬


ِ ‫فإن في ال َّسح‬
Maksudnya : Bersahurlah, sesungguhnya pada makanan yang dimakan ketika bersahur ada
keberkatan. HR Imam al-Bukhari : 1923
Dalam riwayat Imam Muslim (1095), Nabi SAW bersabda :-

ً‫بَ َر َكة‬ ‫ُور‬ َّ  ‫تَ َس َّحرُوا‬


ِ ‫ال ُّسح‬ ‫في‬ ‫فإن‬
Maksudnya : Bersahurlah, sesungguhnya pada bersahur itu ada keberkatan.

Dan sebaik-baik waktu bersahur ialah melewatkannya sepertimana hadith Anas bin Malik,
daripada Zaid bin Thabit :

‫ُور‬ ِ ‫ َك ْم َك**انَ بَ ْينَ اَأل َذ‬:‫ت‬


َّ ‫ان َو‬
ِ ‫الس *ح‬ ُ ‫الص *الَ ِة قُ ْل‬
َّ ‫تَ َسحَّرْ نَا َم َع النَّبِ ِّي صلى هللا عليه وسلم ثُ َّم قَا َم ِإلَى‬
ً‫ قَ ْد ُر خَ ْم ِسينَ آيَة‬:‫ال‬
َ َ‫ق‬
Maksudnya : Kami telah bersahur bersama Nabi SAW, kemudian Baginda SAW bangun
mendirikan solat. Aku ( yakni Anas bin Malik ) bertanya : Berapakah kadar tempoh antara
azan dengan waktu sahur? Beliau ( yakni Zaid bin Thabit ) menjawab : Kadar bacaan 50 ayat
al-Quran. HR Imam al-Bukhari : 1921
Dan kadar bacaan 50 ayat dalam hadith adalah tempoh masa yang dianggarkan oleh Zaid
bin Thabit. Menurut para ulama’, kadar bacaan 50 ayat al-Quran adalah merujuk kepada
ayat yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek yang dibaca dengan cara yang tartil.
Lebih kurang anggarannya antara 10-15 minit.
Kesimpulan daripada hadith ini, bukanlah kadar tempoh tetap yang dimaksudkan daripada
hadith, tetapi merujuk kepada tuntutan melewatkan bersahur. Wallahua’lam.

3) Tidak bersama imam dari awal tarawih hingga imam selesai witir.
Terdapat sebahagian daripada umat Islam yang mana mereka solat berjemaah bersama
imam bermula dari solat isyak hingga selesai tarawih, lalu apabila imam menunaikan solat
witir, mereka tidak turut solat bersama imam dan pulang ke rumah. Maka, ia adalah suatu
kerugian yang besar. Ini kerana jika mereka tetap bersama imam hingga selesai solat witir,
maka bagi mereka pahala menghidupkan qiamullail semalaman.

Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi SAW :

َ ِ‫اإلمام حتى ينصرفَ هو ُكت‬


‫ب لهُ قيا ُم ليل ٍة‬ ِ ‫إنَّهُ من قام مع‬
Maksudnya : Sesungguhnya sesiapa yang berdiri solat bersama imam hinggalah imam
selesai, maka dicatatkan baginya pahala berqiamullail sepanjang malam. HR Imam at-
Tirmizi : 806 dan Imam an-Nasaie : 1604

Menurut para ulama’, hadith ini merujuk kepada solat tarawih bersama imam di bulan
Ramadhan. Bagi merebut kelebihan dalam hadith, kita perlu bijak dalam melakukan ibadat
dengan solat bersama imam hingga imam selesai bagi merebut kelebihan ini.

4) Tidur pada bulan puasa ibadat.


Ada dikalangan umat Islam yang beranggapan bahawa tidur bagi orang yang berpuasa itu
adalah ibadat. Lalu mereka menghabiskan waktu siang hari di bulan puasa hanya dengan
tidur. Ini kerana mereka berhujah dengan sebuah hadith seperti berikut :-

ٌ‫الصائم تسبي ٌح ونو ُمهُ عبادةٌ ودعاُؤ هُ مستجاب‬


ِ ُ ‫ص ْم‬
‫ت‬ َ
Maksudnya : Diam orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya adalah ibadat dan doanya
adalah mustajab. HR Imam al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman : 3/1437
Hal ini adalah suatu yang sangat merugikan kerana hadith yang dijadikan hujjah mereka ini
adalah hadith yang semua jalurannya adalah sangat dhaif dan tidak boleh dijadikan hujjah.
Lantaran itu, mereka mengisi waktu puasa mereka dengan tidur sedangkan para ulama'
salafussoleh menghabiskan waktu puasa mereka dengan ibadat kepada Allah terutama
dengan membaca al-Quran.

5) Hanya memelihara diri daripada perkara yang membatalkan puasa tetapi mengabaikan
perkara yang merosakkan pahala puasa.
Kebanyakan daripada Umat Islam bersungguh-sungguh menjaga diri daripada perkara yang
membatalkan puasa. Tetapi dalam keadaan berpuasa itu, kita melakukan perkara yang
boleh merosakkan pahala puasa tanpa sedar. Sedangkan matlamat daripada puasa adalah
untuk memperoleh taqwa kepada Allah. Kerana itu, hakikat puasa bukan sekadar menahan
diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa, tetapi juga menahan diri
daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan atau mengurangkan pahala puasa.

Kata para ulama' bahawa segala perkara maksiat dan yang ditegah oleh Allah boleh
merosakkan dan mengurangkan pahala puasa. Ada orang yang berpuasa tetapi
meninggalkan kewajipan solat 5 waktu. Ada yang berpuasa tetapi masih tidak menutup
aurat. Ada yang berpuasa tetapi masih menyakiti orang lain dengan perbuatannya atau
perkataannya. Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :

‫من لم يدع قول الزور وال َع َمل به والجهل فليس هلل حاجة أن يدع طعامه وشرابه‬
Maksudnya : Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal
dengannya, serta berkelakuan bodoh, maka Allah SWT tidak berhajat kepada dia
meninggalkan makan dan minum. HR Imam al-Bukhari : 6057

Sabda Nabi SAW juga :

‫ َمرَّتي ِن‬- ‫وإن ا ْم ُرٌؤ قَاتلهُ أوْ شاتَ َمهُ فَليَقُلْ إني صائ ٌم‬ ْ ُ‫الصيا ُم ُجنَّةٌ فالَ يَرْ ف‬
ِ ْ‫ث وال يَجهل‬
Maksudnya : Puasa adalah perisai, maka janganlah bercakap kotor dan jangan berkelakuan
bodoh. Dan jika ada seseorang yang memeranginya atau mencacinya, maka katakanlah :
Sesungguhnya aku berpuasa- sebanyak dua kali. HR Imam al-Bukhari : 6057
Oleh itu, marilah sama-sama kita meninggalkan perkara yang membatalkan puasa dan juga
perkara yang boleh merosakkan pahala puasa kita.

6) Makruh mandi selepas Asar.


Ada juga dikalangan kita yang beranggapan bahawa mandi selepas asar adalah makruh, lalu
sanggup menyeksa diri dan memudharatkan diri yang kepenatan untuk tidak mandi selepas
asar kerana beranggapan bahawa ianya makruh. Tambahan di musim yang panas ini.
Bukankah itu termasuk dalam hal memudharatkan diri. Membiarkan diri keletihan dan
kepenatan kerana berpegang dengan pandangan yang tiada sandarannya.

Sedangkan Nabi SAW pernah mencurahkan air di atas kepala Baginda bagi meyejukkan diri
disebabkan tidak tahan dengan kepanasan dan keletihan. Ini berdasarkan hadith,

‫*ول هَّللا ِ ص**لَّى هَّللا ُ علَي* ِه وس**لَّ َم‬


َ *‫رأيت رس‬ ُ ‫ الَّذي ح َّدثَني لق**د‬: ‫قال‬
َ : ‫بكر بن عبد الرحمن‬ ٍ ‫قال أبو‬
َ
‫العطش أو منَ الح ِّر‬
ِ َ‫هو صائ ٌم من‬ َ ‫بالعرج يصبُّ علَى رأ ِس ِه الما َء َو‬
ِ
Maksudnya : Berkata Abu Bakar bin Abdul Rahman : Telah menceritakan kepadaku ( oleh
seorang dari sahabat Nabi SAW ) : Aku melihat Nabi SAW di suatu lembah, Baginda
menuang air ke kepala Baginda dalam keadaan Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau
panas. HR Imam Abu Daud : 2365 dan Imam Ahmad : 10903, 23649 ).
Al-‘Arji : Sebuah lembah yang terletak di Hijaz jauh dari Madinah. ( lebih kurang 113 km ).
Dan Hijaz meliputi Mekah, Madinah, Tabuk dan Baha.
Dalam sebuah Athar menunjukkan bahawa Ibnu Umar RA pernah membasahkan pakaian
beliau, lalu dipakai pakaian tersebut dalam keadaan basah kerana tidak tahan dengan cuaca
yang panas dan keletihan sedangkan beliau sedang berpuasa.

KESIMPULAN : Moga-moga dengan perkongsian ringkas ini, mampu memperbaiki amalan


dan ibadat kita agar ia selari dengan kehendak Allah dan Rasulnya dan dapat mencapai
objektif puasa iaitu ketaqwaan kepada Allah SWT.

Akhukum Fillah : Muhammad Harith bin Md Radzi

Anda mungkin juga menyukai